🐾 7: Revenge

1.7K 127 12
                                    

Pagi-pagi lagi Yuriko sudah membersihkan tubuhnya. Dia masih geram tentang hal semalam. Nasib baik amarahnya mampu dikawal.

Diarinya diambil dari laci meja. Semua luahan hatinya ditulis dalam diari itu. Itu sudah masuk diari ketiga yang dia ada sejak umurnya 15 tahun.

Pen ditutup semula dengan penutup seusai menulis. Tubuhnya dibaringkan semula di katil yang empuk. Dia bencikan lelaki semalam. Amat benci.

Ketukan di pintu menyebabkan Yuriko duduk semula. Pintunya dikuak menampakkan Shiori. Gadis itu kelihatan agak suram sahaja wajahnya.

Yuriko menjemputnya untuk masuk. Rupa-rupanya, Ryuu juga turut bersama. Yuriko biarkan sahaja. Dia memang hendak berkenalan dengan Ryuu lebih lagi.

"Kenapa ni Shiori? Pagi-pagi lagi dah jenguk. Ada hal ke?" soalnya. Shiori rasa agak bersalah. Dia takut soalannya akan mengganggu Yuriko.

Ryuu berdiam diri. Malas hendak masuk campur. Tetapi, disebabkan Shiori masih membisukan mulutnya, dia pula menjawab soalan itu.

"Siapa lelaki semalam?" Sejujurnya, dia tertanya-tanya gerangan yang masuk ke pangkalan itu tiba-tiba.

Riak wajah Yuriko yang tenang berubah kepada menyampah. Dia paling tidak suka berbicara tentang lelaki itu.

Tanpa sebarang jawapan, Yuriko menyuruh mereka untuk bertanyakan hal itu kepada Ken dan Kenji.

Shiori mengangguk perlahan. Lengan Ryuu ditarik untuk dibawa keluar dari bilik Yuriko.

Bilik kucing jadian dituju. Sudahlah di tingkat 3. Penat betul. Pintu diketuk berkali-kali sehinggalah Kenji membukanya.

Muka lelaki itu kelihatan agak segar. Mungkin baru lepas mandi. Ken dikerling. Tidur lagi mamat tu.

"Beritahu siapa lelaki semalam," arah Ryuu tanpa teragak-agak. Kenji mendiamkan diri. Tangan mereka berdua ditarik lalu didudukkan di sofa.

Nafas ditarik panjang. Sama seperti Yuriko, dia tidak menyukai lelaki semalam. Namun, hatinya tidaklah terlalu membenci lelaki tersebut.

"Hiroshi Kei. Musuh lama Dragonel. Tetapi, ada punca kami bermusuhan. Punca tu juga bermula disebabkan oleh kami sendiri." Terdiam Shiori dan Ryuu.

Perlahan-lahan rahsia cuba dikorek. Sebagai ahli kumpulan itu, mereka perlu mengetahui identiti musuh dengan lebih dalam.

Kenji sempat mengerling abangnya yang masih nyenyak tidur. Kemudian, barulah dia menceritakan segalanya dari A hingga Z.

.
.
.

"Papa!"

Anak kecil itu memeluk satu kaki yang tegak berdiri. Dirinya didukung dengan penuh kasih sayang. Pipinya juga dicium bertalu-talu.

"Sayang, papa nak ingatkan. Jangan sesekali mencari musuh jika mereka tak mencari kamu. Fahamkan?" pesan satu suara garau. Anak yang faham ala-kadar mengangguk.

Pipi bapanya dicium lama. Dia tidak mahu berpisah dengan papa kesayangannya. Cukuplah kehilangan si ibu.

Bunyi ketukan pintu yang kuat memaksa lelaki dewasa itu meletakkan semula anaknya di bawah. Dahi dicium lama.

Rambutnya diusap lembut. Dia berdoa agar anaknya kekal selamat sehinggalah besar kelak. Satu-satu anak tunggalnya yang tercinta.

Dia menyembunyikan anaknya di sebalik kotak supaya musuh tidak menjumpainya. Suara tangisan dibiarkan. Perit sungguh untuk melepaskan anak begitu sahaja.

Setelah dipastikan semuanya selamat, pintu dibuka. Segera tangannya digari ke belakang. Walaupun sakit, senyuman cuba diukir.

Matanya tajam memandang lelaki di hadapannya. Pandangan gerun dibalas semula. Satu pistol muncul di tangan lelaki tersebut.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now