🐾 43: Home

756 57 0
                                    

"Kenji, abang rasa kita dah sesat lah," ucap Ken serba salah. Kawasan sekeliling langsung tidak dapat dicam olehnya.

Kenji mengeluh. "Rehat jelah kalau macam tu," ujarnya. Mereka berdua menuju ke sebuah pondok kayu usang yang terletak di hutan itu setelah lama berjalan.

Ken menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tak pasal-pasal boleh sesat. Hidungnya suka betul buat masalah dalam saat genting seperti sekarang. Kenji pula sudah selesema sejak dari awal perjalanan memandangkan musim sejuk semakin menghampiri.

"Kenji, kau tak rasa sejuk ke?" Soal Ken. Kenji angguk. Gila tak sejuk. Pakai baju tipis lepas tu sesat di hutan. Lagilah turun suhunya.

"Nah pakai ni. Nanti kau selesema makin teruk. Lagi susah jadinya." Jaket kepunyaan Ken diserahkan kepada si adik. Kenji teragak-agak untuk memakainya.

"Habistu abang tak sejuk ke?"

"Abang dah biasa. Kau tu kan memang tak sukakan sejuk sejak kecil."

Kenji akur. Memang betul pun kata Ken. Dia paling tak gemar musim sejuk iaitu musim kegemaran Ken. Hal itulah punca dia tak keluar bertugas setiap kali musim sejuk.

Tiba-tiba, mereka terdengar sesuatu bunyi dari semak-samun yang berada berdekatan. Kenji merapati Ken.

"Abang kira sampai tiga, kita terjah semak tu. Faham?" Beritahu Ken. Kenji mengangguk kepala. Kedua-dua mereka berada dalam posisi melompat.

"Satu... dua... tiga!"

Pap!

"Aduh!"

Suara yang dikenali menarik perhatian adik-beradik kucing jadian itu. Dua tubuh yang ditahan mereka dipandang.

"Adik-beradik Sylvester?" Kenji beriak pelik. Macam mana dua beradik ni boleh sesat ke dalam hutan selepas lama menghilang?

"Auch! Turunlah! Sakit!" Ruby mengadu. Serta-merta Ken bangkit dari belakangnya. Hanya tangan yang setia menahan Ruby daripada larikan diri.

"Kau orang ni cuba tengok-tengok dulu kalau nak serang pun. Lepaskan Ray," Ruby membebel. Tajam anak matanya menikam anak mata Ken.

"Maaflah. Mana tahu kau orang yang sembunyi dalam semak ni." Ken membantu Ray untuk bangkit semula. Tubuh lelaki itu kelihatan lemah walaupun dia sekadar menghentak di bahagian yang tidak mencederakan.

"Apa dah jadi dengan kau orang?" Soal Kenji dalam nada biasanya. Ruby tunjuk ke pondok usang itu terlebih dahulu. Ken dan Kenji membawa mereka ke situ.

"Leraikan pergelangan tangan Ruby. Dia tak salah pun," Ray bersuara tenat. Ruby semakin resah. Pergelangan tangannya direntap daripada pegangan Kenji.

"Jom balik pangkalan. Kau orang kena tolong aku," pinta Ruby. Tangannya naik mengusap rambut Ray yang serabut itu.

"Kitorang pun sesat, apatah lagi nak bawa kau orang balik pangkalan semula," jawab Ken bersama keluhan. Ruby merengus. Wajah lemah Ray dipandang.

Disebabkan dia, Ray lemah sebegini. Semuanya atas arahan Mizuki sendiri. Tanpa disedari, tangannya menggenggam penumbuk.

"Bertenanglah. Apa dah jadi dengan Ray? Lemah semacam." Ken bersuara semula. Ruby menunduk. Kalau dia cerita, mereka masih nak percayakan dia ke?

"A-aku.. dengan Ray kena ugut dengan Mizuki."

"Hah?" Serentak Ken dan Kenji terkejut. Hilang mengejut kemudian diugut pula oleh pengawal kegelapan. Apa dah jadi ni?

"Suatu malam haritu, Mizuki teleport ke bilik aku dan Ray. Kemudian, dia terus dapatkan Ray dan ugut aku untuk ikut arahan dia. Kalau tak, Ray akan kena bunuh."

"Kenapa Mizuki nak culik kau orang pula?"

"Mesti dia tahu fasal kelebihan keluarga Sylvester. Dia kata, dia tahu cara hidupkan kuasa kitorang macam generasi sebelum ni," tokok Ruby.

