"Naga kegelapan?"
"Ryuu, Shiori, Yuu, gunakan penjaga yang sama," Char memberi arahan. Yuu mengangguk faham, tetapi sepasang kembar Yuuki masih terpinga-pinga.
"Penjaga? Maksud ketua?" Soal Shiori sedikit hairan. Sejak bila dia dan Ryuu ada penjaga? Kenapa Yuu boleh ada penjaga pula?
"Naga kau orang berdualah. Naga api dan naga air," jawab Yuu lalu bergerak ke tepi tebing. Cahaya putih memancar daripada tubuhnya.
Seketika kemudian, cahaya itu pergi daripada Yuu dan perlahan-lahan membesar. Ryuu dan Shiori ternganga, manakala Char mengeluarkan lagi roh.
Roh itu kemudiannya membawa masuk makhluk-makhluk mistik seperti griffin, pegasus, pheonix dan lain-lain lagi untuk turut membantu mengawal bahagian darat.
"Ketua, macam mana nak panggil naga kami keluar?" Soal Shiori lagi dalam keadaan cemas. Melihat naga putih milik Yuu terbang ke atas, dia terasa gerun.
"Tumpukan kesemua kuasa kau orang di suatu tempat dan panggil naga tu keluar dengan hajat. Mereka akan keluar dengan cara ni," jelas Char sepantas mungkin. Dia kembali fokus untuk mengawal roh-rohnya.
Ryuu dan Shiori memandang antara satu sama lain. Mereka bergerak ke sisi Yuu. Seperti yang dijelaskan Char, mereka berdua melakukan perkara itu.
Sepasang kembar itu cuba sedaya-upaya untuk mengeluarkan naga mereka. Perlahan-lahan, cahaya merah menerangi diri Ryuu lalu bergerak jauh.
Cahaya itu turut membesar menjadi naga api. Ryuu terpana. Setelah lama menunggu, tiba jua masa untuk dia mengawal naga yang dikalahkannya suatu ketika dulu.
Bahu Shiori menjadi kendur. Kuasanya tidak dapat ditumpukan, maka naga air tidak dapat dikeluarkan daripada dirinya.
"Shiori...."
"Tak apa Ryuu. Pergi bantu Yuu. Naga cahaya perlukan naga api sekarang ni," tegas Shiori. Senyuman diukirkan dengan ikhlas.
"Baik. Jom, naga api."
Naga itu mengangguk. Sesaat, sayapnya dikibas kuat. Angin yang kuat menolak Shiori sehingga gadis itu terjatuh. Dia berasa kagum melihat naga api itu.
Di kawasan langit kini, sedang bertarungnya tiga ekor naga yang berbeza kuasa. Kegelapan, cahaya dan api.
Ketegangan dirasai. Sang naga api naik ke atas, melepasi kepulan awan. Kemudian, ia menghembuskan api sekuat mungkin. Langit terasa sangat panas.
Naga cahaya kemudiannya memancarkan cahaya terang yang menyukarkan musuh sementaranya untuk melihat.
"Noir, kau tahu tugas kita yang sepatutnya menenangkan Dragoniel. Kenapa kau terlalu akur dengan tuan kau sendiri yang rancangannya sangat bertentangan?" Naga putih itu bersuara.
Noir, naga milik Mizuki menghamburkan tawa yang mampu menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
"Lumiere, kau perlu sedar tugas utama kita adalah untuk patuh kepada tuan. Kau lupa?" Noir membalas sinis. Apabila cahaya terang mula pudar, naga itu membuka sayapnya lebar.
Sejenis asap hitam muncul daripada sepasang sayap itu. Asap hitam itu memaksa Lumiere, naga cahaya untuk terus mengepak.
"Kau dah langgar hukum Dragoniel, Noir!" Kali ini, suara naga api pula kedengaran. Keadaan yang panas tadi menjadi sejuk. Sang naga api meluru ke arah Noir sepantas kilat.
Kedua-dua naga itu bergelut di kawasan langit. Api dihembus merata-rata, begitu juga asap hitam semakin memenuhi langit.
"Hentikan, Noir! Kau lupa ke yang Flamme penting? Kalau kau bunuh dia, semua dewa akan hukum kau," dingin peringatan Lumiere.
YOU ARE READING
THE HUNTED TWINS [C]
FantasyBOOK 1 ; DRAGONIEL SERIES Api . Air . Cahaya . Kegelapan Empat buah kuasa utama yang berpecah dan masuk ke dalam tubuh dua pasang kembar sekaligus menghasilkan sejarah tergempar. Kuasa-kuasa ini perlu digabungkan sebelum tiba tarikh keramatnya atau...