"Sayang! Dah siap ke?" Taehyung membuka pintu rumahnya.
"Siapa kau? Apa kau buat kat rumah aku?" Terkejut Taehyung melihat lelaki yang sedang duduk di sofanya.
"Saya Park Woojin. Saya di arah oleh isteri Tuan untuk tunggu tuan hingga tuan balik." Terang dia.
"Kenapa pulak!" Taehyung pelik.
"Isteri puan baru sahaja ke hospital kerana mahu bersalin."
Skip--
"Tahan sayang! Awak boleh buat!" Tangan Aemi di pegang erat.
"Eerggghh.. Sakit." Aemi berpeluh-peluh.
"Maafkan saya, Aemi. Awak boleh buat. Saya percaya awak." Terseksa Taehyung melihat isterinya bertarung nyawa.
"Awak kena lahirkan benih saya. Awak janji dengan saya, kan?" Bisik Taehyung sambil menangis perlahan.
Aemi rasa semangatnya dibakar. Ya, dia janji mahu melahirnya benih Taehyung. Dia perlu lahirkan benih Taehyung.
"AARRRGGGHHHHH!!!" Aemi meneran dengan kuat.
Tangisan di pagi hari membuat Taehyung menangis kegembiraan.
Bayi itu di letak ke atas dada Aemi.
"Tahniah atas anak kedua Tuan. Tuan dapat baby girl." Senyum doktor itu.
"Syukur." Taehyung mengelap tangisannya.
Bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu dibalut dengan tuala merah jambu lalu dihulur kepada Taehyung.
"Hsk! Selamat datang ke dunia, puteri papa." Taehyung menangis kegembiraan.
"Sayang, anak kita cantik. Macam awak." Taehyung toleh ke arah Aemi.
"Anak kita semua cantik." Aemi kepenatan.
"Terima kasih, sayang. Maafkan saya sebab tak mampu merasai sakit awak tu sama-sama." Taehyung mengucup bibir Aemi.
"Membesarlah dengan sempurna seperti abangmu. Membesarlah dengan jelita seperti ibumu. Membesarlah dengan baik seperti bapamu. Sayangilah kami seperti mana kami menyayangimu." Taehyung berbisik ke telinga anaknya.
"Kim Aera." Taehyung senyum.
"Nama kamu, Kim Aera." Dahi anaknya dikucup lembut.
Inilah perasan sebenar seorang insan yang baru bergelar bapa.
Skip--
"Ouh? Atuk!!" Mintae berlari ke arah Tuan Kim.
"Mana papa?" Taehyung tercari-cari.
"Ikut atuk."
Skip--
"Waahh!! Adik dah lahir!!!" Teruja Mintae.
"Mintae dah jadi abang." Aemi senyum melihat anaknya.
"Comelnya adik! Hidung adik macam papa!! Bibir adik macam mama! Mata adik macam..." Mintae diam mengamati mata adiknya.
"Macam abang!" Senyum Mintae.
"Adik, cepat besar. Bolehlah adik main dengan Ogy, main dekat Forest Resort dengan abang. Adik, abang sayang adik." Mintae mengucup pipi Aera.
"Comel anak papa." Taehyung mengusutkan rambut Mintae.
YOU ARE READING
[complete] save | taehyung
Fanfiction+aku selamatkan dia dengan membenarkan diri aku menjadi peneman hidupnya. +aku mahu selamatkan dia dari dunia gelap dia. (Kim Taehyung Fan Fiction) Status : Complete