Kringgg!!!!
Kesemua pelajar berpusu-pusu masuk ke kelas masing-masing. Sebuah kereta mewah berhenti di hadapan pagar sekolah.
Sesetengah pelajar berhenti berlari ke kelas lalu menunggu di hadapan pagar itu. Seorang pembantu yang berpakaian kemas keluar dari kereta itu lalu membuka pintu bahagian belakang.
"Tuan dan cik muda boleh keluar," katanya dengan lemah-lembut.
Seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan keluar dari kereta itu dengan sopan. Kedua-dua mereka berpakaian uniform yang berwarna biru gelap.
Mereka berdua bergerak ke kelas yang sama tanpa menghiraukan pelajar lain yang sibuk menemu-ramah.
Sebaik sahaja mereka tiba di kelas, guru pada waktu itu masih belum tiba. Kelas itu pula riuh seperti pasar malam.
Pelajar lelaki itu menarik nafas sedalam mungkin sebelum melepaskan suara yang agak tegas.
"Semua diam!"
Masing-masing memandangnya. Dia buat tidak endah sahaja lalu duduk di sebelah tingkap manakala pelajar perempuan tadi pula duduk di sebelahnya.
Kesemua pelajar kelas itu mula duduk di tempat yang disediakan. Setiap pelajar mengeluarkan satu buku.
Pelajar perempuan tadi hanya tersengih. Lucu pula baginya melihat ketakutan mereka semua. Lengan lelaki tadi dicuitnya.
'Apa dia?' soalnya dalam nada perlahan. Pelajar itu hanya tersenyum sahaja. Mereka berdua mula mengulangkaji sementara menunggu cikgu sampai.
~~~
"Maaf semua. Tadi ada meeting sekejap."
Guru perempuan yang baru sahaja masuk setelah lewat 30 minit meminta maaf. Apabila dia ternampak dua orang pelajar tadi, dia memanggilnya.
Tanpa teragak-agak, mereka berdua berjalan dengan lagak sopan. Adab mesti dikekalkan walaupun berstatus tinggi.
Guru itu meminta mereka berdua memperkenalkan diri memandangkan mereka merupakan pelajar baru sekolah itu. Si lelaki memulakan.
"Selamat pagi. Nama saya Yuuki Ryuu. Ini pula Yuuki Shiori. Kembar. Selamat berkenalan."
Seisi kelas itu berjalan seperti biasa selepas itu. Tiada persoalan yang muncul walaupun masing-masing kelihatan teruja.
__________________________________
"Char, mereka perlu datang sekarang ke?" soal gadis kecil itu. Makhluk yang digelar Char hanya mengangguk sahaja.
Pada waktu itu, dunia Dialight dalam proses pemusnahan akibat musuh yang sering datang menyerang. Kumpulan penyelamat itu perlu bertindak segera.
"Bawa mereka ke dunia ini."
____________________________________
Kringg!!
Loceng rehat sudahpun berbunyi. Kembar itu bergerak ke kawasan bumbung sekolah yang sesuai untuk berehat.
Bento yang dibawa dikeluarkan. Shiori memberikan penyepit kepada Ryuu. Masing-masing makan tanpa bersuara. Beradab.
Selesai makan, barulah Shiori bertanyakan sesuatu kepada kembarnya itu.
YOU ARE READING
THE HUNTED TWINS [C]
FantasyBOOK 1 ; DRAGONIEL SERIES Api . Air . Cahaya . Kegelapan Empat buah kuasa utama yang berpecah dan masuk ke dalam tubuh dua pasang kembar sekaligus menghasilkan sejarah tergempar. Kuasa-kuasa ini perlu digabungkan sebelum tiba tarikh keramatnya atau...