🐾 40: Reveal

788 63 2
                                    

Derapan kaki kedengaran perlahan di suatu tempat. Char cuba menghidu jejak langkah kembar yang menguasai kegelapan, Mizuki.

Sebuah rumah usang diperiksa oleh ahli Dragonel. Setiap bilik diperiksa dengan teliti tanpa meninggalkan sedikit pun ruang.

"Nampaknya Mizuki dah tukar tempat. Dia sudah berpindah beberapa jam yang lalu," Sayuri memaklumkan maklumat semasa.

Char mengangguk kecil. Kesemua ahli yang berada di situ diminta untuk berkumpul. Masing-masing menggeleng tanda tidak menjumpai apa-apa.

"Tarikh keramat akan tiba tidak lama lagi. Kita kena segera mencari Mizuki dan cari titik kelemahannya," ujar Char dalam nada yang serius.

Kesemua mereka mengangguk serentak. Lokasi seterusnya dikesan. Di bawah arahan Char, mereka meneruskan misi.

Langkah Ren terhenti apabila mengesan sesuatu. Kepala dipalingkan ke belakang, memastikan keadaan sekeliling.

"Kenapa Ren?" Soal Mikio.

"Nothing."

Dahi Mikio berkerut. Jarang Ren berpaling tanpa sebab. Soalan diajukan lagi.

"Kau pasti Ren? Kalau ada apa-apa, terus beritahu Char," Mikio berpesan. Ren menggeleng bagi meyakinkan Mikio.

"Tak apa. Kalau ada benda nanti aku akan terus beritahu Char," ujar Ren. Mikio angguk faham. Mereka meneruskan perjalanan.

Bertapak sahaja mereka di luar kawasan rumah, langit menjadi gelap-gelita tanpa sedikit pun cahaya. Mereka semua bingung.

"Ren."

"Baik, ketua."

Ren menghidupkan satu sinar kecil menggunakan kelebihan magisnya. Meskipun tidak terlalu terang, tapi cukup untuk menjelaskan penglihatan mereka.

"Sayuri, belum tiba lagi waktu malam kan?" Hikari bertanya polos. Kalau tak silap, matahari masih lagi berada di langit sewaktu mereka menggeledah rumah itu.

"Hahahaha! Kau orang ingat kau boleh tangkap aku dengan senang? Kalau dapat pun, kau orang takkan dapat kalahkan aku!" Satu suara bergema kuat dari langit.

Char mengecam suara itu. Itulah suara Mizuki, pengawal kegelapan. Tak hairanlah jika tiba-tiba sahaja segala cahaya termasuk cahaya matahari hilang. Hanya pengawal kegelapan sahaja yang mampu berbuat begini.

"Mizuki. Beritahu aku kenapa kau cuba putar belitkan sejarah dengan buku T*t*?" Soalan diajukan Char. Semua orang di situ terkejut mendengar persoalan tersebut.

Putar belitkan sejarah? Maknanya buku T*t* itu tidak betul dan hanya direka oleh pengawal kegelapan. Begitu?

"Maksud ketua?" Celah Yuriko perlahan. Char memberi isyarat sabar. Sekarang ini, dia perlukan jawapan daripada Mizuki.

"Kau tahu sebabnya Foxy Charlotte. Kalau bukan disebabkan mama, aku takkan tulis buku tu," jawab Mizuki penuh dengan perasaan dendam.

Jawapan itu menyelesaikan lagi satu persoalan di minda Char. Betullah lagenda zaman dahulu kata, punca pergaduhan di dunia Dialight selalunya berlaku akibat tindakan ahli keluarga sendiri.

"Apa maksud dia ketua?"

"T*t* bukanlah buku yang ditulis berdasarkan sejarah semata-mata. Ada beberapa fakta yang betul tapi ada juga yang salah. Fasal dua pasang kembar dipisahkan itu betul. Tetapi berkaitan keluarga Hiro itu salah."

Penjelasan Char semakin memunculkan tanda soal di dalam otak ahli-ahli Dragonel. Mereka menunggu sambungannya.

"Pengawal kegelapan dan cahaya terpisah bukan disebabkan oleh Mayumi, tetapi atas satu perkara yang dipanggil dendam.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now