Sedang khusyuk berbual sambil minum coklat panas, bunyi loceng kecil kedengaran di dalam bilik itu.
Char dan Yuki menghentikan kata-kata. Mata mereka fokus pada seekor makhluk kecil yang tiba-tiba sahaja hinggap di hujung cawan Yuki.
'Pari-pari?'
Pepari itu cuba mencari nafasnya. Lagi dua makhluk itu masih mendiamkan diri. Yuki asyik memandangnya pelik. Tak pernah nampak kot.
"T-tuan, ada masalah besar," beritahu makhluk kecil itu dalam mood yang resah. Muka Char berubah serius manakala Yuki memasang telinga.
"Kenapa ni Twink? Beritahu saya," pinta Char atau lebih sesuai dipanggil arahan. Twink berdiri tegak.
"Pengawal kegelapan dah terlepas dari penjara," jelas Twink terketar-ketar. Membulat mata Char dan Yuki serentak.
"What?!"
Twink hampir terjatuh akibat gema suara dua makhluk gergasi itu. Telinganya ditutup rapat.
"Ketua janganlah jerit kuat sangat. Telinga saya sakit nanti," rintihnya perlahan. Char menunduk tanda memohon maaf.
"Bagaimana boleh terlepas? Bukan ke penjara tu masih lagi berkuasa?" Celah Yuki. Teringin juga hendak tahu tentang si pengawal kegelapan itu.
"Tak tahu. Tetapi apa yang saya pasti, dia sudah terlepas beberapa hari yang lalu. Berita ini lambat sampai kerana pihak keselamatan dunia gelap merahsiakannya."
"Apa?!" Kali ini Yuki pula yang menjerit seorang diri. Mau tidak melayang si Twink apabila gemanya makin kuat. Char menghembus nafas tenang.
"Baiklah Twink. Kita akan gerak pergi dunia Darkwinf sekarang juga. Yuki, awak hendak ikut ke?" Arah Char tenang. Yuki mengangguk.
Char tersenyum. Dia tahu, Yuki pasti bersetuju. Empat kakinya bergerak ke ruang tamu lalu mengeluarkan bunyi yang menandakan masa untuk berkumpul.
Sekelip mata sahaja kesemua ahli Dragonel sudah berkumpul di ruang tamu termasuk Kei yang masih setia menunggu di ruang itu.
Yuki menelan air liurnya kesat. Takut dia melihat wajah serius kesemua ahli kumpulan itu. Dah lah ramai, scary pula tu.
Jika hendak dibandingkan dengan kuasa kekuatannya, pasti 10 ahli Dragonel ini dapat menewaskannya dalam masa 2 minit. Uii seram.
Lamunan merepek Yuki terhenti apabila Char mula bersuara. Otaknya mula fokus.
"Ada berita buruk. Pengawal kegelapan sudah terlepas. Jadi, akan beberapa orang ikut saya ke dunia kegelapan. Yang lain pula sentiasa berwaspada di dunia ini," arah Char tegas.
Masing-masing terkejut tetapi masih serius dan setia untuk mendengar arahan seterusnya dari Char.
"Ryuu, Yuriko, Kenji dan Mikio, kamu berempat ikut saya. Sementara yang lain jaga pangkalan dan dunia atas ini. Yuki juga akan ikut kita," beritahu Char jelas sambil menunjukkan ke arah lelaki vampire itu.
"Saya ikut."
Serentak semua mata memandang Kei. Lelaki itu sudah terhinjut bahunya. Terkejut dengan tindakan serentak itu.
"No way!" Balas Yuriko sebelum menunggu balasan orang lain. Kei hanya mengangkat sebelah kening.
"Baiklah. Saya benarkan," jawab Char serta-merta menaikkan darah Yuriko. Gadis itu merengus kuat.
"Kenapa dia ikut ketua? Kei musuh Dragonel!" Marahnya. Char hanya diam. Pandangan dinginnya menusuk Yuriko.
"Yuriko, masalah pengawal gelap lagi besar daripada Kei. Please don't be too childish, or do you want to another member replace your place?" Soal Char agak sinis.
YOU ARE READING
THE HUNTED TWINS [C]
FantasyBOOK 1 ; DRAGONIEL SERIES Api . Air . Cahaya . Kegelapan Empat buah kuasa utama yang berpecah dan masuk ke dalam tubuh dua pasang kembar sekaligus menghasilkan sejarah tergempar. Kuasa-kuasa ini perlu digabungkan sebelum tiba tarikh keramatnya atau...