🐾 16: Separate

1.3K 93 0
                                    

Tepat pukul 12.00 tengahari, Ryuu dan Shiori tiba di pangkalan mereka. Kelihatan semua ahli kumpulan Dragonel berkumpul di meja makan untuk makan tengahari.

   Ryuu mengendahkan panggilan mereka yang memanggilnya untuk makan manakala Shiori keliru. Dia perlu buat pilihan sama ada untuk makan ataupun tidak.

"Maaf, kami berdua dah makan dalam perjalanan pulang tadi."

   Shiori terus berlalu naik ke biliknya bagi membersihkan tubuh yang dibasahi peluk dan melekit.

~~~

   Seusai membersihkan diri, kembar itu turun ke ruang tamu untuk berehat sambil menonton tv. Rancangan yang kelihatan menarik ditonton.

   30 minit berlalu, Char datang ke arah mereka berdua. Ryuu berdiam diri apabila Char duduk di hadapan mereka.

   "Mari ikut saya," arahnya dalam nada perlahan. Shiori segera mematikan suis tv. Mereka berdua mengikut Char dari belakang.

   Ketiga-tiga mereka bergerak ke halaman belakang pangkalan. Char meyebut sesuatu jampi yang hanya ia sahaja tahu.

   Tiba-tiba, muncul satu cahaya yang amat terang. Char beritahu mereka bahawa cahaya itu akan membawa mereka ke masa silam.

   Tanpa banyak tanya, Ryuu dan Shiori mengikut sahaja Char yang masuk ke dalam cahaya itu.

***

"Aduh!"

   Serentak kembar itu mengadu kesakitan apabila masing-masing terjatuh. Ryuu terasa lebih sakit kerana Shiori terjatuh atasnya.

   Segera tubuh kecil itu ditolak turun dari badannya yang kurus. Char hanya menunggu mereka berdiri sebelum pergi ke sesuatu tempat.

   Setelah mereka berdua dapat berdiri semula, perjalanan ke suatu tempat diteruskan.

   Tiada soalan yang dikeluarkan memandangkan si ketua masih mendiamkan diri tanpa sebarang suara pun.

   Ryuu memerhatikan keadaan sekeliling. Pokok-pokok yang sudah mati dan lalang yang tumbuh dalam kuantiti yang banyak agak menakutkan.

   Seperti tempat itu sudah hancur dan tiada lagi hidupan. Hanya kematian menyelubungi kawasan itu.

   Tiba-tiba, Char berhenti mengejut. Kembar itu turut berhenti. Ketuanya dipandang hairan. Tiada apa-apa yang menghalang jalan mereka. Yang ada hanyalah satu lagi pokok mati, tetapi lebih besar.

   Pokok itu seperti dihias kerana terdapat beberapa bulu burung yang berwarna putih jatuh ke atas pokok itu.

   Mereka bertiga hanya diam terpacak di hadapan pokok itu seperti patung cendana. Entah mengapa Char masih diam.

   Tanpa disedari mereka, seorang lelaki tiba-tiba datang dan terus memukul Ryuu dari belakang.

   Char dan Shiori terus berpaling memandang Ryuu serentak. Lelaki itu memegang belakangnya yang sakit.

   Shiori segera membantu kembarnya untuk menjauhkan dari lelaki itu. Char mengetap giginya. Lelaki yang pernah menjadi musuh besarnya.

   Lelaki tersebut memakai t-shirt hitam, jaket merah dan seluar hitam. Di tangannya pula terdapat kesan darah yang masih baru.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now