satu

4.2K 412 145
                                    

"Ala, apa masalah kereta aku ni! Halah!!" Taehyung menghentak stereng keretanya tanda geram.

Entah macam mana kereta dia mati di bukit ni. Tak mahu hidup.

"Hello? Pak Yoo, tolong ambil Tae dekat Bukit Soogeun. Kereta Tae taknak hiduplah." Taehyung sandar.

"Haa, okay. Tae tunggu dekat stesen minyak depan ni. Kalau boleh, cepat sikit. Sejuk ni." Taehyung manja.

"Nae!"

Taehyung keluar dari kereta sportnya dan berjalan kaki ke stesen minyak.

Taehyung bersiul perlahan di kawasan gelap ini. Bukan dia takut ke apa. Sunyi.

"Ekk~ Ekk~~"

"I'm sorry. I'm so sorry."

Taehyung terhenti. Matanya memandang figura si hujung selekoh itu.

"What the--" Langkah Taehyung makin laju.

Mata Taehyung membuntang sebaik sampai di selekoh itu.

"Hey! Young lady! Hey!" Taehyung mengambil bayi yang ditinggalkan disitu.

Langkah gadis itu makin laju sebaik Taehyung dekat dengannya.

"Hey! Apa awak buat ni salahlah!!" Taehyung mencapai lengan gadis itu.

"Lepaskanlah!!" Gadis itu merentap lengannya.

Taehyung terdiam kerana melihat gadis itu yang sudah menangis.

"Awak tak patut buang anak ni." Taehyung masih cuba memujuk.

"Saya tahu." Gadis itu terus menangis.

"Jadi, kenapa perlu buang anak ni? Dia masih sempurna." Taehyung lembut berbicara.

Bayi lelaki yang berada di tangan kirinya ditatap seketika.

"Saya taknak dia membesar tanpa bapa. Ini lebih baik." Gadis itu perlahan mengundur.

Taehyung faham dengan situasinya. Seorang gadis terlanjur mengandung anak luar nikah.

"Takkan awak tak sayang dia walaupun sedikit?" Taehyung mendukung bayi itu dengan erat. Cuaca sekarang amat sejuk.

"Disebabkan sayang saya kandung dia sampai dia lahir. Disebabkan sayang saya rela kena halau dengan ibubapa saya. Kalau tak, saya dah lama gugurkan dia." Gadis itu geram.

"Takkan awak nak biarkan dia mati kesejukan? Itu awak kata sayang?" Taehyung masih memujuk.

"Habis tu? Saya dah cakapkan? Saya taknak dia besarkan tanpa bapa! Dia lebih selamat kalau saya buang dia. Kalau awak degil, awak ambil dia dan jaga." Gadis itu mula melangkah pergi.

Taehyung terdiam.

"Tak, aku takkan biarkan." Bisik Taehyung.

"Hey!" Tangan gadis itu dipegang.

"Apa ni!" Gadis itu masih menangis.

"Berhenti menangis." Taehyung pegang bahunya.

"Berhenti menangislah, dungu! Pandang saya!" Taehyung berkeras.

Mata gadis itu bertentang dengan Taehyung.

"Kita kahwin."

"A-apa?" Mata gadis itu terbeliak.

"Kita kahwin. Tak perlu buang siapa-siapa. Kita kahwin." Taehyung senyum memandang bayi didakapannya.

"Awak gila." Gadis itu mengundur terkejut.

"Mungkin." Taehyung terus menggengam tangan gadis itu dan menariknya.

"Apa awak buat ni gila!" Gadis itu cuba melawan.

"Demi bayi ni dan awak juga." Taehyung senyum.

[complete] save | taehyungWhere stories live. Discover now