"Papaaaaaa!!!! Papaaaaaa!!!!"
"Mintaeeeeee!!!!!!!!!!!"
Laju Mintae berlari ke arah Taehyung.
Taehyung memeluk erat anak sulungnya.
"Seronok dengan papa Wonwoo?" Soal Taehyung sambil mengusap dahi Mintae.
"Seronok!!!!! Papa Wonwoo banyak kali bawa Mintae jalan-jalan!" Teruja Mintae.
Taehyung senyum. Rindu dia dengan Mintae, hanya dia je tahu.
"Papa rindu Mintae, sangat!" Mintae dicium sepuasnya.
"Terima kasih, Wonwoo. Aku gembira kau dapat jaga dia dengan elok." Taehyung senyum memandang Wonwoo.
"Takda hallah. Dia anak aku juga." Wonwoo senyum.
"Mama!" Jerit Mintae apabila melihat ibunya.
"Abangg!!!!" Terkedek Aera berlari ke arah abangnya.
"Ni aku ada bawakan hadiah untuk adik. Harap dia suka." Wonwoo menghulur beg kepada Taehyung.
"Adik, papa Wonwoo beli hadiah. Tengoklah." Taehyung memberi pada Aera.
"Robocar Poli!!!!!" Teruja Aera.
Keluarga Kim rapat memerhati Aera.
"Mintae!! Nak dengar berita tak? Mamakan......." Taehyung teruja.
"Kenapa dengan mama??"
"Mama nak bagi Mintae adik lagi!!!!!!! It's twin! WOOOHOOOO!!" Taehyung teruja lagi.
"Wahhh!!!!!!!! Mintae nak dapat adik lagi?? Bestnyaaa!!" Mintae meloncat gembira.
"Adik-adik abang yang abang sayang. Jaga diri baik-baiknya. Cepat membesar!!" Perut Aemi dikucup.
Wonwoo seakan terasa kesunyiannya. Kesunyian yang buat dia rasa kebodohan sendiri.
"Taehyung, aku balik dulu." Wonwoo senyum separa.
"Wonwoo." Panggil Aemi.
Wonwoo menoleh terkejut.
"Ni, saya ada buatkan sup kimchi ayam." Aemi menghulur sebuah beg.
"Kegemaran kau, kan?" Taehyung senyum.
"Kau tak marah?" Wonwoo pelik.
"Aku taknak fikir pasal benda dah lepas. Aemi pun dah maafkan kau. Berdamailah. Tak perlu nak berdendam lagi." Taehyung memeluk bahu Aemi.
"Terima kasih, Aemi. Terima kasih, Taehyung." Beg itu dicapai.
"Ada masa, kalau bosan. Datang jela rumah aku ni." Bahu Wonwoo ditepuk lembut.
"Mmm." Angguk Wonwoo.
"Papa balik dulu, ya Mintae?" Wonwoo senyum.
"Bye, papa! Jangan lupa call Mintae!!" Lambai Mintae.
"Kiss papa sikit." Wonwoo bercangkung.
Laju Mintae berlari lalu mencium pipi Wonwoo.
Wonwoo bangun lalu beredar.
"Mintae! Papa ada benda nak tunjuk. HAHAHAHAHA papa tak sabar nak tunjuk. Mesti Mintae tergamam gila bapak punya." Taehyung sudah mula tunjuk perangai budak-budaknya.
"Amboi, gahnya cerita. Mintae nak tahu!" Mintae teruja.
"Jom kita ke balakang rumah." Taehyung dan Mintae berlari ke dalam rumah.
"Entah apa-apalah anak beranak ni. Adik, jangan ikut sangat perangai tu." Pesan Aemi pada Aera.
"Adik! Cepat, dik! Tunjukkan abang Mintae apa kita buat." Jerit Taehyung.
"Hahaha!! Kitorang buat empak (gempak) aw(tahu)!" Aera berlari.
"Baru dipesan sudah dibuat." Aemi mengeluh lalu mahu mengunci pagar.
Aemi hanya diam apabila dia dapat tahu Wonwoo masih perhatikan rumahnya.
YOU ARE READING
[complete] save | taehyung
أدب الهواة+aku selamatkan dia dengan membenarkan diri aku menjadi peneman hidupnya. +aku mahu selamatkan dia dari dunia gelap dia. (Kim Taehyung Fan Fiction) Status : Complete