"Mizuki!"
Di saat Yuu menjerit nama kembarnya, satu bayang besar melintasi ruang udara di atasnya. Naga kegelapan segera terbang ke bawah dan mengangkat semula gadis itu ke atas.
"Noir...."
"Aku takkan biarkan tuan aku mati selagi mana Dragoniel belum dibangkitkan," ucap naga itu tegas. Mizuki di atasnya terdiam.
Matanya membulat apabila mendengar kata-kata naga kegelapannya. Sesaat kemudian, dia melepaskan tawa besar.
"Hahaha! Ah, bodohnya aku sebab fikirkan Noir akan sentiasa patuhi arahan aku! Char, kau menang! Aku takkan pernah berjaya kalahkan Noir sekuat mana pun diri aku ni," Mizuki menyerah diri.
Tawanya masih lagi tidak berhenti, mungkin kerana hajatnya tidak terlaksana akibat haiwan lagendanya sendiri. Noir perlahan-lahan menurunkan Mizuki ke atas bukit itu.
"Char, tolong rawat Mizuki," pinta Yuu dalam nada keletihan. Dia akhirnya terduduk setelah dipastikan Mizuki tidak akan melawan lagi. Begitu juga Ryuu dan Shiori. Ahli yang lain pula masih tidak sedarkan diri akibat kuasa mereka yang ditarik secara paksa.
"Ini pengakhirannya ke?" Getus Shiori perlahan. Cahaya matahari yang semakin kelam menerangi langit IcyRock, atau lebih tepatnya, dunia Dialight.
Ryuu menggenggam tangannya erat. Dua beradik itu berpandangan antara satu sama lain sebelum tersenyum lebar. Beberapa minit sahaja lagi sebelum malam tiba.
Mereka berbaring sebentar di atas rumput hijau itu. Yuu turut berbaring di sisi mereka, menikmati cahaya bulan yang kian muncul menggantikan cahaya matahari.
"Sekarang ni, tinggal untuk hidupkan Dragoniel sahaja," kata jejaka berambut putih itu perlahan. Ryuu dan Shiori mengangguk serentak.
Beberapa minit kemudian, Char mendekati mereka bertiga. Riak wajahnya lebih lembut daripada yang biasa. Lembut sama seperti ketika berjumpa dengan Yuki.
"Mizuki dah okay. Mari gerak tempat Dragoniel," ajak Char, lebih kepada arahan. Mereka bertiga akur sahaja. Kenji membentuk dua ekor burung gergasi menggunakan bayangnya.
Dia menyuruh dua pasang kembar itu dan Char untuk menaikinya. Tanpa sebarang bantahan, mereka terus menaiki burung gergasi itu.
"Bayang ni akan hantar ketua dan yang lain ke destinasi dengan selamat walaupun saya tiada. Semoga selamat sampai," ucap Kenji sebelum burung bayangnya mula terbang ke ruang udara.
Sekejap sahaja, mereka berlima sudah dibawa pergi bersama burung-burung bayang Kenji. Jejaka itu tersenyum sebelum mendekati ahli lain yang masih pitam.
'Saya serahkan kepada ketua.'
***
"Woah! Pegang kuat-kuat Shiori!"
"Tengah pegang kuat-kuat lah ni!"
Kembar Yuuki asyik bergaduh sesama sendiri sepanjang perjalanan ke destinasi. Char, Yuu dan Mizuki terpaksa menadah telinga meskipun bunyi angin sudah cukup kuat.
"Char, kau tak ada kuasa untuk senyapkan dia orang ke?" Soal Mizuki keletihan. Telinganya semakin penat apabila mendengar dua beradik itu bertengkar. Entah apa yang digaduhkan, dia malas nak ambil tahu.
"Kita dah sampai," ucap Char, sekaligus mendiamkan Ryuu dan Shiori. Burung bayang itu perlahan-lahan mendarat di tanah yang warnanya terbahagi kepada dua.
Ryuu dan Shiori melompat turun, sama seperti kembar Hiro dan Char. Mereka mendarat di atas tanah yang sangat asing bagi mereka.
YOU ARE READING
THE HUNTED TWINS [C]
FantasyBOOK 1 ; DRAGONIEL SERIES Api . Air . Cahaya . Kegelapan Empat buah kuasa utama yang berpecah dan masuk ke dalam tubuh dua pasang kembar sekaligus menghasilkan sejarah tergempar. Kuasa-kuasa ini perlu digabungkan sebelum tiba tarikh keramatnya atau...