Shiori terjaga dari lenanya apabila jam loceng berbunyi kuat. Sempat dikerling jam itu sebelum dia ingin mengambil tuala.
1.00 p.m.
Niat untuk membersihkan diri terbatal. Sangkaannya dia tidur malam tetapi rupanya tertidur selepas menceritakan segalanya kepada Ryuu beberapa jam yang lalu.
Diari yang terletak di dalam beg galasnya diambil bersama pen hitam. Tekun dia menulis luahan hatinya di dalam buku tersebut.
Selesai menulis, dia meletakkan kembali kedua-dua barang itu ke tempat asalnya. Cermin di bilik itu dituju. Rambutnya dikemaskan sedikit sebelum mengatur langkah ke bilik Ryuu.
Apabila dia masuk, kelihatan lelaki itu sedang khusyuk menulis sesuatu di dalam sebuah buku. Shiori cuba mengintai tajuk buku yang dipegang Ryuu.
Buku nota.
Hampa. Dia mengambil tempat di katil kembarnya supaya Ryuu sedar akan kehadirannya. Walaupun begitu, Ryuu mengendahkannya.
Shiori mencebik. Geram betul dengan perangai kembarnya yang terlalu tidak mengambil kisah akan kehadiran seseorang.
'Ish, tulis ape lah tu. Khusyuk sangat sampai lupakan adik di sisi,' omelnya.
Peha Ryuu dicubit sekuat hati. Akibatnya, buku yang dipegangnya tadi tercampak ke arah lain kerana kesakitan yang amat.
Mata merahnya laju menjeling Shiori di sisi sambil tangannya mengusap bahagian yang dicubit tadi. Buku dan alat tulisnya disimpan semula ke dalam rak di tepi.
"Nak ape?" soalnya malas. Shiori masih mencebik. Dia tidak suka dilayan begitu. Sudah beribu kali dia memberitahu Ryuu tentang layanan sebegitu.
Ryuu mengeluh. Dia tiada mood. Sudahlah tadi si adiknya itu tidur seorang diri. Dah tinggal dia sorang tercegat kat bilik Shiori.
"Fined. Shiori adik kesayanganku, awak nak ape?" soalnya sekali lagi dalam nada memujuk. Shiori memandangnya sekilas sebelum bersuara.
"Jom ambil angin."
"Ha?"
"Jomlah!"
Tanpa sebarang amaran, Shiori menarik lengan sasa milik Ryuu dan dibawanya lelaki itu keluar dari pangkalan.
"Shiori! Lepaslah. Awak nak pergi mana?!"
"Ish! Ikut jelah diam-diam!"
Tangan itu ditariknya kuat sehinggalah mereka berada agak jauh dari pangkalan. Lengan lelaki itu dipukul kuat.
"Aduh!"
"Dah, jom teman saya jalan-jalan," katanya seraya menarik lengan Ryuu sekali lagi tanpa membiarkan lelaki itu bersuara.
Ryuu pasrah. Dia sememangnya akan kalah bab mengajak berjalan oleh Shiori. Nak tak nak, ikut jelah. Dah nasib badan.
Mereka bersiar-siar di sekitar taman yang berdekatan. Shiori sudah tahu serba sedikit jalan di bandar itu memandangkan Yuriko sudah memberitahunya tempoh hari.
Ryuu tidak berminat dengan persekitaran sekelilingnya. Baginya, persekitaran di situ tiada beza pun dari Bumi. Hanya perbezaan makhluk yang wujud sahaja.
Tiba di sebuah kafeteria, Shiori menarik lengan Ryuu untuk masuk ke dalam kedai tersebut. Ryuu ikut sahaja.
Di situ, Shiori memesan minuman kegemarannya begitu juga Ryuu. Yuriko kata, tiada perbezaan jenis minuman dan makanan antara Bumi dan Dialight. Nilai duit juga sama.
YOU ARE READING
THE HUNTED TWINS [C]
FantasiaBOOK 1 ; DRAGONIEL SERIES Api . Air . Cahaya . Kegelapan Empat buah kuasa utama yang berpecah dan masuk ke dalam tubuh dua pasang kembar sekaligus menghasilkan sejarah tergempar. Kuasa-kuasa ini perlu digabungkan sebelum tiba tarikh keramatnya atau...