"Turun, Mizuki!" Laung Yuu dengan sangat kuat. Amarahnya dilepaskan. Kalau dia biarkan, Mizuki akan terus berkuasa.
"Tak. Lawan kau orang bukan aku, tapi kuasa ahli kau sendiri," jawabnya sinis. Char memandang ke arah kiub hitam di atas.
Satu cahaya keluar daripada tubuh kesemua ahlinya. Bahkan, bukan sahaja daripada kiub itu, ada empat lagi cahaya yang datang dari kawasan lain menuju ke arah situ.
"Itu kuasa Alex, Kei, Yuriko dan Mikio kan?" Soal Ryuu meminta kepastian. Char mengangguk. Tak sangka Mizuki boleh menarik keluar kuasa daripada pemiliknya.
"Oh ya Char, untuk pertarungan yang menarik, aku hadkan kuasa kau sebab kuasa kau terlalu luas. Kuasa ahli yang lain ni pula cuma dua kali ganda lebih kuat daripada biasa. Senang sahaja kan?" Mizuki bersuara lagi.
Yuu mendecit. Kuasa dia belum sampai tahap seperti Mizuki lagi. Kalaulah kuasanya sehebat Mizuki, dah lama dia kalahkan gadis itu dengan mudah.
Tiba-tiba, Char melolong tanpa sebarang amaran. Ryuu, Yuu dan Shiori yang baru sahaja sedar terpaksa menutup telinga. Lolongan Char boleh buat sesiapa yang mendengar pekak!
"Aku akan pastikan yang Dragoniel dibangunkan dalam ketenangan!"
Beberapa kuasa roh Char dikeluarkan. Sementara itu, kuasa ahli yang lain juga mengambil bentuk yang disediakan oleh Mizuki.
Ketiga-tiga kembar itu mengeluarkan naga mereka iaitu Lumiere, Flamme dan Eaux. Saiznya sama besar seperti Noir.
"Selamat berjaya."
Hilang sahaja aura Mizuki, satu-persatu kuasa yang diambil secara paksa mula menyerang. Lumiere segera menghadang.
Kuasa ais milik Mikio menyejukkan seluruh IcyRock. Kemudian, kuasa graviti menarik keempat-empat mereka termasuk naga-naga itu ke bawah.
"Ku...atnya!"
"Graviti...!"
Char melaung roh yang mengawal kuasa sama seperti Mayumi. Namun, kuasa roh itu sekadar mampu mendirikan mereka paras separuh badan sahaja.
"Ini ke maksud hadnya?" Getus Char perlahan. Giginya diketap sebelum digeselkan. Kuasa-kuasa yang baru sahaja hendak menyerang terhenti akibat bunyi itu.
"Sekarang, Yuu!"
"Lumiere!"
Naga cahaya melibas keempat-empat kuasa itu dengan ekornya, lalu melepaskan beberapa kiub cahaya untuk memerangkap kuasa yang dikawal oleh Mizuki.
Namun, hanya kuasa ais dan pengerasan sahaja yang berjaya dikawal oleh cahaya semula.
"Yuu, kau boleh kawal kuasa tu?"
"Tak Shiori.... Kuasa aku tak sehebat Mizuki lagi," katanya sedikit kecewa. Shiori tepuk bahu lelaki itu perlahan. Senyuman menghiasi wajahnya.
"Tak apa. Mizuki ada kelemahannya sendiri, macam kau juga."
Serentak dengan ucapan itu, Flamme menghembus api ke arah kuasa-kuasa itu. Char pula melindungi tanah IcyRock dengan roh pelindungnya.
"Shiori, sekarang! Lemahkan kuasa masa!" Jerit Ryuu. Shiori mengambil tindakan segera. Dia mencipta tsunami besar di atas lapisan pelindung kuasa Char.
Tsunami itu mengena beberapa kuasa yang tidak sempat naik lebih tinggi. Hanya kuasa pengawal masa, kelajuan dan kawalan milik Alex sahaja dapat dihentikan.
"Char, aku tak berapa nak ada idea. Tapi, kita boleh gabungkan tiga naga ni untuk sementara waktu," cadang Yuu perlahan. Char laju menggeleng.
"Jangan! Tiga naga tak boleh dihubungkan tanpa Noir. Jangan sesekali fikir macam tu!"
YOU ARE READING
THE HUNTED TWINS [C]
FantasyBOOK 1 ; DRAGONIEL SERIES Api . Air . Cahaya . Kegelapan Empat buah kuasa utama yang berpecah dan masuk ke dalam tubuh dua pasang kembar sekaligus menghasilkan sejarah tergempar. Kuasa-kuasa ini perlu digabungkan sebelum tiba tarikh keramatnya atau...