🐾 23: Help?

1K 79 0
                                    

Laju pedangnya dihunus bagi menghalang serangan mengejut Claire.

   Serigala itu mengelak lalu mengundur semula. Giginya digeselkan lalu menghasilkan bunyi nyilu yang kuat sama seperti Char.

   Yuki menutup kedua-dua belah telinganya. Dia mengambil kesempatan untuk mencari Otto.

   Satu bilah tajam yang menghala ke arahnya dielak. Dia melompat ke belakang.

   Otto muncul dari semak lalu segera menyerang Claire. Yuki dan Claire terkejut. Robot itu segera mengeluarkan beberapa alatan tajamnya.

   Claire berlawan dengan Otto satu lawan satu. Yuki pula masih terduduk. Kakinya tergeliat kerana hentakan kuat.

   'Argh! Masa ni lah nak sakit kaki!' omelnya dalam hati. Matanya meliar mencari senjata pedangnya yang terlepas dari pegangan.

   Satu objek berjaya menarik perhatiannya. Yuki segera bergerak ke arah objek itu dengan berhati-hati sementara Otto mengalihkan perhatian Claire.

   Objek yang dijumpainya ialah sebilah sabit yang amat tajam. Sabit itu bercahaya merah.

   Yuki tersenyum sinis. Sebaik sahaja dia pegang, cahaya merah itu terpadam lalu bertukar menjadi cahaya gelap.

   Dengan rasa sakit di kaki kanannya, Yuki menuju ke arah Claire. Sabit itu dilibas ke arah serigala tersebut selepas isyarat diberikan kepada Otto.

   Claire pantas mengelak tetapi idea lebih laju masuk ke dalam otak geliga lelaki itu. Tangannya dijadikan penumbuk lalu menyerang di bahagian muka.

   Claire tercampak lalu menghempas batang pokok yang gah berdiri. Otto membantu Yuki untuk berdiri semula selepas dia terjatuh.

   Serigala itu berdarah di bahagian mulutnya. Beberapa giginya hampir tercabut. Kuku tajamnya dikeluarkan.

   Satu buih darah dihasilkannya. Buih itu dihantar ke arah dua mangsanya itu. Otto cuba menghalangnya menggunakan kipas anginnya.

   Claire tersenyum jahat. Buih itu dihilangkannya serta-merta. Otto merenungnya tajam sambil memeriksa keadaan Yuki.

   Tiba-tiba, buih tadi muncul semula di atas dua makhluk itu. Claire segera menggerakkannya ke arah Yuki dengan kadar kelajuan umpama kilat.

   Buih itu memerangkap lelaki itu di dalamnya. Buih darah itu tidak mempunyai sebarang oksigen di dalamnya malah berbau kuat.

   Yuki menutup mulut dan hidungnya kuat sambil menahan nafas. Otto segera menghulurkan tangannya untuk memecahkan buih tersebut.

   "Kalau awak sentuh sedikit sahaja, awak akan tersedut ke dalamnya," kata Claire kejam.

   Otto merengus. Dia perlu mencari jalan keluar segera dan menyelamatkan tuannya. Idea dicari menggunakan otak mekaniknya itu.

   Yuki pula masih menahan nafas. Kakinya tidak berhenti menendang untuk mengeluarkan diri. Tangan kirinya juga turut memukul kuat.

   Nafasnya semakin hilang dan dia semakin lemas di dalam buih darah itu. Pandangannya juga turut kabur.

   Claire mengambil peluang yang ada lalu menyerang Otto. Robot itu mengeluarkan renjatan elektrik daripada tubuhnya le merata tempat.

   Buih darah Yuki juga dikenakannya. Buih itu semakin lama semakin mengeras mungkin kerana terlalu panas dan mula merekah.

   Dapat sahaja peluang itu, Yuki menendang sekali lagi menggunakan sepenuh tenaganya. Hasilnya, buih itu dapat dipecahkan.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now