Memandangkan hari ni 17 Mac (tekalah).. Aku buat triple update yaa..
--------
"Ya Tuhan! Tak sabar betul nak buat persembahan di hari terbuka!!" Mintae sudah lompat terkinja-kinja.
"Papa tak sabar nak tengok Mintae sebagai Peterpan. Jangan nak comel sangat, ya di pentas nanti. Papa takut papa naik atas pentas gomol kamu." Taehyung leka membelek baju costum di depannya.
"Takpa. Mintae buat je comel-comel. Nanti mama ikat papa dekat kerusi." Aemi cuba mengacu pakaian itu pada tubuh Mintae.
"Larat ke mama? Mama pregnantkan." Mintae berlagak.
"Heleh! Kalau dalam perut ni dah dua orang mama angkut pakai perut, takat papa kamu yang tak kuat tu, hujung hidung mama jela." Aemi mencuit hidungnya.
Acah Bruce Lee.
"Takyah nak actionlah, Cik Aemi oi. Orang yang kau angkut pakai perut tu la punca dia dari aku. Tak kuat konon. Kembar tahu, aku buat!" Taehyung pula berlagak.
"Ish, jantan ni. Kalau berlagak, memang tak ingat dunia. Ber'kau'-'aku' lagi dengan kita ni." Aemi mencapai tangan Aera.
"Haa! Haa! Nak merajuklah tu. Cepuk kang!" Taehyung mencuit pipi Aemi.
"Cepatlah cari baju anak ni. Saya dah lapar." Aemi muncung.
"Ala-ala bucuk saya ni. Habis merah-merah muka dia. Meh sini dekat baby ni." Taehyung menghulur tangannya lalu mengusap ubun-ubun Aemi.
"Lapar." Aemi muncung.
"Lapar, ya? Tak makan lagi. Nanti kita makan, ya." Taehyung senyum.
"Mmm." Manja Aemi.
"Aku sepak jugak dia ni, kang. Eii, manja bebenor!" Taehyung menyakat isterinya.
"Sakitlah hidung saya!" Aemi ketawa.
"Ish, mama dengan papa ni. Melebihlah! Tak sanggup kami nak tengok." Jeling Mintae dan Aera.
"Papa gedik! Mama gedik!" Aera mengejek.
"Korang semua, tak boleh makan aiskrim!" Aemi menjeling.
"Ala, manjanya mama ni." Aera dan Mintae serentak manja.
"Hahahhaha fake!" Taehyung ketawa.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.Dari jauh, Wonwoo hanya memerhati keluarga bahagia itu. Terasa sunyi sejak gilirannya tamat bersama Mintae.
"Kenapa aku tak boleh bahagia macam mereka. Hina sangat ke aku." Wonwoo hanya mampu menahan tangis.
YOU ARE READING
[complete] save | taehyung
Fanfic+aku selamatkan dia dengan membenarkan diri aku menjadi peneman hidupnya. +aku mahu selamatkan dia dari dunia gelap dia. (Kim Taehyung Fan Fiction) Status : Complete