37

964 137 11
                                    

Jihoon pov

"Minseul!" aku memecut laju ke arah Minseul yang kebetulan baru sahaja berjalan masuk pagar sekolah.

Aku rasa aku dah jerit kuat tapi dia sengaja nak lari dari aku. Ke dia memang betul-betul tak dengar?

"Yah!" aku menarik lengannya sebaik aku berada di belakangnya. Dia menoleh dan kelihatan agak terkejut. Ok, dia pakai earphone guys patutlah tak dengar.

"Jihoon!" dia terus merentap kasar lengannya dari pegangan aku. Aku tersentak dengan tindakannya. Minseul memandang aku seperti dia ingin memenyekkan aku sehingga aku penyek sepenuhnya.

"Okey, pasal semalam aku tahu aku salah tapi aku terpaksa buat sebab tu je cara nak buat budak tu sedar yang aku tak sukakan dia. Lagipun semalam dia ekori aku dan aku rasa tak selesa sangat so kau kena faham." aku menjelaskannya sepantas yang mungkin dalam satu lafaz. Takutlah kalau Minseul ni terus blah kalau aku explain lambat sangat.

"Jadi, kau rasa aku selesa dengan perbuatan kau?" Minseul menyoal sambil memandang aku dengan pandangan yang tajam. Tangannya disilangkan ke dada.

Aku menundukkan kepala. Aku tahu dia tak selesa. Okey fine, ini memang salah aku pun.

"Sorry. Aku janji takkan buat lagi. Maafkan aku ya? Kita kan kawan." aku berkata sebelum mengangkat wajah untuk memandangnya. Wajah Minseul kekal kosong seolah-olah tidak berpuas hati.

"Mian kalau kau sakit hati dengan apa yang aku buat semalam. Aku terdesak okey?" aku menambah lagi. Kedua-dua tapak tangan aku disatukan seperti memohon maaf.

"Ingat senang ke nak maafkan? Tak terfikir ke macam mana perasaan aku bila kau buat macam tu? Memang kau comel tapi tak bermaksud aku suka perbuatan tu." Minseul menyerang lagi dengan kata-kata pedasnya. Sungguh aku rasa lebih bersalah sekarang huhuhu.

Tapi dia puji aku comel muehehe.

"Mianhae! Aku menyesal! Aku janji takkan buat macam tu lagi lepas ni!" aku menggoncaag kedua-dua bahunya kuat. Aku tak kira. Dia kena maafkan aku jugak!

Aku tak nak dia bencikan aku guys huhuhu.

Minseul menahan pergelangan tangan aku, membuatkan aku berhenti menggoncang bahunya. Dia mengeluh sebelum mengalihkan tanganku dari bahunya.

"Okey, aku maafkan. Dah, lepas ni jaga hati aku baik-baik. Jangan sesuka hati je buat macam semalam lagi." dia berkata sebelum berjalan pergi meninggalkan aku. Mata aku berkedip. Aku tak salah dengar kan?

Dia maafkan aku >< !!!

"Kau serius ni? Kau maafkan aku?" laung aku dari belakang. Lantaklah orang lain tengok. Cubalah kecam kalau berani.

"Ya." Minseul menjawab selamba mamun suaranya masih aku dengar dengan jelas. Aku tersenyum kegembiraan.

"Yah, Jung Minseul!"

"Apa lagi?!"

"Tengoklah sini!"

"Tengah tengoklah ni!"

"Nae maeum soge jeojang! "

Minseul pandang aku dengan muka tenuknya sebelum meninggalkan aku yang bersusah-payah beranikan diri untuk buat benda ni kat dia.

Well, at least dia rasa special kan????

"Tak sangka kau macam ni, Jihoon." entah dari mana Jaehwan muncul bersama Minhyun dan Jisung di sebelah aku. Aku hanya membuat muka.

"Suka hati akulah."

+++

wehhhh 30 in fanfiction?!?!? apakah semua ini (ಥ_ಥ)

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now