🐾 47: The Importance

791 56 0
                                    

Char merenung Kei yang sudah berkumpul bersama ahli yang lain. Setiap kali ternampak lelaki itu, pasti dia teringatkan Claire.

Sesaat, wajahnya terpalit senyuman sebelum berjalan turun dari tingkat atas. Kesemua ahli, termasuk juga beberapa yang lain bersedia di hadapannya.

"Hari ni, kita akan bergerak ke IcyRock terlebih dahulu. Berdasarkan roh ramalan, Mizuki akan menyerang pada keesokan harinya. Jadi, kita hanya akan sekadar merehatkan diri dan tolong apa yang patut di bandar tu nanti," ujarnya terang.

Mereka semua mengangguk faham. Seketika kemudian, beberapa buah kereta berkuda tersedia di hadapan pagar pangkalan itu. Char bergerak ke situ.

Di belakang kereta-kereta itu terdapat pula beberapa ekor kuda hitam. Kesemuanya gah berdiri, tanda sihat dan kuat. Char menyuruh kesemua ahli untuk menaiki kenderaan masing-masing.

"Kenji, tolong uruskan pemindahan mereka yang ada kuasa di bawah magik kegelapan."

"Menurut arahan, ketua."

Jejaka kucing jadian itu menunggang kuda hitamnya pergi. Beberapa ekor kuda yang lain turut mengikutinya. Char seterusnya naik ke atas kereta kuda di hadapan sekali.

Bersamanya ada kembar Yuuki dan Mayumi. Setelah dipastikan tiada yang tertinggal, kuda itu diarahkan untuk bergerak dengan beberapa roh milik kuasa Char sebagai penunggangnya.

"Ketua, macam mana dengan pemilik kuasa di bawah kegelapan di kawasan yang lain?" Soal Shiori setelah beberapa minit perjalanan dimulakan.

"Kenji dah hubungi beberapa makhluk lain yang juga kuasa di bawah kegelapan di kawasan lain. Kuda-kuda hitam yang tiada penunggang itu untuk mereka yang lain ketuai kumpulan masing-masing."

"Maksudnya setiap kawasan akan kehilangan pemilik kuasa di bawah kegelapan buat sementara waktu?" Ryuu menyampuk. Char angguk.

"Kuasa Otto memang kuat ke?" Gadis itu menyoal lagi.

"Ya. Bukan Darkwinf sahaja ada robot pemusnah. Malah, Dialight juga ada. Tapi, disebabkan dunia ni jarang ada kes, robot itu dihapuskan sebelum sempat siap."

"Apa jadi kalau Otto guna kuasanya?" Mayumi pula bertanya. Char mengeluh. Penat ditanyakan berbagai-bagai soalan.

"Disebabkan Otto ialah robot pemusnah dunia Darkwinf, kuasanya tak akan memberi kesan kepada pengguna kuasa di bawah kuasa cahaya. Hanya pengguna kuasa kegelapan akan terhapus."

Ketiga-tiga mereka terdiam. Sampai begitu sekali kehebatan kuasa robot pemusnah? Mampu hapuskan kumpulan tertentu sekelip mata.

"Sebelum kau orang soal, aku akan cerita sedikit fasal beberapa perkara," sambung Char. Ryuu, Shiori dan Mayumi pasang telinga. Ketiga-tiga mereka memandang Char penuh minat.

"Antara empat kuasa utama ni, hanya dua jenis kuasa yang dijadikan kuasa utama untuk mengawal kuasa lain, iaitu kegelapan dan cahaya. Hanya kuasa air dan api sahaja yang neutral, tidak berpihak kepada mana-mana kuasa itu.

Tapi, untuk menstabilkan sistem kuasa dan keadilan, kuasa api dan air diberi pilihan untuk mengawal dewa-dewa di dunia Dialight dan Darkwinf. Tapi, kau orang masih lemah.

Itulah sebabnya Yuriko dan Emi yang merupakan salah seorang dewa tak tunduk pada kau orang. Dewa-dewa lebih sukar dikawal berbanding apa yang orang sangka."

Shiori memegang dagunya. Beberapa soalan muncul di dalam otaknya. Dewa? Kesemua dewa di dua dunia ini boleh dikawalnya?

"Tiada siapa yang digelar dewi sebab mereka semua asalnya dilahirkan tanpa jantina tetap. Jantina mereka ditentukan melalui cara mereka hidup. Berkenaan cara kelahiran mereka, lebih baik kalau kau orang tak tahu. Sangat susah untuk diterangkan," tokok Char.

