🐾 48: The Night Before

745 58 1
                                    

Bertemankan angin malam, Ryuu berdiri di beranda bilik dia dan Shiori menginap. Cahaya bulan purnama pada malam itu bagai menghilangkan segala kerisauan di hati.

Leka mengambil angin malam, Ryuu tak sedar Shiori berdiri di sisinya, turut melakukan perkara yang sama.

"Ryuu, esok ialah harinya. Agak-agak lepas semua ni tamat, kita akan dapat balik semula ke Bumi ke?" Soal Shiori perlahan.

Ryuu memaut bahu kembarnya kemas. Bibirnya menguntum senyuman khas untuk si adik. Rambut Shiori dikusutkan.

"Kita kena percaya yang semua ni akan tamat dengan baik. Kita kena percayakan Dragonel dan ketua," ujarnya penuh kelembutan.

Shiori terpana buat seketika. Setelah lama masa berlalu, barulah dia faham kenapa mendiang Sora sukakan kembarnya itu dengan seikhlas hati.

Ryuu nampak kasar dan tegas. Tapi hatinya sangat lembut dan sentiasa ingin melindungi orang. Shiori mencubit pipi lelaki itu mengejut.

"Aduh!"

"Padan muka! Siapa suruh kusutkan rambut!" Gadis itu mentertawakan muka kelakar Ryuu yang dicubit. Belum sempat Ryuu hendak membalas dendam, gadis itu sudah mencicit lari.

"Jangan lari!!"

***

Yuki duduk berhadapan dengan Char. Otto turut berada di sisinya. Suasana menjadi sunyi apabila tiada siapa yang memulakan perbualan. Mayu yang berdiri di tepi Char dipandang tajam oleh Yuki.

"Kenapa kau tak bincang dengan aku dulu, Char? Kau nak pentingkan diri sendiri ke?" Jejaka itu akhirnya bersuara. Wajahnya merah menahan amarah dan kekecewaan di hati.

Baru sebentar tadi, Otto menerangkan segala-galanya berkenaan pertukaran rancangan atas arahan Char. Jelas pada riak wajah lelaki itu yang dia sangat terkejut.

"Maaf Yuki. Ini bukan permintaan aku seorang. Otto juga mahukan cara ni berbanding idea untuk mengorbankan diri kau," jawab Char tenang.

Yuki ketap bibir. Otto dipandang sekilas. Kalaulah dia tidur selepas Mayu tidur, agak-agak kuasa Otto akan berjaya dipindahkan semula ke badan asal ke?

"Maaf tuan. Ini cara terbaik untuk semua orang. Saya hanya sekadar robot pemusnah. Tujuan sebenar saya perlu dilaksanakan jua."

Otto bersuara setelah mengumpul keberanian. Dia tahu, salah untuk mengambil semula kuasanya tanpa pengetahuan Yuki. Tapi, semuanya bersebab.

Char hela nafas lemah. Wajah sugul Yuki ditenung lama. Mungkin betul yang dia pentingkan diri. Disebabkan dia menyayangi jejaka itu, dia tak sanggup untuk korbankan Yuki.

"Jangka hayat vampire lama. Kau tak patut habiskan nyawa kau disebabkan peristiwa ni je. Lagipun, Otto takkan hilang macam tu je," tutur Mayu pula. Sudah lama gadis itu diam sahaja.

"Maksud kau?"

"Dia akan kekal dalam memori kau. Bukan ke itu dikira sebagai dia hidup? Hidup dalam memori."

Yuki terdiam, begitu juga Otto. Hidup dalam memori. Kedengaran indah, tetapi hakikatnya menyayat hati. Sanggup ke Yuki hendak berpisah dengan pembantunya yang banyak membantu?

"Kau boleh terima arahan ni Yuki. Aku percayakan kau. Sekarang ni, kau pergi masuk tidur. Mizuki akan datang sini esok," pesan Char. Serigala itu berlalu pergi dengan diiringi Mayu.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now