🐾 36: Problem

919 73 0
                                    

"Kita berjumpa lagi," sinis Claire.

Yuki terbangun daripada duduknya begitu juga ahli yang lain. Shiori, Ryuu, Yuu dan Mayumi turut turun ke bawah. Pintunya yang tadi terbuka sudah tertutup.

"Claire," panggil Char. Adiknya itu memang penuh betul dengan dendam terhadap kaum vampire. Daripada dendam, ia terus ketagih.

Tanpa dijangka, kuasa darah Claire sudah membelit kaki setiap orang bahkan leher Char dijerut kerana kuasa kakaknya yang terlalu kuat.

"Claire!" Kei menjerit. Dia cemas. Kuasa yang Claire gunakan itu adalah sebahagian kuasa kegelapan.

"Sampai macam ni kamu bencikan vampire. Hanya kerana kita berpisah," kata Char dengan penuh kesakitan.

"Ya! Semua ni salah kaum vampire!" Bentaknya. Belitan darah itu semakin lama semakin kuat dan mula membelit seluruh tubuh ahli Dragonel.

"A-bang..." tersekat Mayumi memanggil perlahan. Yuu berpaling sebentar. Dia perlu lakukan sesuatu. Aura dendam terlalu kuat.

Kei mengetap gigi kuat. Rantai besinya dikeluarkan. Hujung rantai besi itu ditukar menjadi bilah yang tajam.

Dilibaskan besi itu ke arah mereka semua. Satu persatu belitan darah Claire diputuskan oleh bilah tajam itu.

"Kei! Kau pihak siapa?!" Geram Claire. Tanpa menunggu lebih lama, dia membina tentera berdarahnya. Bermacam-macam jenis makhluk ada.

Char turut keluarkan beberapa jenis roh kerana ia mempunyai ahli yang lain. Ryuu menyediakan busur dan anak panah api untuk menyerang.

Shiori memancutkan kuasa airnya ke arah Claire. Hikari mengeraskan air Shiori untuk menjadikannya sebagai senjata yang kuat.

Claire menyerap kesemua kuasa itu dengan lohong darahnya. Ken cuba untuk menghentaknya dari atas manakala Kenji memegang kaki Claire di bawah.

"Ken elak!" Jerit Ren yang dapat membaca minda serigala itu. Claire menyerang balas dengan mengeluarkan duri berdarah ke atas.

Mikio segera membekukan kesemua duri itu manakala Ken terus dapat menghentak sang serigala.

Beberapa roh Char terus memegang kuat tubuh Claire tetapi mudah sahaja serigala itu menghapuskan tentera kakaknya.

Yuriko membuat pusaran angin di dalam pangkalan itu untuk menghapuskan tentera berdarah dengan dibantu oleh Sayuri.

Sayuri mempercepatkan pusaran angin itu dengan kuasa masanya. Kesemua tentera itu tercampak dan hilang begitu sahaja.

Claire mendengus. Nampaknya berita tentang kekuatan Dragonel memang betul.

"Kei, hapuskan Yuki," arahnya. Lelaki itu terpaksa menurut. Dia tak tahu kenapa. Dia bencikan Dragonel tetapi tidak mampu untuk bertarung dengan mereka.

Shiori terus membatalkan serangan libasan rantai besi itu dengan menyalahkan sasarannya. Kei mendengus.

Yuki menerpa Kei dan terus menyepak lelaki itu kuat. Kesannya, dia mengundur ke belakang kerana kekuatan vampire bukan calang-calamg. Tambah pula dengan Yuki yang mempunyai kuasa kekuatan.

"Hentikan!"

Semua makhluk di situ tertunduk ke bawah apabila ada tarikan graviti yang kuat di situ. Seorang pun tidak mampu berdiri kecuali Mayumi.

"Mayumi.. kuasa kamu... graviti?" Susah untuk Shiori bercakap. Mata gadis kecil itu bercahaya.

Mayu tersenyum sinis. Dia mengeluarkan senjatanya iaitu rotan panjang. Dengan kudrat yang dia ada, rotan itu dilibas kuat ke arah Claire.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now