Char, Yuki, Twink dan Mikio menghantar masuk pari-pari itu ke dalam hospital tersebut.
Kalau sekali pandang, hospital ini umpama hospital yang besar sedangkan saiznya sama sahaja seperti klinik biasa.
Dapat sahaja kaki menapak, seorang jururawat menerpa mereka. Char menjelaskan keadaan ratu pepari itu.
Jururawat yang wajahnya seperti manusia biasa menyuruh Mikio untuk meletakkan pari-pari itu di atas katil pesakit yang sudah disediakan.
Selepas itu, dia membawanya masuk ke wad yang agak tersembunyi. Sementara itu, mereka bertiga duduk di kerusi pelawat.
Yang berada di luar pula sudah berlegar-legar. Ryuu dan Shiori, Kenji dan Yuriko manakala Ken berjalan seorang diri.
Kembar itu bergerak ke perpustakaan di bandar itu berdasarkan papan tanda yang tersedia. Mata yang memandang mereka masih tidak lepas.
Setiap kali ada yang mendekati, Ryuu akan menghidupkan kuasa api di tangannya agar roh-roh itu takut dan menjarakkan diri daripada mereka.
"Ryuu, lama lagi ke nak sampai perpustakaan?" Soal Shiori sambil matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Rupa-rupanya, tidaklah terlalu menakutkan dunia itu. Auta sahaja lebih.
Ryuu menunjukkan ke arah satu papan tanda yang terpasang di sebuah bangunan. Mekar senyuman Shiori.
Mereka berdua berjalan masuk ke perpustakaan tersebut. Terjegil mata Shiori apabila melihat penjaga perpustakaan itu.
Bermukakan besi, terpacaknya beberapa alatan tajam. Badannya pula diselaputi darah yang banyak. Mata pula ditutup dengan penutup mata kedua-duanya. Tangan dan kakinya berbentukkan tulang manusia.
Meremang bulu roma Shiori, malah Ryuu juga. Siapa je tak takut? Sudahlah giginya taring semua dan terkeluar dari mulut. Eii.
Dengan kaki yang sudah terketar-ketar, mereka bergerak ke bahagian rak buku tanpa mempedulikan pustakawan tersebut.
Shiori meleraikan tangannya daripada lengan Ryuu. Pantas dia bergerak ke bahagian yang dicarinya.
Matanya meneliti setiap tajuk buku yang ada di situ. Semuanya pelik-pelik belaka dan langsung tiada kaitan dengan keadaan di Buminya.
Berdiri, meninggung, semua dia sudah buat. Namun, tiada satu buku pun yang mengikut kehendaknya. Keluhan keluar.
Dia berjalan mencari Ryuu. Lelaki itu pula sudah khusyuk membaca buku sambil berdiri. Shiori bergerak perlahan.
Dia cuba mengintai tajuk buku yang sedang dibaca abangnya itu. Besar kecil sahaja matanya cuba memahami tajuk buku itu.
'Bahasa apa ni? Bahasa dunia Darkwinf ni ke?' Omelnya.
Pandangannya beralih pula pada kandungan buku itu. Bahasa yang sama digunakan. Berlapis-lapis dahinya memandang Ryuu.
"Ryuu faham ke?" Soalnya perlahan. Ryuu memandangnya sebentar. "Boleh lah. Bahasa pelik tetapi cara penerangannya boleh difahami."
Semakin berkerut dahi Shiori. Pelik tetapi boleh difahami? Dia cuba membaca buku itu dari tepi.
Namun, dia tidak dapat memahami satu hapak pun. Tengkuk belakangnya digosok. Aish, makin pelik Ryuu ni.
Pandang sahaja dia ke kanan, satu buku menarik perhatiannya. Laju buku itu ditarik dengan berhati-hati.
D.A
Halaman buku itu diselak satu persatu. Tajuknya yang hanya mempunyai dua huruf dan satu tanda bacaan betul-betul menumbuhkan rasa tertanya pada otaknya.
YOU ARE READING
THE HUNTED TWINS [C]
FantasyBOOK 1 ; DRAGONIEL SERIES Api . Air . Cahaya . Kegelapan Empat buah kuasa utama yang berpecah dan masuk ke dalam tubuh dua pasang kembar sekaligus menghasilkan sejarah tergempar. Kuasa-kuasa ini perlu digabungkan sebelum tiba tarikh keramatnya atau...