"Apa maksud Mayumi?"
Gadis kecil itu mengesat air matanya. Rasanya sudah sampai masa untuk dia beritahu hal keluarga Hiro kepada Shiori.
"Kakak tolong sampaikan pesanan ni kat abang Ryuu," pintanya. Shiori sekadar mengangguk setuju.
"Dalam buku T*t*, ada satu mukasurat yang isinya ditulis dalam bahasa asing yang dah tak wujud lagi dalam dunia ni. Bahagian tu ceritakan pasal keluarga kami.
Macam yang kakak tahu, dua pasangan kembar telah dipisahkan sewaktu kecil dahulu. Sepasang di Bumi dan sepasang lagi kekal di Dialight.
Kesannya, hubungan antara dua buah keluarga tu mula renggang tetapi tiada pergaduhan. Cuma, setahun lepas kejadian dipisahkan tu, sesuatu dah berlaku.
Mama mengandungkan saya. Berdasarkan buku T*t*, kedua-dua pasang kembar tu tak boleh ada adik atau huru-hara akan bermula. Jadi, walaupun masih dalam kandungan, saya diberikan dua pilihan," jelas Mayumi bercerita.
Shiori hanya menunggu sambungannya. Dua pilihan yang diberikan pada Mayumi sewaktu dalam kandungan? Apa dia?
"Saya boleh pilih sama ada hendak dilahirkan atau tak. Jawapan tu akan sampai kepada firasat mama saya. Walaupun masih dalam kandungan, saya diberikan kelebihan untuk berfikir dan berinteraksi dengan satu suara misteri.
Jadi, saya pilih mahu dilahirkan. Mayumi pun nak rasakan kehidupan di dunia ni. Takkan lah dah dibentuk tetapi akan dihapuskan macam tu je.
Tu kejam. Mayumi tak ambil kisah pasal amaran tu dan terus hantar mesej tu kepada mama. Dua bulan selepas tu mama lahirkan Mayumi."
Terangguk-angguk Shiori memahami. Terbit senyuman nipis di bibirnya. Kalau dia jadi Mayumi pun, dia akan buat pilihan yang sama.
"So, apa kena mengena dengan Yuu? Kenapa dia marah kat kamu pula?" Diajukan soalan yang amat penting baginya.
Yuu takkan buat begitu. Walaupun dia kejam, mesti pengawal cahaya tu ada sebabnya. Dan dia perlu kaji kenapa.
Mayumi berpaling ke tepi. Dia tak sanggup hendak ceritakan bahagian itu kepada Mayumi. Perit hidup keluarganya setelah dia lahir.
Tubir matanya mula bergenang semula. Shiori segera mengesat. Dia takkan biarkan Mayumi menangis tiba-tiba lagi.
"Kak Shiori, kalau kesan kepada kelahiran tu akan membawa kepada perpecahan, kakak masih pilih untuk tetap lahir ke?" Soal Mayumi.
Shiori terdiam sebentar. Memikirkan jawapan yang sesuai. Kalau kesannya sampai memisahkan sesuatu yang berharga...
"Shiori," sapaan daripada pintu bilik gadis itu. Mayumi dan anak gadis Yuuki serentak memandang ke arah Ryuu.
"Kenapa ada sesi menangis ni? Mayumi?" Berkerut-kerut dahinya. Niatnya hendak memanggil Shiori untuk jaga masak dengan Sayuri, tetapi terbantut pula.
"Tak ada apa-apa," dalih Mayumi. Cukuplah.
"No. Something wrong," punggungnya dilabuhkan di sebelah Mayumi yang kosong. Bermakna gadis kecil itu ditengah-tengah.
"Ni cuma pasal keluarga Hiro je," sayu suara itu. Nak nangis lagi.
Shiori mengeluh. Kasihannya Mayumi. Ada sesuatu yang mengganggu hidupnya pada saat ini.
"Mayumi, sambunglah cerita," pinta Shiori.
"Tak payahlah kak. Dah jelas yang kelahiran saya memang datangkan kesan yang buruk untuk dimensi ni," ujar Mayumi.
Satu-satunya lelaki di situ membaringkan tubuhnya terlentang di katil Shiori.
YOU ARE READING
THE HUNTED TWINS [C]
FantasyBOOK 1 ; DRAGONIEL SERIES Api . Air . Cahaya . Kegelapan Empat buah kuasa utama yang berpecah dan masuk ke dalam tubuh dua pasang kembar sekaligus menghasilkan sejarah tergempar. Kuasa-kuasa ini perlu digabungkan sebelum tiba tarikh keramatnya atau...