🐾 32: The Guardian of Light

1K 82 0
                                    

Ren mengeluh buat kesekian kalinya. Mayumi pula masih menghisap lolipop yang dibeli dari kedai beberapa minit yang lalu.

   "Kak Ren okay?" Prihatin Mayumi bertanya. Ren menunjukkan simbol okay. Tangannya naik mengusap kepala si kecil itu.

   "Lamanya kak Mayu nak sampai," rungut Mayumi lagi. Dah berapa puluh minit mereka menunggu Kiyoshi Mayu untuk sampai. Sampai panas dah punggung yang duduk ni.

   "Maaf lambat!" Laung Mayu. Ren dan Mayumi serentak menjelingnya. Tersengih jelah. Takkan nak merungut pula.

"Kamu berdua ada jumpa apa-apa petanda ke?"

"Tak ada. Nampaknya Yuu memang nak sembunyikan diri dari orang luar."

"Itulah sikap abang Yuu."

   Perlahan sahaja nada suaranya. Ren memeluk Mayumi. Pasti dia merindui satu-satunya abang yang dia ada. Sejak kecil lagi mereka hanya berjumpa sekali-sekala sahaja.

   "Kakak rasa Yuu ada kat bandar IcyRock sebab ada orang kata bandar tu aman sebab dilindungi oleh pengawal cahaya," jelas Mayu.

   Mata Ren kembali bersinar. Ditatapnya wajah Mayumi yang juga mula menjadi ceria itu. Harap boleh jumpa Hiro Yuu secepat mungkin.

______________________________

   Makanan yang sudah terhidang langsung tidak terusik. Si tukang masak membebel sahaja dengan tindakan seseorang itu.

   "Makanlah. Penat aku masak. Tup tup, kau tak makan pun," pinggan yang berisi sayur ditutup dengan tudung saji. Geram sebab asyik dihinggapi lalat sahaja.

   "Sori. Khusyuk sangat baca buku ni," dalih lelaki itu. Sayur tadi dibawa keluar semula. Buku bersalut emas itu diletakkan di tepi.

   Akhirnya dijamah juga makanan tengahari yang sudah lama tersedia di atas meja. Suapan demi suapan masuk ke dalam mulutnya.

   Pembantu di tepi masih berdiri tegak. Walaupun usianya lebih tua daripada lelaki yang dijaganya, dia masih kurang selesa untuk makan bersama.

   "Eh, kau orang pun makanlah. Lapar nanti," pelawanya. Dua pinggan dituang nasi. Diberikan kepada dua pembantunya itu.

   "Aku mana makan sayur. Ambil balik sayur tu," rungut si tukang masak apabila orang di bawah jagaannya meletakkan sayur ke dalam pinggannya.

   "Oh haah. Lupa. Sori," sayur tadi diambilnya lalu terus disuap ke dalam mulut. Pembantu seorang lagi sudahpun duduk.

   Sunyi sepi kawasan dapur itu. Kalau dah tiga orang sahaja tinggal di situ, memanglah sunyi. Tambahan pula dua daripadanya hanyalah pembantu.

   "Tuan ada jumpa apa-apa ke dalam buku tu?" Pembantu lelaki membuka mulut setelah suapan terakhir dihabiskan.

   "Ada. Dan banyak kali dah cakap, jangan panggil tuan. Aku lagi muda dari kau," keluhnya. Penat cakap perkara yang sama.

"Okaylah. Apa yang kau jumpa dalam buku tu?"

"Hari lahir dia orang makin dekat. Kita kena lakukan sesuatu dengan cepat."

   "Dah tu, janganlah asyik berkurung dalam rumah je," bising tukang masak tadi. Bebel je kerjanya.

   "Yelah. Kejap lagi ikut aku pergi pangkalan Lylith. Dia orang tinggal kat situ," arah si tuan. Dua orang pembantu itu berkerut.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now