Melihatkan riak wajah Shiori yang ingin tahu, dia dapat menangkap apa yang ingin ditanyakan. Sememangnya kisah dewa dua dunia itu sangat misteri dan sukar untuk diterangkan.

Mayumi bertanyakan soalan lagi. Soalan yang sering berada di fikirannya sejak rancangan beberapa hari lalu diberitahu.

"Char, apa akan jadi pada Otto nanti?" Soalnya perlahan. Shiori dan Ryuu tersentak. Jikalau namanya robot pemusnah, maksudnya Otto akan musnah sekali.

"Dia akan musnah. Kemudian, kerajaan Darkwinf akan bina lagi robot pemusnah baru untuk menggantikan Otto," jawab sang serigala tanpa nada.

Tipulah kalau dia kata dirinya tak sedih jika Otto mati sebagai ganti kepada Yuki. Namun, itu memang pilihan robot itu sendiri. Demi menyelamatkan tuan yang disayangi.

Mereka semua menutup mulut, tidak lagi bertanyakan soalan. Tanpa disangka, mereka sudah tiba di kawasan bandar yang berhampiran dengan IcyRock.

"Berhenti." Satu arahan diberikan oleh si ketua. Automatik kesemua kereta kuda diberhentikan. Char melompat turun.

"Ketua?"

Kita akan beli makanan dan minuman serta ubat-ubatan sebelum tiba di IcyRock. Jumlah penduduk di situ agak ramai. Pastikan bekalan yang dibawa cukup sebelum ke sana," terang Char.

Tanpa banyak soal, beberapa ahli turun dan mula membeli-belah keperluan asas atas arahan Char. Ryuu dan Shiori tidak terlepas untuk melakukan tugas yang sama.

Sementara yang lain pergi membeli, hanya Alex, Kei, Yuki, Mayumi dan Char sahaja yang tinggal di bahagian kereta kuda. Gadis pendek berambut putih mendekati Char yang duduk tegak di tepi jalan.

"Char, Dragoniel tu apa sebenarnya? Kenapa keempat-empat kuasa perlu digabungkan walaupun tanpa kerelaan?"

Char memandang sekilas wajah Mayumi. Kepalanya ditundukkan, menghadap rumput hijau. Dragoniel....

"Belum tiba masanya untuk kenal Dragoniel lagi. Cuma, Dragoniel akan bangkit pada hari lahir dua pasang kembar tu pada tahun ni. Kalau empat kuasa ni tak digabungkan sebelum tarikh keramat tu, Dragoniel akan bangkit sendiri dan menghancurkan kedua-dua dunia."

"Tapi, bukan ke Dragoniel ni penjaga dua dunia ni? Dulu, mama cerita macam tu."

Char mengangguk, seterusnya menggeleng. Dahi Mayumi berkeriut. Apa Char nak katakan ni?

"Dragoniel sememangnya penjaga dua dunia ni. Sayangnya, ramai makhluk tak tahu yang ia juga boleh jadi dewa pemusnah terbesar dua dunia ni jika keempat-empat kuasa tu tak digabungkan."

"Apa pula maksud Char, kita kena lindungi Dragoniel?"

"Di dalam dunia Darkwinf, ada satu bebola kegelapan yang tersembunyi daripada pandangan semua makhluk. Kuasa tu berlawanan dengan bebola cahaya yang ada di dunia Dialight.

Kedua-dua bebola ini digunakan untuk menstabilkan dua dunia ni dari segi mengawal ketenangan Dragoniel. Dua bebola ni pula dikawal oleh keempat-empat kuasa utama tu. Kalau tak digabungkan secepat mungkin, bebola kegelapan yang asalnya lebih kuat akan mengambil alih lagenda itu, seterusnya menghancurkan dua dunia."

Panjang penjelasan yang diterimanya. Sukar untuk dicerna, tetapi boleh secara perlahan-lahan. Mayumi gigit bibir. Tak sangka keempat-empat kuasa utama itu memberikan kesan yang sangat besar kepada dua dunia ini.

Kalau kakaknya tak berdendam, pasti semua ni takkan berlaku. Dua dunia akan kekal selamat dan tiada pengorbanan yang perlu dilakukan.

Mayumi melihat Yuki dari jauh. Tak dapat bayangkan rasanya apabila tiba-tiba sahaja pasangan yang dijaga lama musnah. Dia tak nak bayangkan. Cukuplah sekadar berdoa agar semuanya dipermudahkan.




TBC

The writing style becomes weird right now. Sorry!


THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now