"Ren, panggil Ryuu dan Shiori."
"Mereka keluar bersiar-siar ketua."
Char terdiam. Tidak marah. Tidak seperti organisasi lain. Dragonel membenarkan sesiapa sahaja keluar tanpa izin ketua, tetapi mesti bawa alat perhubungan.
Serigala itu mengeluh kecil. Dia bergerak ke biliknya yang berada di tingkat itu. Ren hanya memerhatinya pergi sebelum dia bergerak ke biliknya juga.
______________________________
Seorang lelaki tua mendekati lelaki itu. Suara tuanya mula bersuara dalam nada yang agak rendah.
"Kei, kamu masih tak dapat lupakannya ke?"
Kei menggeleng. Mustahil untuk dia lupakan bagaimana pahitnya rasa kehilangan ibu hanya kerana kesalahan kecil. Tidak boleh dimaafkan.
Malas untuk berfikir panjang, Kei bergerak ke tasik yang dia kerap kunjungi. Di tasik itulah dia sering menenangkan fikirannya.
Sedang dia merenung ke arah tasik tersebut, dia terdengar lolongan serigala. Meremang bulu roma dibuatnya.
Kei berdiri. Dia memandang sekeliling. Walaupun hari masih pagi, banyak haiwan liar yang akan bergerak kerana di hutan yang dia tinggal, malam dan pagi sama sahaja.
Setiap masa gelap sahaja. Kei mengeluarkan rantai besinya sebagai langkah berjaga-jaga. Menyesal pula bergerak bersendirian begitu.
'Cis, takkanlah dia datang lagi kot.'
Lama menunggu, akhirnya dia ternampak seekor serigala hitam merah bergerak ke arahnya. Senyuman sinis diberikan oleh serigala itu.
Kei medecit. Rantai besinya tadi disimpan semula. Serigala di hadapannya itu amat dikenali. Malah kawan rapatnya sendiri.
"Nak ape?"
Serigala itu duduk sambil matanya memandang Kei. Baginya, Kei amat tampan dan dia suka membuatkan lelaki itu tertunggu-tunggu.
"Jom teman saya memburu," ajaknya. Kei mengangguk perlahan sebelum berlalu pergi bersama serigala tersebut.
______________________________
Prang!
Bunyi gelas yang jatuh lalu pecah mengejutkan Hikari dari menonton tv. Char yang berada di dapur dicarinya.
Ketuanya itu segera mengambil penyapu. Hikari menghalang. Penyapu tadi dirampas. Dia menyuruh Char untuk menunggu di ruang tamu sahaja.
Char menurut. Dia tidak boleh berbuat apa-apa kerja rumah dalam bentuk itu. Jadi, anak buahnya sahajalah yang selalu melakukan kerja seperti itu.
Dia mengambil tempat di sofa khas untuknya. Televisyen ditontonnya bagi menghilangkan rasa tidak sedap hati.
'Ada sesuatu yang berlaku ke?'
______________________________
Gambar di hadapannya dipandang lama. Sudah lama dia merindui wajah yang berada di dalam gambar tersebut.
YOU ARE READING
THE HUNTED TWINS [C]
FantastikBOOK 1 ; DRAGONIEL SERIES Api . Air . Cahaya . Kegelapan Empat buah kuasa utama yang berpecah dan masuk ke dalam tubuh dua pasang kembar sekaligus menghasilkan sejarah tergempar. Kuasa-kuasa ini perlu digabungkan sebelum tiba tarikh keramatnya atau...