Mintae duduk di perhentian bas. Bukan kerana mahu larikan diri. Tapi, dia suka dengan perhentian bas itu.
Di hadapan perhentian bas itu terbentak luasnya sawah padi. Di belakang perhentian bas pula, terdapat tanah lapang yang ditumbuhi rumput hijau.
Kaki Mintae dihayun.
Matanya berair tanda menangis.
"Tingginya suara papa tadi. Terkejut Mintae." Mintae mengeluh.
"Mintae tunggu bas ke?"
Mintae mengangkat mukanya memandang ke hadapan.
"Kenapa samchon selalu ada dekat mana Mintae ada?" Mintae geram.
"Sebab Mintae anak papa. Jadi, di mana Mintae ada, papa pun ada." Wonwoo senyum.
"Ishh!!! Tak boleh ke samchon hilang untuk 1hari je?!?" Mintae menangis.
Wonwoo turun dari keretanya lalu mendekati Mintae.
"Kenapa ni? Kenapa Mintae menangis?" Wonwoo risau.
"Mintae cuma nak pergi kebun. Mintae nak ada orang teman je. Adik demam. Atuk, nenek dengan mama pergi bandar. Jungkook hyung takda kat rumah. Mintae nak ada orang teman je. Kenapa papa nak menjerit macam tu?" Mintae menangis.
Wonwoo sayu lalu memeluk Mintae.
"Mintae nak buat apa pergi kebun?" Wonwoo menyoal.
"M-mintae nak makan buah." Mintae tersedu sedan.
"Jom, papa bawa Mintae pergi makan buah. Papa tahu satu tempat ni. Memang sedap." Wonwoo senyum.
Mintae memandang wajah Wonwoo.
"Takpa ke?" Mintae mengelap air matanya.
"Kenapa tak boleh? Papa bukan nak culik Mintae pun. Habis makan, kita balik." Wonwoo mengusap kepala Mintae.
"Baju Mintae buruk." Mintae mamandang baju yang dipakainya.
"Takpa, papa beli baru." Wonwoo senyum.
Skip--
"Wahhh!! Banyaknya buah!!" Kagum Mintae melihat pasar buah.
"Mintae nak makan buah apa?" Wonwoo senyum melihat Mintae.
"Delima! Tak! Buah anggur! Tak! Strawberry! Tak! MINTAE NAK SEMUA!!!" Mintae seolah-olah gila melihat banyak buah yang dijual.
"Hahaha. Takpa kita makan semua." Wonwoo ketawa.
Wonwoo memimpin tangan Mintae dengan erat.
Terharu hatinya dapat memegang tangan anaknya sendiri.
"Nak tu!! Nak tuu!!" Mintae meloncat gembira melihat buah delima.
"Mintae suka buah delima?" Wonwoo senyum.
"Suka sangat!! Buah dia manis!!" Mintae teruja geram.
Wonwoi tersenyum lebar.
"Kenapalah kamu ni comel sangat." Bisik Wonwoo.
"Mintae pernah minum jus buah delima?" Soal Wonwoo.
"Ada ke?" Mintae pelik.
"Hmm! Rugilah Mintae kalau tak rasa jus buah delima." Wonwoo berlagak.
"M-mintae nak." Mintae terbayang keenakan jus buah delima.
"Jom."
Skip--
"Ini sedap betul! Mintae tak tahu pun ada jus." Mintae asyik menyedut minumannya.
"Suka?" Wonwoo melihat Mintae minum di hadapannya.
"Mm! Suka sangat!" Mintae sandar pada kerusinya.
"Pernah makan buah naga?" Wonwoo teruja.
"N-naga? Naga ada buah?" Mintae memikir.
"Hahaha! Bukan naga tu lah! Orang panggil buah naga sebab bentuk dia macam naga. Nak cuba?" Wonwoo mengusap kepala Mintae.
"Nak!"
YOU ARE READING
[complete] save | taehyung
Fanfiction+aku selamatkan dia dengan membenarkan diri aku menjadi peneman hidupnya. +aku mahu selamatkan dia dari dunia gelap dia. (Kim Taehyung Fan Fiction) Status : Complete