Tok, tok, tok
Sayuri cepat membuka pintu utama pangkalan itu apabila suara Ren dari luar kedengaran.
"Ren! Mana awak pergi?" Resahnya. Dalam hati sudah mengucap lega apabila Ren sudah pulang. Keluar tak beritahu pula tu.
"Hehe sorilah. Kecemasan. Ni ada tetamu," tangannya menunjukkan ke arah Mayu dan Mayumi. Cantik dan comel. Cuma si Mayumi tu...
Sayuri berjabat tangan dengan Mayu walaupun si anak Kiyoshi itu dua tahun lagi tua daripadanya. Sudah terbiasa.
Mayumi hanya menanti di belakang. Hendak memperkenalkan diri, tetapi sekejap lagilah.
"Mari duduk sana. Saya sediakan air dan biskut," pelawanya. Ren membiarkan kawannya duduk manakala dia naik ke bilik.
Nak mandi!
Char melangkah turun ke ruang itu. Memandangkan Yuki semakin pulih, dia sudah tidak terlalu risau lagi. Senyuman terpapar seketika.
"Awak datang ya Mayu," mesra sapaannya. Mayu membalas senyuman itu. Nak peluk, tetapi dia takut dengan si Char.
Kelmarin, Ren pernah ceritakan pasal keganasan Char. Jadi dia perlu berjaga-jaga.
"Sayuri-"
"Ya saya datang."
Dulang berisi seteko teh dan beberapa biji cawan diletakkan di atas meja. Balang biskut bersama isinya turut ada.
"Silakan," ditarik sedikit tubuh ke belakang setelah empat biji cawan diisikan dengan teh buatannya.
"Sedapnya bau," muncul seseorang dari belakang. Semua mata tertoleh ke arah dua beradik kucing jadian itu.
"Wah, Sayuri buat air. Nak join jugak," sekaligus lengan Kenji di sisi ditarik. Kucing jadian berambut gelap itu hanya pasrah.
"Kenji, panggil yang lain," suruh Sayuri. Kucing itu mengangguk. Dapat lari daripada abang!
Pintu bilik Shiori diketuknya terlebih dahulu. Tetapi sunyi. Tiada jawapan mahupun sebarang bunyi bergerakan.
Pintu bilik dikuak kecil. Patutlah senyap semacam. Memang tak ada orang pun. Pasrah.
Destinasi seterusnya, bilik Ryuu. Dekat je bilik dua orang tu. Sekali ketuk, Ryuu sudah menjenguk ke luar pintu.
"Minum," sepatah sahaja. Ryuu angguk. Tubuhnya dibersihkan sedikit daripada kesan habuk yang melekat. Tadi dia bersihkan bilik. Tu yang bising semacam.
Last, bilik tetamu untuk Yuu. Pantas. Tetapi bukan Yuu, malah Shiori. Gadis itu agak terkejut dengan jarak mukanya dengan Kenji yang dekat.
"Ya Kenji?"
"Panggil semua orang untuk minum."
"Okay."
Shiori berpaling ke belakang. Yuu menunduk. Kenapa? Sakit lagi ke?
"Masa untuk minum. Turunlah," katanya. Adik-beradik Ainsley mengangguk lalu mengatur langkah ke dapur.
Hanya Yuu yang tidak berganjak. Shiori menjadi pelik. Didekati jejaka yang pernah menjadi kawan rapatnya suatu ketika dahulu.
Tangannya melekap pada dahi si rambut putih. Nak tau demam ke apa, tetapi ditepis lembut. Masih tidak mengangkat wajah.
"Kenapa? Tak sihat lagi ke? Sini biar aku periksa," selamba badak dia duduk di hadapan Yuu. Lelaki itu menginjak ke belakang sedikit.
YOU ARE READING
THE HUNTED TWINS [C]
FantasyBOOK 1 ; DRAGONIEL SERIES Api . Air . Cahaya . Kegelapan Empat buah kuasa utama yang berpecah dan masuk ke dalam tubuh dua pasang kembar sekaligus menghasilkan sejarah tergempar. Kuasa-kuasa ini perlu digabungkan sebelum tiba tarikh keramatnya atau...