Ryuu menghempaskan beg pakaiannya ke atas katil. Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi.
Kakinya ditegakkan. Dia berjalan masuk ke bilik air untuk membersihkan mukanya yang dibasahi peluh. Kemudian, barulah dia menuju ke bilik Shiori.
Pintu bilik adik kembarnya itu diketuk beberapa kali supaya tidak mengejutkannya. Selepas diberi keizinan, barulah pintu itu dikuak sedikit.
Shiori yang sedang mengemaskan rambutnya dipandang. Ayu sungguh wajahnya tetapi tidak padan dengan perangainya yang tidak reti duduk diam.
Ryuu mengambil tempat di katil Shiori. Terdapat dua beg yang dibawanya. Almaklumlah, perempuan kan.
Hanya senyuman sinis diberikan apabila Shiori memandangnya dengan riak wajah pelik. Shiori mencebik. Mulutnya dimuncungkan.
"Ha, muncunglah lagi. Biar jadi mulut itik terus."
Tanpa sebarang amaran, Shiori mengambil anak patung yang terletak di meja solek itu lalu membalingnya ke arah Ryuu.
Strike!
Ryuu membuat muka geram apabila Shiori menjelirkan lidah ke arahnya. Namun, itulah gurauan mereka. Kecil-kecil sahaja.
Setelah itu, mereka berdua bergerak ke ruang berehat untuk menonton televisyen sementara menunggu pukul 11.30 pagi.
~~~
Keadaan sekeliling diperhatikan. Angin yang sepoi-sepoi bahasa amat menyenangkan walaupun cahaya matahari mula berdiri di atas Bumi.
Ryuu sudahpun memberitahu segala-galanya dan meminta izin daripada ketua penjaga mereka mengenai hal itu. Syukurlah beliau membenarkannya.
Shiori yang seperti biasa sentiasa aktif mula terloncat sana-sini. Dia suka mengisi rasa bosannya dengan perkara-perkara yang aktif.
Tepat pukul 12.00 tengahari, cahaya semalam muncul di hadapan mereka. Gadis semalam muncul sama seperti sebelum ini.
Senyuman manis merangkak ke bibir gadis itu. Dia gembira kembar itu bersetuju dengannya. Kedua-dua tangannya dihulurkan untuk disambut mereka berdua.
Shiori menggapai tangannya tetapi tidak bagi Ryuu. Dia hanya berdiri tegak tanda bersedia. Gadis itu tersenyum kecil.
"Jom."
***
Bukk!
Suara menahan kesakitan kedengaran di tengah-tengah hutan itu. Ryuu menolong Shiori bangkit dari duduknya akibat terjatuh.
Kembar itu memandang sekeliling mereka. Pokok-pokok hijau menyinari pandangan mereka. Gadis tadi memandang mereka berdua sebelum mengajak untuk ke sesuatu tempat.
~~~
"Ini pangkalan Lylith."
Hanya bukaan kecil sahaja dari mulut mereka. Bukan kerana melihat bangunan di hadapan mereka mewah, tetapi disebabkan ini kali pertama mereka menjejakkan kaki ke tanah selain tanah Bumi.
Gadis tadi menjemput mereka untuk masuk ke dalam. Akan ada sesi berkenalan katanya sebentar lagi.
Gadis itu memanggil rakannya yang sedang khusyuk membaca buku di ruang tamu. Mereka berdua membisikkan sesuatu sebelum menunjukkan bilik si kembar itu.
YOU ARE READING
THE HUNTED TWINS [C]
FantasyBOOK 1 ; DRAGONIEL SERIES Api . Air . Cahaya . Kegelapan Empat buah kuasa utama yang berpecah dan masuk ke dalam tubuh dua pasang kembar sekaligus menghasilkan sejarah tergempar. Kuasa-kuasa ini perlu digabungkan sebelum tiba tarikh keramatnya atau...