07

1.9K 227 1
                                    

Hm. Ini sungguh menghairankan.

Tadi waktu Daniel jalan melewati aku, dia langsung tak pandang aku apatah lagi nak tegur aku.

Mungkin dia malu kot?

Tapi muka dia tadi tenang semacam je. Normal, tak ada tanda-tanda segan dan sebagainya. Aku mula curigalah betul ke apa yang Jihoon beritahu semalam? Yang Daniel sukakan aku?

"Seul, apa yang kau fikir dari tadi?" Sohyun menyoal aku. Aku menoleh memandangnya sebelum menggeleng dann tersengih.

"Tak ada apa. Dah, jom pergi kantin. Lapar ni." aku bangun dari tempat dudukku dan mengajak Sohyun ke kantin bersama. Seperti biasa, kantin hari ni dipenuhi dengan pelajar.

Sempat ke aku nak beli chocolate milk kegemaran aku?

Memandangkan pelajar masih berebut hendak membeli minuman, aku hanya mengalah dan berlalu pergi menuju ke tempat duduk berdekatan setelah mengambil dulang makanan kami.

Sehari tanpa chocolate milk masih okey kan?

"Sohyun, kau kenal Daniel kan?" aku menyoal Sohyun sebaik sahaja dia ingin menyuapkan nasi gorengnya ke dalam mulut. Dia memandang aku sejenak sebelum mengangguk.

"Kenapa kau tanya?" soal Sohyun pula. Baru sahaja aku hendak membuka mulut, datang seorang pelajar berdiri betul-betul di hadapan meja kami sambil meletakkan chocolate milk di atas meja tersebut.

Aku ingatkan Daniel ataupun Jihoon tapi yang berdiri di hadapan meja aku sekarang hanyalah Minhyun, merangkap ketua pelajar di sekolah ni.

"Minseul, ni ada orang yang bagi." katanya ringkas. Sohyun yang duduk di sebelah aku sudah memandang aku dan Minhyun bergilir.

"Siapa?" soal aku.

"Park Jihoon. Budak yang selalu dengan Jinyoung tu." jawapan Minhyun membuatkan mata aku berkedip. Serius? Park Jihoon? Aku tak salah dengar ke?

Tapi kenapa tiba-tiba je?

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now