43

904 108 25
                                    

Minseul pov

Park Jihoon.

Dia suka aku?

Serius dia suka aku?!

Ke dia saja nak permainkan aku? Bergurau dengan benda macam tu? Ataupun itu semua hanya satu 'dare' yang kawan-kawan dia suruh buat?!

Aku tak tahu tapi bila Jihoon cakap macam tu semalam, aku rasa nak menangis kegembiraan. Cuba kalau Jihoon buat macam tu kat kau, apa perasaan kau?

"Jauh sunbae termenung?" aku dikejutkan dengan kemunculan Guanlin. Sejak bila fia ada kat belakang aku ni?

"Sunbae buat apa duduk kat taman ni? Sunbae tak pergi kantin ke?" dia bertanya lagi. Aku hanya menggeleng. Aku tak ada selera sebenarnya.

Aku nak duduk di kelas tapi bosan sangat jadi aku duduklah kat taman yang terletak bersebelahan dengan gelanggang bola keranjang ni.

Tak sangka Guanlin pun ada kat sini hahaha.

"Saya tak lapar lagipun saya dah lama tak duduk ambil udara segar kat sini." aku berkata. Guanlin hanya mengangguk sebelum mengambil tampat di sebelah aku pula.

"Awak pula? Tak pergi kantin ke?" soal aku pula.

"Tak. Saya pun tak ada selera." jawabnya ringkas. Bila tengok sisi wajah Guanlin ni kan, dia nampak kacak sangat. Lebih kacak dari si Jihoon tu.

Eh, tak!

Jihoon tak kacak, Jihoon cuma comel. Itu pandangan akulah hoho.

"Awak tak ada yeochin ke?" soalan itu meluncur keluar dari mulut aku. Guanlin menoleh memandang aku dengan dahi berkerut.

Aku bukan nak sibuk. Aku cuma nak tahu je. Budak kacak dan popular macam dia ni mustahil kot tak ada yeochin.

Guanlin tersenyum pendek.

"Tak ada." pendek sahaja dia menjawab. Terkejut jugaklah aku. Tak ada yeochin?

"Tapi saya dah mula sukakan seseorang ni." sambungnya lagi. Aku tiba-tiba jadi teruja. Ha, kan aku kata. Tak mustahil kot dia ni akan ada yeochin.

"Siapa ya perempuan bertuah tu? Kongsilah dengan sunbae ni." aku menyiku lengannya beberapa kali. Guanlin sekadar tergelak halus sebelum menggeleng.

Ini kali pertama aku dengar Lai Guanlin ni gelak hahahaha! Sungguh comel dia gelak tapi Jihoon comel lagi kot?

"Tapi sunbae, saya tak rasa dia sukakan saya sebab dia macam sukakan orang lain." jawapan Guanlin itu buat aku rasa simpati tiba-tiba. Aku faham perasaan dia ni walaupun aku tak pernah alami.

"Tak apa. Awak kena usaha dan tunjukkan kat dia yang awak betul-betul suka dia. Saya yakin, dia akan mula terima awak." aku berkata sambil menepuk bahunya.

"Sunbae yakin dia akan terima?" Guanlin menyoal aku. Aku mengangguk pantas.

"Mestilah! Awak kan Lai Guanlin. Kacak, pandai pulak tu." puji aku. Sempat lagi aku ni hahahah. Harap-harap Jihoon tak ada kat sini.

"Sunbae pulak? Dah berpunya ke?" soalan Guanlin itu membuatkan aku tertawa sendiri. Aku belum berpunya tapi Jihoon dah bagi lampu hijau so kira akan berpunyalah kan?

K, perasan.

"Belum lagi. Tengah tunggu orang yang sesuai ni. Itu pun kalau ada." aku berkata. Jihoon tu comel, aku kadang-kadang rasa aku ni tak layak untuk dia huhu.

"Ah, geurae? Em kalau macam tu sunbae, saya rasa nak luahkan perasaan saya kat perempuan tu tapi saya tak tahu macam mana nak luahkan perasaan saya." Guanlin berkata sambil menggaru belakang tengkuknya. Ala, dia ni pemalu jugak rupanya.

"Sini, biar sunbae bantu." kata aku membuatkan Guanlin memandang aku pelik. Okey, aku pun tak tahu kenapa aku nak bantu dia.

"Maksud saya, awak bayangkan saya ni perempuan tu. Lepas tu, awak luahkan perasaan awak. Saya akan bagi reaksi yang jujur kat awak." kata aku panjang lebar.

Guanlin diam sejenak sebelum mengangguk setuju. Tiba-tiba rasa gemuruh pula walaupun ini bukan luahan sebenar hahaha. Jangan sampai aku lupakan Jihoon sudah.

"Em .. saya suka awak?" Guanlin mulakan dengan segan. Nak tergelak aku tapi kenalah tahan.

"Yah, cubalah buat lebih romantik sikit. Cara awak sekarang macam awak tak yakin dengan perasaan awak okey? Cuba lagi." aku berkata cuba meyakinkan dia. Mungkin dia rasa nervous kot sebab buat dekat orang lain dan bukan perempuan tu.

Banyak kali Guanlin cuba dan semuanya tak menepati cita rasa aku. Aku tahulah ini tentang Guanlin dengan perempuan yang dia suka tu tapi dari pandangan aku, cara dia tak menarik hati sangat.

"Susahlah." Guanlin merungut. Aku tergelak. Baru berlatih dengan aku, belum lagi buat yang sebenarnya punya.

"Apa yang susahnya?" aku menolak bahunya. Dia mengaduh sebelum menjeling aku. Okey, bila dia jeling dia nampak menakutkan.

"Susah sebab perempuan yang saya suka tu langsung tak suka cara saya luahkan perasaan jadi lebih baik saya mengalah." kata Guanlin lagi seraya mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Kejap.

Apa dia kata tadi?

"Perempuan yang awak suka tu tak suka cara awak luahkan perasaan? Oh, maksud awak, awak dah pernah luahkan perasaan dekat dia ke?" aku bertanya hairan. Aku tak pasti ekspresi Guanlin ni apa tapi dia macam kecewa.

"Sunbae tak perasan lagi ke?" dia bertanya seraya menoleh memandang aku. Okey, dah kenapa tiba-tiba ni? Aku rasa seram semacam bila dia pandang aku dengan muka serius dia ni.

Dan serentak dengan itu, loceng pun berbunyi.

"Saya pergi dulu." Guanlin pun bangun dari bangku dan berjalan pergi meninggakan aku yang masih terkebil-kebil.

Kenapa dia macam marah dengan aku? Bukan salah aku kalau cara dia tu tak menarik hati, kan?

+++

sorry late update. busy gila dgn sekolah sampai xda masa nak update. hari ni pun tengah cuti sbb demam 😂

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now