🐾 22: Find Her

1.1K 84 0
                                    

Selesai menjemur pakaian, Shiori kembali berehat di biliknya. Rambutnya disikat sebelum berbaring.

   Siling biliknya ditenung. Dia masih mengingati peristiwa pertarungan mereka dengan Kei dan Claire.

   'Char kenal serigala tu? Apa hubungan mereka berdua?' fikirnya.

   Dia kemudiannya duduk semula. Keputusan untuk bertanyakan Char tentang hal itu dibuat. Shiori mengorak langkah ke bilik Char.

   Sesampai sahaja di hadapan pintu, ketukan diberikan beberapa kali sebelum kebenaran diberi. Perlahan-lahan dia masuk.

   Shiori mengambil tempat di kerusi yang kosong. Char sendiri yang menyuruhnya duduk di situ. Pada mulanya, hanya bunyi kipas berpusing kedengaran.

   Maka, Char yang memulakan perbualan mereka. Matanya memandang tepat anak mata Shiori.

"Ada ape?"

"Boleh tak ketua ceritakan sedikit tentang serigala semalam?"

   Mulut serigalanya ditutup semula. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu bercakap tentang hal adiknya, Claire.

   Tetapi, apabila Shiori sudah merayu bersungguh-sungguh, dia mengalah. Cerita dibuka juga.

   "Foxy Claire. Itu antara klu yang awak boleh agak hubungan kami berdua," terangnya sedikit dahulu.

   "Foxy. Nama ketua ialah Foxy Charlotte. Jadi ketua dan Claire adik beradik?" tekanya pantas.

   Char mengangguk. "Dia satu-satunya adik saya," tambahnya.

"Ibu bapa kami dah meninggal. Sejak itu, saya tinggal berdua dengannya. Namun, suatu hari kami berdua berpisah. Saya berpisah dengan dia sebab saya perlu mengikut seseorang ke suatu tempat lain. Orang itu merupakan kaum vampire. Disebabkan itu, dia mula berdendam dengan vampire sebab pisahkan hubungan kami. Sekarang ni, vampire merupakan mangsa utamanya."

    Kembar itu mengangguk faham. Kemudian, mereka meminta izin untuk keluar ke bandar.

_____________________________

"Tuan, saya dengar kampung tu dah selamat."

   Tertoleh kepala jejaka itu. Matanya membulat mendengar berita mengejut yang keluar daripada mulut robotnya.

   "Ouh. Kalau macam tu, mari pergi ke sana. Ada hal yang perlu diuruskan," ajaknya.

   Si robot mengangguk. Jejaka itu bangun dari duduknya lalu bergerak ke bilik. Kot hitam disarung pada badan.

"Jom gerak Otto. Kunci semua pintu rumah dan tingkap."

"Menurut arahan tuan."

   Jejaka itu kemudiannya teleport ke kampung asalnya bersama si robot pembantu.

***

   Senyap sahaja kampung itu sebaik jejaka itu tiba. Dia berjalan menuju ke rumah ketua kampung.

   Pintu rumah itu diketuk beberapa kali sehinggala gadis kecil Yume menyambutnya.

   "I'm back, Yume," katanya seraya memeluk erat anak kecil itu. Apabila Yume sudah diturunkan, dia segera memanggil bapanya.

   Jejaka itu dan Otto berjalan masuk ke rumah tersebut dengan adab. Mereka melabuhkan punggung di hadapan meja.

   Beberapa minit kemudian, En. Murasaki muncul bersama sepinggan biskut gula dan kopi panas. Jejaka itu mengucapkan terima kasih.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now