14

1.5K 211 3
                                    

Jihoon pov

Aku bersiul tatkala kaki aku membawa aku ke kelas. Sesekali aku menyapa pelajar yang berdiri berdekatan. Nak jadi peramah kejap.

Baru sahaja aku ingin menaiki tangga, aku ternampak Minseul yang kebetulan tengah berdiri di hadapan bilik guru. Entah apa dia buat kat situ.

Dan ketika itu juga Minseul berpaling ke arah aku. Aku tak sangka dia akan toleh jadi aku pun cepat-cepat lemparkan satu senyuman kepadanya.

Aku ingatkan dia nak senyum balik.

Dia blah dari situ.

And sempat jeling aku.

Apa salah aku?

Aku pun terus pergi kejar dia. Aku pun tak tahu kenapa aku kejar dia. Bila aku dah hampir dengan dia, aku tarik lengan dia.

"Kenapa awak lari?" soal aku. Minseul menepis kasar tangan aku sebelum berjalan pergi namun aku pantas berdiri di hadapannya lalu menghalang jalannya.

"Saya ada buat salah ke?" soal aku lagi. Minseul kekal diam di situ. Dia menyilangkan tangannya ke dada sebelum bersuara.

"Kenapa tak tanya diri awak?" Minseul membalas dingin sebelum melanggar bahu aku dan pergi meninggalkan aku yang terkebil-kebil di situ.

Aku Park Jihoonlah.

Tak apa.

Waktu balik nanti aku cari dia lagi.

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now