🐾 28: Vampire

1K 78 15
                                    

Telinganya menangkap sesuatu bunyi. Lekas dia bangun dari perbaringannya. Meliar matanya mencari arah bunyi itu.

   Char merempuh pintu bilik Yuki kerana tidak sedap hati. Sangkaannya lelaki itu sudah terbangun, tetapi lari pula dari yang sepatutnya.

   Lelaki itu sudahpun tiada di dalam biliknya. Malah katilnya juga bersepah dan terdapat kesan darah. Char mendengus kuat.

   Setiap pintu bilik anak buahnya dibuka. Dia mengejutkan semua orang termasuk sang pari-pari. Doktor petang tadi berani mencabarnya.

   Masing-masing keluar dengan muka mengantuk dan blur. Ada yang masih terlelap walaupun dalam keadaan berdiri. Kembar itu pula sudah berbaring semula di sofa.

"Bangun!"

   Satu jeritan cukup untuk mengejutkan mereka semua. Segera mereka membuka mata seluas mungkin untuk mendengar arahan Char.

   "Kenapa ni?" Soal Kei yang baru keluar dari tandas dengan muka yang segar. Mana tak segar, dah cuci dengan gosok gigi.

   "Ada berita buruk. Yuki kena culik dengan doktor tadi. Sekarang, semua bersiap. Mikio, Twink, cuba cari kedudukan doktor tu sekarang," arahnya tegas.

   Kei mengerut. Seriouslah vampire sekuat Yuki pun boleh kena culik? Bukan ke kuasa dia kekuatan? Eh, mana aku tau ni?

   "Char, kejaplah. Aku tau kau risaukan Yuki tetapi cuba jangan terburu-buru. Diorang masih mengantuk lagi, jadi perlahan-lahanlah," sempat Kei bagi nasihat di sebalik kesibukan itu.

   Char tidak mengendahkannya malah memberi jelingan tajam kepada lelaki itu. Tambah juga jelingan Yuriko, gadis yang amat membencinya.

   Terpaksa jua dia menurut. Vampire selalunya kuat, jadi tidak perlulah mereka terlebih risau. Sementara yang lain bersiap, Kei cuba mencari jejak yang ditinggalkan dalam bilik penginapan Yuki.

   Nampak sahaja beberapa tompok darah, rasa risau memenuhi jiwanya. Darah vampire, satu petanda yang buruk.

   "Mikio, cari lokasi Yuki cepat. Kita tiada masa dah," tegas Kei. Tidak mahu sesuatu perkara buruk berlaku.

   Mikio akur. Dapat sahaja lokasinya, segera dia beritahu pada Char dan yang lain. Serigala itu tersenyum.

"Semua bergerak ke penghujung Barat. Yuki dan doktor tu ada kat sana. Cepat!"

"Baiklah!"

   Ratu pepari yang sudah selesai check-out hotel terus mengikuti langkah mereka semua. Tiada seorang pun yang berani berbunyi kecuali Kei.

   "Char, hidupkan kuasa roh pelindung. Suruh dia pergi kepada Yuki dulu." Char diam tetapi masih menurut.

   Satu roh pelindung diwujudkannya. Roh itu dihantar laju ke tempat persembunyian si doktor dan Yuki.

   Ratu pari-pari yang amat memahami keadaan mereka, iaitu mengantuk, penat, takut dan lain-lain mencipta satu kenderaan berbentuk kuda dan keretanya.

   "Semua naik kereta kuda ni cepat. Kita tiada masa," sekali sahaja dia beri arahan, terus yang lain mendengar. Char turut menumpang.

   Ratu itu terbang menggunakan sayapnya dengan diikuti Twink. Kereta kudanya boleh terbang, maka singkatlah masa yang diambil untuk sampai.

   Jalan yang penuh berliku itu mereka redah. Ada musuh yang sangat sukar untuk dilawan tetapi lolongan Char yang teramat kuat sudahpun cukup.

   30 minit kemudian, barulah mereka tiba di penghujung Barat. Usai mereka semua turun, ratu melenyapkan kereta kudanya.

   Satu kilang yang penuh aura kegelapan mereka nampak. Seram sahaja kilang itu. Bagaimanalah doktor itu boleh seret Yuki sampai ke sini.

   Char memanggil rohnya semula. Senang sahaja roh itu kembali padanya. Kalau roh itu tertangkap, makin teruklah keadaan mereka. Manalah tahu, doktor itu boleh mengawal makhluk lain.

   Bunyi besi yang diketuk batang kayu kedengaran bertubi-tubi sekaligus kilang itu menjadi warna merah.

