25

1.2K 179 11
                                    

Jihoon pov

Nervous giler berbual dengan bakal mak mertua tadi. Eh? Mak Minseul. Tertypo pulak hohoho.

Aku pandang Minseul yang hanya diam di sebelah aku. Aku sebenarnya tak tahu nak borak apa dengan dia. Maklumlah masih kekok.

"Minseul." aku memanggilnya dan Minseul menoleh memandang aku. Jantung aku mula berdegup kencang. Matanya yang bersinar itu cukup menawan dan berkilau malam ni.

"Hm?" dia memandang aku lama.

"A-Ani. Saya .. apa kata kita beli popcorn." aku terus menarik lengannya menuju ke arah tempat menjual snek. Kenapa aku nervous sangat ni?!

"Okey tapi Jihoon, tak payahlah tarik." Minseul bersuara lembut dan aku dengan cemasnya melepaskan lengan Minseul. Dia nampak rimas dan mungkin dia tak selesa dengan cara aku tadi.

"M-Mian! Em, biar saya belanja." aku pun bergegas membeli popcorn memandangkan aku sudah tergagap di depan dia. Malulah kalau dia nampak aku yang tergagap macam ni.

Selesai membeli popcorn dan minuman, aku dan Minseul pun berjalan masuk ke dalam panggung wayang. Aku mencari tempat dudukku sehinggalah aku tersedar bahawa tempat duduk yang bakal kami duduki adalah couple seat.

Tak guna, Jinyoung. Ni mesti kerja dia dan Daehwi tu. Aku suruh pilih tempat duduk biasa, pandai-pandai dia tukar ya?!

"Er, awak dan Jinyoung pilih couple seat?" soal Minseul pelik. Okey, nahaslah kau Baejin! Sekarang macam mana aku nak jawab.

"M-Mungkin Jinyoung tersalah pilih kot." aku berkata, dalam hati sudah menyumpah budak berdua yang tak boleh diharap tu. Rancangan bernas konon. Buat aku malu dan nampak pelik je.

"Em okey. Jom, movie nak start." ajak Minseul dengan rela hatinya. Memandangkan aku dah tak ada pilihan lain, aku pun duduk bersamanya. Aku tak tahu nak rasa gembira atau geram sekarang ni. Aku tak nak Minseul fikir yang bukan-bukan.

Sejak filem mula ditayangkan, Minseul hanya diam. Fokus sungguh menghayati cerita. Aku menoleh, memandang wajahnya dari sisi.

Dalam gelap pun masih nampak cantik.

"Kalaulah saya bukan pemalu macam ni, dah lama saya luahkan perasaan saya kat awak, Minseul." gumamku sendiri cukup untuk aku seorang sahaja mendengari.

+++

wah jinjja? 67 in fanfiction (ಥ_ಥ) sungguhku tak sangka .... gomawo!!

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now