🐾 30: Mission

1K 79 2
                                    

Langsir ditarik sehingga hilang sumber cahaya di dalam bilik itu. Otto meletakkan kain basah di dahi tuannya.

   "Apa dah jadi kat tuan?" Soal si robot sambil menukar air untuk menyejukkan tubuh Yuki. Char mendiamkan diri.

   Sekarang ini dia hanya risaukan Yuki. Soalan Otto dibawa angin berlalu begitu sahaja. Nampak sangat serigala itu tiada mood.

   Ketukan berbunyi dari luar bilik. Susuk tubuh Shiori masuk bersama dulang yang berisi sedikit makanan. Diletakkannya di atas meja.

   "Pastikan Yuki makan bila bangun nanti. Saya minta diri dulu," sopan kembar perempuan itu berjalan keluar. Memberi ruang untuk Char dan Otto serta pesakitnya Yuki.

   Barang-barang dapur dikemaskan. Penat juga nak sediakan makanan yang sesuai untuk makhluk jenis vampire ni. Nasib baik Sayuri sanggup menolongnya.

   "Aku balik dulu," laung satu suara. Shiori sempat menangkap suara siapa yang berbunyi itu. Sejak beberapa hari yang lalu, Kei mula menggunakan aku-kau dengannya.

Dia memang tak suka Dragonel ke?

   Tanpa beritahu si ketua, Kei mengorak langkah untuk balik semula ke hutan. Pasti Claire sunyi tanpanya. Harap serigala kecil itu tidak buat masalah.

   Pandangan amarah masih hinggap pada dirinya. Kei masih dikenali ramai sebab peristiwa membunuh dua ahli Dragonel yang terdahulu.

   Hendak diganggu, tiada siapa yang berani. Malah pihak atasan kumpulan Dragonel sendiri sudah berpesan untuk tidak mengganggu ketenteramannya lagi.

   Air mineral yang dibawanya diteguk walaupun sedang berjalan. Hilangkan rasa haus. Malam tadi dia kurang minum kerana menjaga Yuki.

   Mereka semua bergilir-gilir untuk menjaga vampire itu kerana takut ia bertindak ganas lagi. Kuasa vampire memang kuat jika hilang kawalan.

   Tanpa disedarinya, sebiji bola sepak laju menuju tepat ke kepalanya. Akibatnya dia jatuh terduduk. Kepalanya dipegang.

   'Siapalah teruk sangat pergi sepak bola ke kepala orang ni?' Bebelnya dalam hati. Hendak dimarahi tetapi kepalanya masih berdenyut-denyut menahan sakit.

"Kau okay?"

   Dibiarkan sahaja wajah gerangan itu, tangan yang dihulur disambutnya. Jarinya mengurut-urut pelipis kepala yang terkena bola tadi.

   Makhluk yang menolongnya menyerahkan bola sepak itu elok kepada kanak-kanak yang sedang bermain permainan lain.

Huh, sudah susahkan orang tak nak minta maaf.

   "Ikut aku. Letak minyak kat kepala tu," ajak penolongnya. Diatur juga langkah. Dia memang perlukan minyak kepala saat ini.

   Langkah Kei terhenti. Ditenungnya gadis yang masih berjalan di hadapannya. Dia dapat menghidu sesuatu yang lain.

Bau yang sama seperti Yuriko.

"Kenapa?" Gadis itu bertanya.

   Kei pasti. Gadis di hadapannya ini bukan calang-calang orang. Seseorang yang mempunyai kuasa hebat.

   "Kau dewa kilat kan?" Kei membuka mulut. Lantas gadis itu mengangguknya. Mudahnya nak mengaku sebagai dewa kilat. Tak macam Yuriko.

   "Bau dewa kilat memang kuat kan," balas gadisnya. Pandangan yang tadinya ayu bertukar tajam. Dia kenal sebenarnya siapa Kei.

   "Hiroshi Kei. Pengantara dunia kegelapan dan dunia cahaya," tambahnya lagi. Kei angguk.

   "Kau tau kan yang pengawal kegelapan dah terlepas dari penjara? Baik kau cari dia cepat sebelum Dialight huru-hara," pesan gadis itu lagi.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now