40

1K 142 11
                                    

Jihoon pov

Jantung aku berdegup kencang.

Kencang sangat sampaikan aku rasa macam nak pengsan sebab terlalu kencang hahahaha ok aku nervous je sebenarnya.

Sebaik loceng kedengaran berbunyi, aku sudah set di minda aku bahawa aku, Park Jihoon akan meluahkan perasaan kepada Minseul pada hari esok!

Memandangkan esok cuti dan aku pun dah berkawan rapat semula dengan dia, aku ingat nak luahkan esok. Lebih cepat lebih bagus sebab nanti Jihyun tu tak berani nak kacau Minseul lagi.

Hm bijak kau, Jihoon.

"Ada nampak Minseul?" soal aku kepada Daehwi dan Jinyoung. Kedua-dua mereka menggelengkan kepala.

"Tak nampak langsung kelibat dia duh " jawab Jinyoung yang masih fokus memandang pelajar yang berjalan keluar di pintu pagar sekolah.

Kami bertiga tengah berdiri berhampiran pintu pagar sekolah so lebih mudahlah aku nak cari Minseul.

"Jap. Aku tak salah tengok, kan?" Daehwi menyoal sambil matanya dikecilkan dan memandang ke satu arah. Lengan aku dan Jinyoung ditariknya.

"Pe benda kau main tarik-tarik ni?" soal aku. Cakap je lah tak payahlah tarik lengan aku.

"Ani. Cuba tengok. Tu bukan Minseul ke?" Daehwi berkata sambil memuncungkan bibir ke satu arah. Aku dan Jinyoung pun memandang ke arah yang ditunjuknya.

"Heol. Kenapa dia berjalan dengan Guanlin?" Jinyoung di sebelah aku berkata sebelum menekup mulutnya. Aku mengetap bibir. Aku ... aku ...

Tak! Kau tak boleh salah anggap Jihoon. Kau tak boleh over. Lagipun Minseul kan mentornya si Guanlin. Mungkin mereka tengah bincangkan tentang program tu.

"Jihoon! Tengok tu, Jihyun nak cari pasal dengan Minseul kau!" kata Jinyoung yang panik sambil menepuk-nepuk bahu aku. Aku yang mengelamun sebentar tadi mula merenung tajam ke arah mereka.

"Kenapa perempuan tu kacau dia?" gumamku sendiri walaupun aku tahu akulah penyebabnya. Baru sahaja aku hendak meluru ke arah mereka, niat aku terbatal.

Guanlin terlebih dahulu melindungi dia.

Auch.

Sakitnya mata aku pandang babak ni.

Tapi tak apa. Asalkan Minseul selamat, aku okey :') ...

Aku okey.

Aku ... okey.

Dan pada masa yang sama, Minseul memandang ke arah kami. Mata aku dan dia bertembung. Aku yang tiba-tiba rasa patah hati  terus berlari keluar dari kawasan sekolah tersebut.

"Woi! Tunggulah kami!" jerit Jinyoung di belakang sebelum tapak kasut dia dan Daehwi kedengaran mengejar aku. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa cemburu walaupun itu cumalah Guanlin.

Maaf, aku terbuat drama pulak.

Aku cuma tak nak rasa cemburu guys. Kau tahu rasa cemburu tu lebih sakit daripada rasa sakit yang kita alami bila kita terjatuh dan terluka? Okey, yang tu memang taklah.

Tapi serius, aku tak sanggup tengok.

+++

sorry chap ini hambar hohoho but seriously??

14 in fanfiction?!?!? Serious aku terharu and aku x sangka 😭😭 thanks !!!

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now