51

873 101 14
                                    

Jihoon pov

"Song Jihyun."

Pada waktu rehat tu, aku tak fikir banyak selain dari jumpa si psiko ni. Dia dah melebih sampai nak tampar Minseul. Untung jugaklah Guanlin ada tadi.

Tapi kalau boleh, aku sendiri nak lindungi dia.

"Eo, Jihoon--"

"Jangan sebut nama aku." terdiam Jihyun bila aku bersuara dingin. Dia berdehem sebelum bersuara namun aku terlebih dahulu memotong percakapannya.

"Kalau aku nampak kau jumpa Minseul dan cari pasal dengan dia macam pagi tadi, aku takkan teragak-agak untuk tampar kau." aku memberi amaran dengan jari telunjuk aku menuding di hadapan wajahnya.

Jihyun masih lagi diam tetapi matanya sudah berkaca. Nak minta simpati dengan akulah tu heh.

Lakonan.

"Saya takkan jadi macam ni kalau awak tak pilih Minseul dulu, Jihoon." Jihyun berkata perlahan sebelum tersenyum pendek ke arah aku. Aku hanya berdecit.

"Dan aku takkan jadi macam ni kalau kau tak cari pasal dengan Minseul." aku membalas sebelum berpatah balik menuju ke arah Jinyoung dan Daehwi yang tengah menunggu di bangku yang terdapat di taman.

Tiba-tiba pulak, budak psiko tu peluk aku dari belakang.

Suka hati dia je kan?

Nasib baik pelajar lain ada di kantin dan koridor ni pun sunyi.

"Yah, Jihyun--"

"Saya sukakan awak, Park Jihoon." tiba-tiba pula dia pergi luahkan perasaan kepada aku. Aku diam sekejap sebelum meleraikan tangannya yang memeluk aku tadi.

"Tapi aku sukakan Jung Minseul." aku membalas sebelum berjalan pergi meninggalkan Jihyun di situ sendiri. Aku rasa dia menangis tapi aku tak nak peduli. Takutlah kalau aku rasa kasihan.

Dalam perjalanan aku menuju ke taman di mana Daehwi dan Jinyoung berada, aku terserempak dengan Guanlin dan Minhyun.

Guanlin yang tengah berborak dengan Minhyun hanya memandang aku kosong tanpa mempedulikan aku yang masih memandang dia.

"Guanlih-ah." aku memanggil.

Minhyun yang berborak dengan Guanlin tadi memandang aku pelik. Guanlin pula hanya membalas tatapan aku dengan pandangan yang bosan.

"Boleh aku bercakap dengan kau kejap?" aku bertanya sambil memandang Minhyun dan Guanlin bergilir.

Guanlin memandang Minhyun di sebelah seperti meminta izin. Minhyun pun tanpa banyak soal hanya mengangguk faham sebelum berjalan pergi dan menunggu di tangga yang berhampiran, sedikit jauh dari kami.

"Apa dia?" Guanlin bertanya kepada aku. Muka dia dingin je, tak reti nak senyum.

"Em kalau Jihyun cari pasal dengan Minseul lagi, kau tolong ya." Guanlin terkejut mendengar kata-kata aku namun dia hanya mengekalkan wajah dingin dia.

"Buatlah sendiri. Hyung sendiri yang letak Minseul dalam masalah ni." Guanlin membalas sebelum tersenyum pendek. Aku terdiam kejap.

Dia ni tengah sindir aku ke apa?

"Hyung tahu yang Jihyun tu sukakan hyung tapi hyung tolak dia macam tu je." Guanlin menambah lagi sebelum mula berjalan pergi. Aku betul-betul hilang kata-kata sekarang ni.

"Yah, Lai Guanlin." aku memanggil lagi tapi dia buat tak layan. Rasa cool budak ni ya.

"Yah, Guanlin-ah!"

Masih tak layan.

"Kau suka Minseul, kan?"

Soalan aku itu akhirnya berjaya buat Guanlin memaling ke belakang. Dengan wajah tiada perasaan, Gualin pun bersuara.

"Kalau aku cakap ya, hyung nak buat apa?"

+++

aku nak habiskan buku ni so kalau ending dia tak menepati citarasa korang, janganlah dikecam kerana sebagai 'author' , kena faham betapa susahnya dia mencari idea hanya untuk ending 😂😂

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now