🐾 42: Fail

787 62 5
                                    

"Huh, huh."

Kedengaran nafas tercungap-cungap di kawasan hutan yang sunyi. Yuki masih lagi bertahan setelah hampir sejam berlari.

Rambut yang menutupi mata diselak ke tepi. Dia buat keputusan untuk berehat sebentar di bawah sepohon pokok rendang. Tangan mengelap peluh yang menitik.

"Aduh. Bila agaknya boleh sampai ni?" Yuki mengeluh sendirian. Tubuh yang lemah langsung tidak menghalang daripada menjalankan ideanya.

Tiba-tiba, sesusuk tubuh berdiri tegak di hadapannya bersama seorang gadis kecil. Yuki mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat gerangan di hadapan.

"Hai abang Yuki," si comel menyapa ceria. Tangannya turut melambai Yuki. Di sebelah si comel pula berdirinya seorang lelaki yang agak berusia.

"Encik Murasaki!"

"Berdiri. Kamu nak singgah kampung kan?" Encik Murasaki meneka. Yuki mengangguk laju. Itulah tujuannya larikan diri daripada Dragonel untuk sementara waktu.

"Macam mana encik tahu?"

"Aura pengawal kegelapan semakin kuat sehingga ke kampung terasa. Jadi, pakcik agak kamu akan datang ke kampung untuk meminta tolong," jawab En. Murasaki. Lega hati Yuki mendengar jawapan itu.

"Ya, betul. Tapi saya bukan nak ke kampung. Saya cuma nak bawa encik ke suatu tempat," kata Yuki tanpa nada ceria.

Dahi En. Murasaki berkerut. Dia memandang Yume dan Yuki bersilih ganti. Tempat apa agaknya?

"Yume boleh ikut ke?" Soal Yume, anak kepada ketua kampung itu. Yuki mengangguk. Tempat yang ingin ditujunya tidak berbahaya pun untuk kanak-kanak seperti Yume.

"Jauh ke tempat tu Yuki?"

"Tak encik. Lebih kurang lima kilometer dari sini. Kita boleh sampai hari ni juga."

"Baiklah kalau macam tu. Yume, jangan ketinggalan."

Yume tabik seperti askar, tanda menurut arahan. Tangan bapanya dipimpin erat. Mereka bertiga meneruskan perjalanan dengan diketuai oleh Yuki.

Semakin lama, suhu di hutan itu semakin menurun. Yuki berpesan kepada En. Murasaki untuk menyarungkan jaket pada Yume.

"Tapi papa nanti sejuk," kata Yume. Mulutnya dimuncungkan sedikit.

"Kejap lagi kita sampai. Bertahan sedikit sahaja lagi."

Yume akur sahaja. Yuki geleng kecil. Tapi, tak lama pun lagi untuk tiba di tempat yang dituju. Beberapa minit sahaja lagi.

Akhirnya, mereka tiba di destinasi. Yume terpukau dengan kecantikan kawasan itu. Pokok-pokoknya bersinar, bagaikan ada cahaya yang tersembunyi di sebaliknya.

Apa yang teruk hanyalah suhu yang semakin sejuk meskipun tidak sesejuk sewaktu perjalanan tadi. Yuki bergerak ke hadapan sepohon pokok sakura.

"Hey orang tua. Keluar," selamba Yuki bercakap kasar. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar yang dipakainya. Setiap kali masuk ke kawasan ini, pasti tubuhnya terasa sihat.

"Anak muda biadap. Char tak pernah ajar kau untuk kelakuan macam ni," bidas lelaki tua yang baru sahaja memunculkan diri. Yuki senyum senget.

"Alah biarlah. Bukan selalu kita jumpa."

"Hish."

Yuki berdehem. Ketegangan suasana di situ mula dirasai. Keadaan semakin serius.

"Aku perlukan pertolongan kau."

"Untuk apa? Bukan aku boleh tolong selesaikan masalah antara kembar tu pun," balas lelaki tua itu. Yuki tepuk dahi. Geram sahaja hatinya.

"Aku tahu semuanyalah. Kau, suara yang bercakap sewaktu kembar tu dipisahkan. Kau, laki yang pisahkan Char dengan Claire. Kau juga orang yang selalu jaga kawasan ni bersama dengan Kei dan Claire," bidas Yuki.

Lelaki tua itu terdiam. Tak sangka, identitinya dapat dibongkar oleh lelaki vampire ini. Siapa sangka orang tengah sakit boleh fikir panjang macam ni.

"Yup. Jadi kenapa?"

