5 puluh

1.2K 172 38
                                    

Wonwoo memandang Seungkwan yang duduk di hadapannya.

"Kau dah cemarkan otak anak aku, setan!" Geram Wonwoo melihatnya.

Mintae yang sedang duduk disebelah Wonwoo dipandang sekilas.

"M-manalah aku tahu." Seungkwan serba salah.

"Papa, betul ke papa suka lelaki?" Mintae bersuara.

"Manada! Papa masih waras!" Wonwoo geram.

"Mingyu tu siapa, papa?" Soal Mintae lagi.

"Kawan je. Jangan nak merapu lagi." Geram Wonwoo.

"Kau punya pasallah ni. Aku cili mulut kau nanti!" Penumbuk Wonwoo di tuju pada muka Seungkwan.

"Okay, okay. My bad." Seungkwan tersengeh.

"Tapi pakcik Seungkwan kata papa tak suka mama sebab papa suka Mingyu." Mintae memandang Seungkwan yang dari tadi suruh Mintae diam.

"Mintae, Mama tu papa Taehyung punya. Papa taknak kacau." Senyum Wonwoo.

"Kenapa tak cari mama baru?" Mintae tersengeh.

"Mintae nak ke?" Wonwoo mencuit pipi Mintae.

"Mintae cadang untuk papa. Kenapa tanya Mintae. Mintae punya mama kat rumah." Mintae selamba makan pancake yang dihidang.

"Anak bapak sama je." Seungkwan menjeling.

"Pakcik diam. Dahlah ajar Mintae bukan-bukan." Mintae mengeluarkan jari telunjuknnya tanda amaran.

"Padan muka kau." Wonwoo ketawa jahat.

Skip--

"Papa!! Laju sangat ni!! Ya Tuhannn!!!! PAPAAAAAA!!" Mintae jerit keseronokan.

"Pegang kuat-kuat! Jatuh nanti!" Pesan Wonwoo sambil berusaha mengayuh basikal sewanya.

"Arrrghhhhh!!!" Mintae teruja.

Malam itu, Wonwoo membawa Mintae ke Sungai Han untuk meluangkan masa bersama.

"Nah." Secucuk sosej dihulur pada Mintae.

"Terima kasih!" Mintae ambil dengan teruja.

"Mintae dah pandai naik basikal?" Soal Wonwoo sambil mula makan.

"Belum lagi. Mintae takut jatuh." Mintae geleng.

"Dulu papa selalu naik basikal dengan mama. Dekat sini juga kami datang." Wonwoo memandang Sungai Han yang mengalir.

"Mama suka naik basikal?"

"Suka. Sangat suka." Wonwoo tersenyum.

"Mintae tak pernah tengok mama bawa basikal." Mintae termenung.

"Nanti suruhlah papa Taehyung bawa dia naik basikal." Wonwoo senyum lalu mengusap kepala Mintae.

"Papa. Nak makan tteokbeokki boleh?" Mata Mintae dikenyit-kenyitkan.

"Pikir comel ke huh?" Wonwoo menjeling.

"Tak comel ea?" Mintae tersengeh.

"Comellah. Gugur iman papa." Wonwoo menyentuh dadanya acah sakit.

"Hahaha! Papa ni comellah! Jomlah kita makan." Tangan Wonwoo ditarik.

"Boleh, sayang. Mintae makan sampai perut meletup!" Wonwoo bangun.

"Taknak sampai meletup. Nanti mati. Takda sapa nak teman papa, mama, papa Taehyung, adik Aera." Mintae suram.

"Hey. Kalau Mintae meletup. Papa ikut sama meletup, tahu? Lebih baik papa temankan Mintae dari biarkan Mintae seorang diri." Wonwoo cangkung mengusap rambut anaknya.

"Kalau Mintae terjun laut pun, papa nak ikut?" Mintae mahu kepastian.

"Mintae nak ke?" Wonwoo pelik.

"Saja tanya." Mintae muncung.

"Kemana pun kamu pergi, papa ikut." Wonwoo senyum.

Mintae senyum terharu.

"Untungnya Mintae. Mintae dapat 2 papa paling hebat, mama yang paling terbaik, adik yang manja. Mintae bersyukur dan Mintae suka." Mintae senyum.

"Dari manalah kamu belajar cakap macam ni." Wonwoo ketawa kecil.

[complete] save | taehyungWhere stories live. Discover now