🐾 5: Fight!

1.8K 141 11
                                    

Bunyi tapak kaki kuda kedengaran begitu kuat sekali bersama lepasan nafas yang cepat.

Mikio memandang ke atas apabila bayang mereka ditutup oleh satu bayang yang besar. Naga itu terbang sambil matanya tajam melihat ke bawah.

Baru sahaja nafas lega ingin dihela, semua pintu keluar telah disekat atas arahan naga tersebut. Pintar betul.

Tanpa teragak-agak, Mikio menggunakan kuasa aisnya untuk menyerang naga tersebut. Pantas sahaja ia mengelak.

Shiori turut menggunakan kuasa airnya bagi menewaskan naga itu. Tanpa sebarang amaran, naga tersebut melepaskan hembusan apinya.

Mereka segera mengelak kerana sudah pasti perisai ais juga akan cair disebabkan suhu api tersebut. Ryuu mendengus kecil. Bagaimana api hendak mengalahkan api?

"Awak berdua lari ke belakang tu! Saya akan alihkan perhatiannya!" jerit Mikio lalu cuba mengalihkan perhatian naga api tersebut.

Ryuu dan Shiori mematuhi arahan tersebut. Mereka berlari ke arah sepohon pokok yang berdiri gah di situ.

Sambil Mikio melakukan kerjanya, Ryuu dan Shiori cuba mencari idea untuk mengalahkan naga tersebut.

"Ada apa-apa cara tak?!"

"Ada! Tapi tak pasti berkesan ke tak," kata Shiori sambil mengeluarkan pisau gangsa dari beg galasnya lalu diberikan kepada Ryuu.

Ryuu memandangnya hairan. Bagaimana hendak mengalahkan naga itu dengan pisau gangsa yang kecil? Shiori yang seakan faham riak wajahnya membalas.

"Gangsa berbahaya untuk jantung naga api. Tikamnya di bahagian jantung dengan pisau ni. Suhu api tu akan cairkan pisau ni. Jadi, gangsa tu akan melekat di jantungnya," jelas Shiori.

Ryuu mengangguk sahaja. Berguna juga hobi adiknya yang suka membaca buku mitos seperti naga. Dia memberikan isyarat kepada Shiori untuk tetap di situ sementara dirinya cuba untuk membantu Mikio.

Shiori agak ragu-ragu. Dia takut untuk bersendirian + risaukan keadaan Mikio dan Ryuu. Tangan itu diraih lembut.

"Jangan risau. Kami pandai jaga diri," katanya sebelum berlalu pergi bersama kuda hitamnya. Shiori hanya mampu memandang dengan rasa sayu.

Ryuu segera mendekati Mikio yang masih berlari bersama kudanya. Pisau gangsa itu ditunjukkan kepada Mikio. Lelaki itu menunjukkan riak wajah tidak tahu.

"Tikam jantung naga tu dengan pisau ni." Membulat mata Mikio mendengarnya. Tikam jantung? Tidak mungkin!

"Tak boleh!"

Terkejut Ryuu mendengarnya. Kenapa tidak boleh pula? Itu sahaja cara untuk menyelamatkan diri.

"Naga ni tak boleh dibunuh! Tanggungjawab kami adalah untuk menjaganya!" Mikio memberitahu. Ryuu mendengus kecil.

Masa macam ni jugalah tanggungjawab tu dipegang kuat. Keselamatan macam mana?

Tanpa memikirkan bantahan Mikio, Ryuu terus pergi ke arah bertentangan sambil otak memerah idea untuk memanjat ke atas naga tersebut.

Mikio terkejut dengan tindakan mengejut Ryuu. Naga itu juga turut mengikuti lelaki tersebut. Dengusan kuat kedengaran.

Shiori pula masih memerhati dari belakang, tetapi perlahan-lahan dia mendekati tempat mereka agar kuasanya dapat digunakan dengan lebih berkesan.

Ryuu turun dari kudanya lalu berlari sepantas mungkin. Dia cuba menarik perhatian naga itu untuk mendarat.

Seperti yang dimahukannya, naga api tersebut terbang semakin rendah. Mulutnya tidak berhenti menghembuskan api yang panas.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now