🐾 26: Darkwinf

1K 81 0
                                    

"Semua ada kan?" Soal Char memastikan anak buah yang mengikutnya ada seperti yang diarahkan.

   Semua mengangguk. Kei senyum sinis melihat keadaan dunia Darkwinf. Tak ubah seperti dunia roh.

   Seperti yang dijanjikan Ryuu, Shiori dipimpinnya erat. Walaupun sudah kurang rasa takut si gadis, dia tunaikan sahaja janji yang telah disebutkannya.

   "Jadi, kita akan pergi ke penjara dunia ni," tambah Char sambil berjalan. Tanpa memberi sebarang respon, mereka meneruskan perjalanan.

   Sepanjang kaki melangkah, Yuriko tidak berhenti menjeling Kei di hadapannya. Rasa hendak bunuh sahaja lelaki itu sekarang.

   Twink yang perasan akan emosi Yuriko mendekatinya lalu hinggap di bahu. Tersenyum Yuriko dengan kehadiran pari-pari kecil yang cantik itu.

   'Jaga emosi awak. Jangan biar dikawal kemarahan sebab bila-bila masa sahaja kuasa kegelapan boleh perangkap awak,' pesan Twink perlahan.

   Yuriko mengangguk kecil. Lantas pari-pari itu bergerak ke arah Yuki lalu duduk di dalam poketnya. Suhu di Darkwinf berubah-ubah, sekejap panas sekejap sejuk. Jadi, makhluk seperti Twink yang tidak tahan dengan perubahan itu duduk di dalam poket. Lebih selesa.

   Ryuu memerhati keadaan sekeliling. Sungguh mengerikan. Dunia itu tidak busuk tetapi agak berbau pelik.

   Mikio pula sudah berada dalam zon selesanya. Dia membina dinding ais halus untuk dirinya supaya kekal sejuk dan selesa.

   Kenji diam sahaja sejak awal perjalanan. Jika tiada Ken, memang susah untuk dia berbicara.

   Lama berjalan, Twink menyuruh mereka berhenti mengejut. Ia seperti terdengar satu suara yang sedang menahan rasa perit.

   Char didekatinya. "Ketua, ada suara seseorang meminta tolong," beritahunya jelas kepada sang serigala.

   Char menjatuhkan kepala. Dia menyuruh Kenji untuk cuba mendengar dengan teliti bunyi yang dikatakan oleh Twink.

   Kucing jadian itu menurut. Telinganya dibesarkan sedikit dari saiz biasa bagi mendengar bunyi dengan lebih jelas.

   Shiori dan Ryuu mengetap gigi mereka melihat perubahan mengejut telinga Kenji. Geli pun ada kerana rasa pelik.

   Gadis itu menelan air liurnya. Rasa menakutkan pula apabila budak sebayanya itu boleh melakukan begitu.

   "Itu antara kelebihan kembar kucing jadian ni," jelas Mikio di belakang kembar itu tiba-tiba.

   Ryuu terkejut. Dadanya diurut perlahan. Matanya sempat mengerling ke arah Mikio. Dingin sahaja mata merah si kembar itu.

   Kembali pada Kenji, lelaki itu seperti berjaya menangkap sesuatu bunyi. Matanya tadi yang tertutup dibuka semula.

   "Tiada suara meminta tolong tetapi suara dari hatinya ada. Tak jauh dari sini ke arah Utara," terang Kenji.

   Char mengangguk. Arah Utara dituju mereka. Mudah sungguh untuk mengenali arah apabila ada peta di tangan Yuki.

   Semakin mereka dekat, Twink semakin cemas. Ada sesuatu di luar jangkaannya yang telah berlaku.

   Dapat sahaja si pari-pari dapat mengesan kedudukan tepat suara itu, ia segera terbang laju.

   Char dan yang lain mengikut. Twink, pari-pari penunjuk arah yang paling hebat. Pasti ia tidak ada masalah untuk mengesan sesuatu kedudukan.

  "Ketua, tolong cepat," pinta pepari itu. Char segera berlari ke arah yang dikatakan oleh Kenji.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now