🐾 19: The Village

1.2K 92 2
                                    

Sebaik sahaja matahari terbit, Shiori segera membersihkan dirinya. Ada perkara yang perlu dilakukannya pada hari itu.

   Seusai mandi, pakaian yang sesuai disarung. Ryuu yang masih berada di bilik dipanggilnya.

   Kemudian, kembar itu bersarapan. Hanya roti menjadi sarapan mereka memandangkan ahli Dragonel yang lain masih belum turun ke dapur.

   Langkah dibuat ke arah kandang kuda. Selepas meminta izin daripada Mikio, mereka berdua terus membuat keputusan untuk keluar sebentar.

   Shiori dan Ryuu menaiki kuda yang paling jinak memandangkan mereka masih tidak biasa dengan kuda di dunia itu.

   Mereka bergerak menuju ke suatu tempat atas permintaan Shiori. Tempat yang akan mereka tuju merupakan tempat yang terpencil.

   Shiori ingin pergi ke tempat itu kerana mimpinya malam tadi. Mimpi seseorang memerlukan bantuannya. Ryuu pula hanya menurut. Dia lebih rela mengikut daripada tinggal bersama yang lain.

   Dalam perjalanan, sempat lagi Shiori membeli beberapa buah tangan kerana tempat yang mereka tuju ada penduduk.

   Ryuu pula berdiam diri. Dia hanya mengikut ke mana sahaja Shiori pergi. Ada juga sesekali dia bertanyakan nama tempat yang ingin dituju, tetapi Shiori tidak menjawab.

   Jalan yang dilalui mereka juga agak sunyi. Jadi, mereka perlu sentiasa bersedia jika ada serangan mengejut.

______________________________

"Kei! Cepatlah. Dah lapar ni," laung Claire dari ruang tidurnya.

   Kei yang baru sahaja selesai membersihkan diri menjeling ke arah Claire. Serigala itu memang suka buat dia rimas.

   "Diamlah. Pergi jelah memburu sendiri sana," halaunya. Claire memutarkan bola mata. Kepalanya ditundukkan.

   Apabila Kei sudah bersiap, mereka berdua berjalan menuju ke suatu tempat. Claire kata tempat itu ada mangsanya.

   Dalam perjalanan, Kei mengutip beberapa kuntum bunga liar. Dia percaya bahawa mangsa yang terselamat daripada dibaham Claire nanti akan takut, maka bunga itulah yang akan menggembirakan hati mereka.

   Claire di sebelah dikerlingnya. Sudah beberapa tahun berlalu, namun serigala itu tidak pernah berubah sejak dia menjumpainya.

   Keluhan berat dilepaskan. Dia mahu ubah Claire daripada membunuh makhluk yang dibencinya. Kehidupan Claire juga dipenuhi dendam sepertinya.

   Tetapi, Claire lagi teruk. Yang tidak bersalah juga menjadi mangsanya. Mukanya diraup. Pening memikirkan kehidupan serigala di tepinya.

"Kenapa? Penat ke?" sampuk Claire.

   Kei tersentak. Dia menggeleng perlahan. Mustahil dia penat. Dia menunggang kuda dan bukannya berjalan. Jadi, kudanya yang akan penat dan bukan dirinya.

   Malah, kuda itu sendiri merupakan kuasa Claire. Jadi, tidak perlulah dia risau.

______________________________

"Oi, Shiori. Tak lapar ke?"

   Shiori mengangguk kecil. Dia sudah dapat agak bahawa Ryuu akan bertanyakan soalan itu memandangkan perutnya sudah bermain dram sejak beberapa minit yang lalu.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now