57

516 57 2
                                    

Hm?

Aku ada di mana sekarang ni?

"Eo, Minseul!" Terkejut aku melihat Sohyun duduk di kerusi bersebelahan dengan katil tempat aku berbaring sekarang. Melihat wajahnya serta seragam sekolahnya barulah aku sedar yang aku berada di bilik kesihatan.

"Macam mana aku ada di sini?" Aku menyoalnya hairan. Sohyun menjuihkan bibirnya sedikit ke arah kaki kanan aku yang sudah pun berbalut. Baru sekarang aku sedar ia berbalut.

"Tak ingat? Kaki kau terseliuh. Jihoon yang bawa kau ke sini tadi." beritahu Sohyun. Ketika itulah segala memori tadi bermain di ingatan.

Kejap.

Jihoon?

"Jihoon mana?" Aku menyoal Sohyun. Risau pula kalau Jihoon nampak kejadian tadi dan mula salah faham. Takut-takut kalau dia fikir Jihyun yang menolak aku sedangkan aku yang terjatuh sendiri tadi.

Sohyun menjongketkan bahunya perlahan tanda tidak pasti. Makin risaulah aku dibuatnya.

"Lepas dia hantar kau ke sini, dia suruh aku temankan kau sebab dia kata dia nak jumpa seseorang. Dia tak cakap pun nak jumpa siapa." Kata Sohyun tenang. Aku mengeluh halus.

Jangan-jangan...

Dia pergi jumpa Jihyun.

"Yo! Sohyun--eh dah sedar?" Terkejut aku apabila Daniel memasuki bilik tersebut bersama beg sekolah Sohyun di tangannya manakala beg miliknya pula berada di bahu.

"Cikgu Lee masih di pejabat tapi tadi dia kata Minseul dah boleh balik." Beritahu Daniel lagi lalu menghulurkan tongkat kepada aku. Aku memandang tongkat itu dengan pandangan malas.

"Lecehlah pakai tongkat ni." rungutku. Kalau nak suruh appa ambilkan, dia mungkin masih ada kerja di pejabat sekarang. Tak naklah ganggu dia.

"Kalau leceh, Jihoon kan ada. Biar dia bawa kau sampai ke rumah." Sempat lagi Daniel bergurau seraya tergelak bersama Sohyun. Aku hanya berdecit. Segan pula bila dibayangkan.

"Minseul!"

Panjang umur budak ni.

"Awak okey? Macam mana dengan kaki? Sakit ke?" Jihoon menyoal bertubi-tubi. Baru aku sedar dia juga turut membawa beg sekolah aku di bahu kirinya. Tersenyum sendiri aku.

"Hm. Kitorang balik dululah. Jihoon dah ada ni jadi tak naklah mengacau masa korang." Sohyun bersuara sambil tersenyum penuh makna begitu juga dengan Daniel. Segan pula aku dibuatnya. Macamlah aku dan Jihoon akan duduk dalam ni lama.

"Bye! Hoon, kau gendong dia sampai ke rumah tau! Jangan sampai kau pun terseliuh kaki gendong dia nanti." Giliran Daniel pula yang berbunyi. Terus tergelak Sohyun dan Jihoon yang mendengar. Hm sabar jelah.

Setelah Sohyun dan Daniel berjalan keluar dari bilik, Jihoon melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan katil aku tadi. Bibirnya tersenyum senget.

"Awak nak saya gendong ke?"

Aku terus memukul wajahnya dengan bantal kecil yang terdapat di atas paha aku. Tergelak dia sambil menahan bantal itu untuk mengelakkan aku dari memukulnya lagi.

"Mengada je. Nanti bila dah gendong, mulalah dia cakap beratlah, itulah, inilah." Omelku. Jihoon tersengih lalu memegang tangan aku pula. Bantal tadi dialihkan dari pegangan.

"Tak cakap pun awak berat. Macam tadi okey je saya gendong awak sampai ke sini. Nasib baik saya nampak kalau tak, terbiarlah awak di tangga tu tadi tau." Jihoon berkata selamba. Aku terus teringat tentang soalan yang aku ingin tanya kepadanya tadi.

"Sohyun kata awak jumpa seseorang selepas hantarkan saya ke sini. Siapa yang awak jumpa tu?"

Aku harap sangat dia jawab soalan aku.

"Saya pergi jumpa guru kelas awaklah. Saya beritahu dia yang awak ada di bilik kesihatan, tak sedarkan diri selepas terjatuh dari tangga. Kalau saya tak maklumkan, nanti dia fikir awak tu ponteng sekolah." Jelas Jihoon panjang lebar dengan tenang.

Aku mengangguk perlahan, agak kurang pasti adakah dia tengah menipu atau bercakap benar kerana bukan jawapan ini yang aku sangkakan akan dengar dari Jihoon.

"Kenapa? Ada apa-apa yang saya tak tahu ke?" Jihoon bertanya setelah melihat reaksi aku itu. Cepat-cepat aku menggeleng.

"Tak. Tanya je."

Jihoon memandang aku pelik seperti tidak yakin. Dia menyilangkan tangannya ke dada lalu menyandarkan badannya ke kerusi.

"Ni. Macam mana boleh terjatuh dari tangga? Sampai pengsan pulak tu? Nasib baik tak terseliuh teruk." dia membebel. Aku tahu dia akan tanya jadi aku dah sediakan jawapan untuk soalan ini.

"Teman lelaki saya kacak sangat sampaikan saya teringatkan dia lepas tu tersilap langkah. Sebab tu boleh terjatuh tadi." Beritahu aku serta-merta membuatkan muka Jihoon bertukar merah namun dia cuba untuk menyembunyikan senyuman di bibirnya.

"Saya serius, Jung Minseul."

Ceh! Kalau dia nak mengada boleh pulak.

"K. Saya cuai sebab tu terjatuh." Jawab aku acuh tak acuh. Jihoon mula tersenyum seperti berpuas hati dengan jawapan aku. Dia pun mula berdiri dan cuba untuk membantu aku pula.

"Kejap." Jihoon tiba-tiba berkata membuatkan aku yang baru sahaja nak berdiri tadi terhenti. Aku memandangnya dengan dahi yang berkerut, hairan.

"Nak pakai tongkat atau nak naik belakang aku?"

"Mengada!" Marahku lalu Jihoon tergelak suka. Sekarang ni menyakat sudah menjadi hobi dia jadi tak hairanlah.

+++

Chapter paling panjang sbagai tanda maaf cerita ni semakin hambar dan lambat update. Btw nak rant sikit.

Em. Kenapa eh masih ada org yg nak join boycott mv seventeen tu? Tak kesian ke dgn diorang? Aku tahu ada carat yg marah and tak dapat terima apa yg pledis tengah buat but please. Fikirkan seventeen. Korang boycott, tak nak stream mv dekat youtube lah, report mv tu lah and whatever , takkan buatkan svt tu bangga pun. Sedih lagi ada.

Okey, aku cuma meluahkan pendapat aku since geram sendiri tengok tindakan stupid begini berlaku di kalangan carat.

Lots of love, carat. ( aku pun carat ok? )

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now