   Kei yang menerpa dari belakang semakin takut. Dia takut untuk menghadapi versi Yuki yang akan jadi lebih menakutkan daripada biasa.

   Kenji pula sudah menyelinap menjadi bayang. Dia menyelinap ke bawah pintu masuk kilang itu. Berhati-hati daripada serangan mengejut doktor itu.

   Suhu di dalam kilang itu sejuk sahaja. Penuh dengan aura gelap malah bau darah juga kuat. Kenji segera berlari keluar apabila melihat sesuatu yang teruk.

   Kumpulannya dituju. Muncul sahaja sebagai tubuh manusianya, peluh membasahi dahinya. Dia takut, Amat takut dengan apa yang dilihatnya.

   "Ketua, sesuatu yang buruk berlaku. Ianya sangat menakutkan," Kenji melaporkan situasi di dalam tempat persembunyian.

   "Ada apa Kenji? Terangkan sekarang," pinta Char atau lebih kepada arahan.

   Kenji merupakan antara makhluk yang mendapat kuasa di bawah naungan kegelapan, jadi sudah pastilah mereka akan takut bila lelaki itu turut takut.

   "Dia telah dikawal doktor tu," Kei mencelah. Sudah agak dengan melihat reaksi sang kucing jadian.

   Semua yang ada di situ mula menggeletar. Takkanlah sejarah hitam keturunan vampire akan muncul lagi? Tidak!

   Char menghembus nafas perlahan, mencari ketenangan. Pandangan matanya yang tajam menandakan ia serius.

   "Yuriko, Kenji bersedia kat sini. Kei, Mikio pergi ke bandar, lindungi orang awam. Twink dan ratu tolong bersedia di pertengahan jalan ke bandar. Shiori dan Ryuu masuk dalam. Saya ikut kamu berdua."

   Mereka semua menjatuhkan kepala. Tempat yang dikatakan dituju, menurut arahan yang diberikan.

   Shiori memeluk erat lengan Ryuu. Rasa takut menyelebungi diri. Dia dan Ryuu langsung tidak tahu apa-apa mengenai vampire, mengapa mereka yang perlu menghadapinya mula-mula?

   "Shiori, sedia gunakan kuasa. Mereka boleh serang kita bila-bila masa sahaja," nasihat Ryuu. Shiori menarik nafas dalam sebelum meleraikan pegangan.

   Tangannya mula bersedia untuk memanipulasi kuasa air. Ryuu juga begitu, Tubuhnya mula panas kerana kuasa api di dalamnya.

   Baru sahaja Char ingin membuka pintu, satu letupan mengejutkan mereka bertiga. Letupan itu memecahkan pintu kilang tersebut.

   Kembar itu hampir tercampak ke belakang tetapi sempat berpaut pada batu besar yang ada di situ manakala Char bertahan dengan mencengkam tanah.

   Doktor yang memang sudah dikenal pasti muncul dari sebalik asap tebal di dalam kilang tersebut. Kedengaran bunyi ngilaiannya.

   Shiori mencipta bola airnya terlebih dahulu. Jadi, bolehlah dia melepaskan bila-bila masa sahaja.

"Great warriors! You guys come here just to see me?" Ketawa itu bercampur sinis itu berbunyi. Char melolong cuba menghilangkan asap.

   Jelas wajah Yuki yang putih itu, Tetapi, di separuh mukanya itu kelihatan urat darah yang timbul dan matanya yang merah bercampur dengan hitam.

   "Pulangkan Yuki! Apa yang kau dah buat kat dia?!" Char menjerit. Amarahnya tidak boleh ditahan melihat keadaan Yuki.

"Memang tak lah! Aku dah kata yang dia aku punya. Dan dia sendiri lembab sebab biarkan diri dia dikawal semudah itu."

"Kau diam syaitan tak guna! Yuki bukan vampire yang lemah macam kau sangka! Lepaskan dia!"

   Habis sahaja Char menghamburkan amarah terakhirnya, doktor itu memetik jarinya sekali. Lantas itu, Yuki yang sudah dikawal berlari ke arah mereka.

   Mangsa pertama, Char. Serigala itu kaku apabila Yuki mengetap kuat giginya. Bukan sebab ia dikawal, tetapi kerana ia memandang muka Yuki yang terasa sangatlah sayu.

   Yuki mengeluarkan kuku panjangnya. Tangannya yang kuat ditambah dengan cakar itu, sesiapa yang kena boleh maut. Dan cakar itu, menuju ke arah serigala yang langsung tidak menginjak.

"Ketua!"

Bersambung...

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now