"Aku perlukan pertolongan kau dan En. Murasaki untuk bangkitkan tentera lagenda tu," pinta Yuki. Dua orang ini sahaja kunci kepada hajatnya itu.

"Yuki! Kamu tahukan kesan jika tentera tu tak dapat dikawal?" En. Murasaki mencelah. Bukan calang-calang orang berani hidupkan semula tentera yang dikatakan oleh Yuki itu.

Yuki mengangguk. Dia tahu. Dia tahu keburukannya jika tidak dapat dikawal. Keburukan yang boleh menghidupkan 'sang pemusnah'.

"Pengawal kegelapan ada tentera dari Darkwinf. Kuasa Dragonel aje takkan dapat tewaskan tentera tu semua. Itu sebab kita perlukan tentera lagenda ni," Yuki menjelaskan sebabnya.

En. Murasaki berdiam diri. Tidak tahu sama ada mahu setuju ataupun tidak. Lagipun, yang bakal menjadi pengawalnya nanti bukan dia ataupun lelaki tua itu, tapi orang lain.

"Kau dah tanya dia, Yuki?" Lelaki tua itu kembali bersuara. Yuki menjongket bahu. Keningnya dijongketkan.

"Alex pasti setuju. Lagipun, dia sangat bencikan kejahatan macam pengawal kegelapan tu," yakinnya.

Lelaki tua itu menghentakkan tongkatnya kuat. Yuki terundur ke belakang sedikit. Apahal pula orang tua ni hentak tongkat tiba-tiba?

"Yuki, ni bukan perkara main-main. Alex perlu betul-betul bersetuju. Kawalan tentera ni bukannua senang."

"Aku tahu. Tapi dia dah dengar pun dari tadi. Alex, keluarlah."

Seperti yang dikatakan Yuki, seorang lelaki sasa melompat turun daripada pokok. Dia menunduk hormat kepada lelaki tua dan En. Murasaki.

"Kalau itu yang boleh dilakukan demi melindungi Dialight, saya setuju," ucap Alex, salah satu vampire terkuat di dalam kaum mereka. Kekuatannya lebih dua kali ganda daripada kekuatan vampire biasa.

"Maaf. Pakcik tak boleh lakukannya. Sejak kebelakangan ni, kuasa tentera tu semakin tak terkawal. Kalau dilepaskan, pakcik takut Alex tak dapat kawal." Kendur sahaja suara En. Murasaki.

Dia terpaksa menolak. Kekuatan tentera lagenda itu sahaja sudah mampu menghancurkan separuh dunia Dialight. Jika gagal dikawal dan bergabung dengan kuasa pengawal kegelapan, satu dunia Dialight in boleh hancur.

"Tapi encik, saya yakin saya boleh kawalnya! Sejak kecil lagi saya dah dilatih untuk kawal kekuatan mereka."

"Bukan tu masalahnya Alex. Tentera tu..." ayat lelaki tua itu dibiarkan tergantung. Yuki dan Alex masih menanti sambungannya, begitu juga Yume yang tidak mengetahui apa-apa.

"Claire dah tak ada. Aku serahkan separuh kuasa aku kepada dia. Tanpa Claire, tentera tu takkan dapat dihidupkan," sambung lelaki tua itu.

Bagai dipanah, Yuki dan Alex rasa terkejut yang amat. Tak sangka, adik kepada Char sudah pergi. Tambah pula dengan kehilangan kunci untuk membangkitkan tentera terkuat.

"J-jadi, sekarang ni peluang untuk kalahkan pengawal kegelapan tinggal sedikit," menggigil Yuki untuk menyatakan situasi sekarang.

Bukan masalah sangat kalau tak dapat kalahkan pengawal kegelapan. Tapi masalahnya, jika si pengawal degil untuk dicantumkan semula kuasanya, sang pemusnah akan bangkit dan kedua-dua dunia akan hancur.

"En. Murasaki? Betul ke dah tak ada cara lain? Takkanlah kuasa itu tak dapat balik semula ke pemilik asalnya?" Alex pula menyoal.

En. Murasaki menggeleng. Pegangan tangannya semakin kuat.

"Kalau pulang semula pun, ianya dah tak cukup kuat untuk bangkitkan tentera tu. Kuasa tu akan berkurang sekira pemegangnya ketika itu sudah pergi," tambah En. Murasaki.

Keadaan menjadi hening. Mereka semua buntu. Pengawal kegelapan semakin kuat dan mereka tiada tentera yang banyak untuk mengalahkan tentera musuh.

"Kita hanya boleh berserah pada Dragonel semata-mata," ucap lelaki tua itu sayu.

TBC

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now