Ken dan Kenji terdiam. Apa yang mereka boleh buat sekarang ni? Ray yang sangat lemah dan mereka pula sesat.

"Oh ya Ruby. Kau kata kau jadi pengikut sementara Mizuki kan? Ada nampak Yuki tak?" Soal Kenji perlahan. Sambil itu, tangannya memicit perlahan kepala Ray.

"T-tak ada pula.."

Mereka berdiam diri. Kenji cuba merawat Ray dengan sedikit ubat yang dibawa bersama. Rancangnya, dia hendak merawat Yuki sekiranya lelaki itu cedera. Tetapi, lain pula yang jadi mangsa.

Tiba-tiba, satu bunyi menghempas tanah kedengaran kuat. Mereka berada dalam posisi bersedia untuk menghadapi musuh.

"Ini aku, Yuki dan Alex."

Dua jejaka vampire itu keluar dari bayang pokok. Ruby hela nafas lega begitu juga si adik-beradik kucing jadian.

"Kau cari aku kan? Aku tahu kau orang sesat dan ini semua rancangan En. Murasaki sendiri."

"En. Murasaki? Ketua kampung yang kitorang pernah tolong tu?" Ulang Ken. Yuki mengangguk.

"Kuasa dia adalah untuk mengelirukan musuh dan nampaknya berkesan untuk kau orang. Aku tahu jalan pulang ke pangkalan. Ikut aku dan jangan sampai ketinggalan," arah Yuki tegas.

Mereka tidak bantah. Lagipun Yuki bukannya tidak boleh dipercayai pun. Malah, sangat dipercayai oleh Char.

***

Malam sudahpun menjelma sebaik sahaja mereka tiba di pangkalan. Sebaik sahaja Yuki melangkah masuk, kedinginan terasa hingga ke tulang.

"Ken...?" suara Sayuri kedengaran. Ken berpaling ke belakang. Kelihatan gadis penjaga masa itu seperti baru sahaja balik dari halaman belakang pangkalan.

"Kau buat apa dekat sini Sayuri?" Soal Ken. Sayuri menunjukkan penyiram air yang berada di tangannya. Seketika kemudian, dia baru perasan akan keadaan Ray.

"Ray? Apa dah jadi dengan dia?"

"Shh. Char dah balik ke Sayuri?" Kenji pula menyoal. Sayuri lantas mengangguk. Setengah jam sebelum mereka tiba, Char sudah selesai dengan urusan pengebumian Claire.

"Tch. Kenji, bawa Ray naik atas diam-diam. Yuki dan Alex, aku nak kau orang lompat naik bilik. Pastikan Char tak nampak kau orang macam ni," arah Ken tegas. Kedua-dua vampire itu mengangguk faham.

Ken menghadap Ruby pula. Gadis itu menunduk ke tanah. Bahu gadis itu ditepuk beberapa kali. Ken senyum nipis.

"Char takkan apa-apakan kau. Yuu akan jaga kau dan Ray. Cuma sekarang ni, jangan sesekali keluar dari bilik ataupun jumpa Kei. Kalau ternampak dia, terus sembunyi."

"Okay."

Ken memberi isyarat kepada Sayuri untuk bawa Ruby naik bilik. Selepas dipastikan mereka semua sudah naik ke bilik, barulah Ken masuk.

Di salah satu bilik tetamu, Ray dibaringkan di atas katil. Selimut ditarik menutupi badannya hingga ke paras dada. Kenji memeriksa suhu badan lelaki itu.

"Demam panas.." bisiknya perlahan. Baru sahaja dia membuka pintu, Char sudah berada di hadapannya. Rasa terkejutnya dikawal.

"Aku tahu Ray ada di dalam."

"Ketua.."

"Ke tepi. Aku sembuhkan dia sekejap. Pastikan bilik Kei tertutup rapat dan tak boleh dibuka sampai aku selesai," arah Char perlahan.

Kenji akur. Dia berjalan tanpa sedikit bunyi pun ke arah bilik Kei. Kuasa bayang digunakan untuk menahan daun pintu daripada boleh dibuka.

Char pula menggunakan roh pemulihannya. Ray disembuhkan tanpa sebarang perasaan. Sebab dia tahu, Ray tak bersalah.

Malah, Ruby juga tak bersalah. Tiada siapa yang bersalah sekarang ini termasuk Mizuki. Puncanya pula sudah tiada. Kepada siapa lagi dia boleh melunaskan dendam?

Char tiada jawapan.

TBC

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now