Matanya dikelip-kelip beberapa kali. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Tiba masa untuk bangun.
Shiori melangkah masuk bilik air untuk mencuci muka. Badannya sudah dibersihkan. Gigi digosok sehingga putih bersih.
Selepas itu, dia menuju ke bilik Ryuu. Takut-takut kembarnya masih tidur. Char pantang bangun terlalu lewat. Ketuk sekali sahaja pintu sudah dibuka.
Terjegil mata Shiori. Tapak tangannya segera menutup mata. Sebelah lagi menolak Ryuu masuk ke dalam bilik semula.
Ryuu terpinga-pinga. Dah kenapa Shiori ni? Matanya masih ditutup dengan tapak tangan.
"Dah kenapa?"
"Pergilah pakai baju sana. Eii," arah Shiori. Ryuu hanya tersenyum sinis. Tidak sangka Shiori tidak pernah nampak tubuhnya.
"Fine. Tunggu depan ni."
Shiori mengangguk. Pintu bilik ditutup semula untuk memberi ruang Ryuu memakai baju.
Seusai menyarungkan pakaiannya, Ryuu keluar dari biliknya. Dia dan Shiori bergerak ke meja makan untuk bersarapan.
Semua orang sudah memenuhi kerusi kecuali Yuriko. Mungkin gadis itu masih tertekan. Sarapan berjalan seperti biasa.
~~~
Angin yang sejuk membuatkan hatinya tenang. Dia suka musim salji. Jadi, dia sudah terbiasa dengan kesejukan.
Shiori merenung ke luar jendela. Pokok-pokok hijau memenuhi pandangannya beserta bunyi kicauan burung.Sedang khusyuk dia melayan perasaan, satu bunyi aneh muncul dari biliknya. Kepala dipaling. Pintu ruang dan masa terbuka sekali lagi!
Shiori membuka langkah seribu bergerak ke bilik Ryuu. Namun, belum sempat dia untuk keluar, daun pintu sudah diikat dengan rantai besi.
Anak matanya pantas menjeling lelaki itu. Apa lagi hajatnya untuk datang ke pangkalan itu?
"Awak nak ape? Nak bunuh kami?" sindir Shiori pedas. Dia agak takut dengan lelaki yang diberi nama Kei itu. Musuh Dragonel.
Lelaki itu a.k.a Kei hanya mengabaikan soalan itu. Tiada langsung riak wajah sinis mahupun benci. Hanya muka selamba sahaja.
Lantas kakinya melangkah ke arah katil Shiori lalu duduk di situ tanpa sebarang perasaan. Shiori yang melihat terasa panas.
'Ish! Selamba badak je duduk kat katil orang!'
"Hei, janganlah duduk kat situ. Siapa bagi awak keizinan?" soal Shiori sambil mengawal barannya. Kei akhirnya tersenyum sinis.
Pandangan membunuh diberikan kepada Shiori. Terhinjut gadis itu melihatnya. Takut pula. Nak jerit, nanti kena ikat pulak.
Shiori mengalah. Kei tidak memberikan sebarang reaksi. Buat bodoh sahaja. Badannya dibaringkan di katil itu.
Tanpa sebarang pengawalan lagi, Shiori mengejar ke katilnya. Bantal peluknya diambil lalu memukul Kei bertalu-talu.
"Hoi! Ape pukul-pukul ni?! Sakitlah!" Shiori mengendahkannya. Pengganggu bilik itu tidak boleh dimaafkan.
Bantalnya ditangkap dengan tangan Kei. Lelaki itu menolak Shiori kuat. Tetapi, tidaklah sehingga dia terjatuh.
Itu kali pertama seseorang memukulnya hanya sebab duduk di katil milik orang itu. Panas hatinya. Sakit!
Tangannya menggenggam kuat lengan Shiori sehingga dia terjerit kecil menahan kesakitan. Dia bergelut untuk melepaskan diri.
Kei teruskan genggamannya. Kira untung daripada dia mengikatnya dengan rantai besi. Shiori yang tidak tahan mengeluarkan sedikit air mata.
YOU ARE READING
THE HUNTED TWINS [C]
פנטזיהBOOK 1 ; DRAGONIEL SERIES Api . Air . Cahaya . Kegelapan Empat buah kuasa utama yang berpecah dan masuk ke dalam tubuh dua pasang kembar sekaligus menghasilkan sejarah tergempar. Kuasa-kuasa ini perlu digabungkan sebelum tiba tarikh keramatnya atau...