Char duduk tegak di beranda. Dia tak berganjak walau sedikit pun sejak pagi tadi. Hikari dan Sayuri serentak melepaskan keluhan.
"Apa dah jadi dengan ketua?" Ken menyoal pendek. Tadinya, dia hendak bertanyakan tentang rancangan seterusnya. Tapi, Char umpama batu. Tak berbunyi dan bergerak.
"Kalau ikutkan, hari ni hari lahir Claire. Memang sejak dia orang berbaik haritu, ketua ingat nak sambut. Tapi Claire dah tak ada," jelas Mikio yang selesa bersandar pada pintu.
Ken membundarkan mulutnya. Keempat-empat mereka memerhati Char dengan perasaan simpati. Namun, ini bukan masa yang tepat untuk duduk diam.
Di kala Shiori lalu di hadapan bilik itu, Hikari terfikirkan satu idea. Lengan Shiori ditarik. Dia membisikkan sesuatu di telinga si gadis.
"Okay. Tunggu sekejap."
Shiori berlari pergi. Dahi Sayuri berkeriut. Apa rancangan Hikari? Mikio jongket bahu. Dia tidak pernah ada sebarang masalah dengan idea Hikari sangat.
"Kau suruh dia buat apa Hikari?"
"Kejap lagi dia sampai." Senyuman penuh makna Sayuri memunculkan tanda soal di kepala Ken.
Seketika kemudian, Yuki tiba di bilik itu dengan wajah kusut. Malam tadi, dia habiskan masa dengan mencari maklumat berkenaan pengawal kegelapan sahaja. Syukurlah ada Otto yang sudi membantu.
"Char tak baik lagi ke?" Yuki menyoal sebaik sahaja tiba. Ken, Sayuri, Hikari dan Mikio mengangguk serentak. Yuki senyum nipis. Dia tak arif sangat fasal kehilangan sebab tiada sesiapa pernah dibunuh di hadapannya.
Peristiwa antara kaum serigala dengan vampire dahulu pun, dia larikan diri. Sehinggalah terjumpa Otto.
Yuki meminta keizinan untuk masuk ke bilik itu. Dia mendekati Char yang masih di beranda bilik. Senyap-senyap, dia duduk dengan gaya minum teh di lantai beranda itu.
"Claire, selamat hari jadi."
Char tersentak. Kepalanya dipaling ke tepi, menghadap Yuki yang sedang tersenyum nipis melihat matahari. Mulutnya terbuka kecil.
"Kau.. tahu?"
"Aku tahu Char. Dulu, aku selalu kaji fasal kau supaya aku dapat jadi hebat. Hebat macam penyelamat aku. Cuma tak sangka pula akan terjumpa maklumat berkenaan Claire," ujar Yuki tenang.
Char mengangguk sekali. Anak matanya tidak lepas daripada memandang matahari yang ditutupi beberapa gumpal awan.
"Kau tahu Yuki? Kaum serigala percaya yang roh yang sudah ditarik akan berlegar-legar di langit Dialight untuk memerhatikan mereka yang tersayang. Kau rasa, Claire sedang perhatikan kita ke?"
Yuki tersenyum. Kepala Char diusap lembut.
"Yup. Claire kan sentiasa sayang kau. Takkanlah dia nak lupakan kau walaupun selepas dia mati?" Kata-kata Yuki menenangkan Char.
Apabila ternampak senyuman Char, barulah empat orang yang mengintip dari luar lega. Akhirnya, Char bergerak juga.
***
"Ray... maaf."
Tiada balasan. Jejaka itu diam membaca buku di tangannya. Kewujudan Ruby di bilik itu langsung tidak diendahkan.
"Ray.." Ruby memanggil lagi. Hatinya terasa disiat-siat apabila Ray tidak melayannya. Setelah apa yang dia pernah lakukan, Ray langsung tak nak melihatnya.
"Aku buat semua ni untuk kau.."
Ray masih lagi tidak mahu membuka mulut. Sebaliknya, dia menutup buku dan menyandarkan badan di kepala katil. Matanya dipejam.
YOU ARE READING
THE HUNTED TWINS [C]
FantasyBOOK 1 ; DRAGONIEL SERIES Api . Air . Cahaya . Kegelapan Empat buah kuasa utama yang berpecah dan masuk ke dalam tubuh dua pasang kembar sekaligus menghasilkan sejarah tergempar. Kuasa-kuasa ini perlu digabungkan sebelum tiba tarikh keramatnya atau...