"Mana anak awak?"
Wonwoo mendiamkan dirinya. Sungguh dia ketakutan.
Taehyung dan Aemi berada di hadapannya. Dia tahu yang dia bakal hilang anaknya.
"Mana anak aku!!" Wajah Wonwoo ditumbuk.
"Penculik! Aku percayakan kau, 100%!! Kau tikam belakang aku! Kau langgar perjanjian kita! Kau bawa lari Mintae!!" Taehyung menjerit sambil memukul Wonwoo.
"Papa!!!" Mintae berlari ke arah pergelutan.
Taehyung bangkit dari tubuh Wonwoo lalu mendepakan tangannya. Menunggu anaknya tiba dalam dakapan.
"Papa!!!" Mintae berlari ke arah Wonwoo.
"Papa, bangun." Mintae menangis.
"Mintae." Tangan Mintae ditarik.
"Apa ni, papa!! Kenapa pukul dia! Dia tak buat apa-apa dekat Mintae! Malah dia jaga Mintae baik sekali! Kenapa papa pukul dia!" Mintae menepis tangannya lalu berlari Wonwoo.
"Mintae, dia bawa lari Mintae!! Tanpa kebenaran papa!!" Taehyung geram.
"Antara papa Wonwoo dengan papa! Hak siapa lebih besar?! Papa sendiri cakap hak papa Wonwoo lagi besar dari papa! Sebab papa Wonwoo papa kandung Mintae." Mintae menangis.
"Mintae dah tak sayang papa ke?" Taehyung mula sebak.
"Mintae sayang. Mintae sayang semuanya. Cuma Mintae keliru. Mintae tak faham dengan diri sendiri." Mintae tunduk.
Taehyung senyum kecil.
"Mari ke papa." Taehyung mendepakan tangannya.
Mintae memeluk erat tubuh Taehyung.
"I miss you." Taehyung mencium ubun-ubun anaknya.
"I miss you too." Balas Mintae.
"Jom balik." Aemi bersuara.
"Mama." Mintae berlari memeluk Aemi.
"Jom balik." Aemi senyum.
Namun Mintae serba salah.
"Perlu ke kau jauhkan aku dengan Mintae." Wonwoo teresak.
"Aku bukan nak menculik dia. Aku cuma nak ada dengan dia. Macam korang. Sebuah keluarga." Sambung Wonwoo.
"Aku cemburu. Keluarga kau makin bertambah. Aku? Aku seorang diri. Aku sunyi. Maafkan aku sebab bawa Mintae lari. Tapi aku taknak hilang dia." Wonwoo tunduk.
Mintae terharu lalu menuju ke arah Wonwoo.
"Papa dah tak sunyi dah. Papa ada Mintae." Wajah Wonwoo diusap.
"Jom tinggal dengan kami." Aemi bersuara.
"Tinggal dengan kami, hingga kau kahwin." Taehyung sambung.
"Aku jenis tak suka nak bermusuhan. Macam Mintae cakap, hak kau lagi besar." Taehyung menghulur tangannya.
"B-betul ke?" Wonwoo seakan tak percaya.
"Ya."
"Yeay!! Lepas ni senang nak jumpa dua-dua!!" Mintae teruja.
"Mama, pizza." Aera menunjuk pintu utama.
"Mari kita makan dulu." Wonwoo bangun sambil lap air matanya.
"Tapikan, rumah ni cantiklah." Aemi suka melihat keliling rumah ni.
"Haa, mulalah dia ni. Jauhlah dengan Seoul." Taehyung menjeling.
"Takda la jauh mana. Ambil masa 30 minit je. Ikut feri tu je lama. 1 jam lebih." Wonwoo menjawab.
"Haa, okaylah tu. Kita duduk sini tak boleh? Akal saya dah mula membiak tentang hiasan rumah ni. Besar kot rumah ni." Aemi teruja.
"Aku okay kalau duduk sini." Wonwoo ketawa.
"Okaylah, duduk sini."
YOU ARE READING
[complete] save | taehyung
Fanfiction+aku selamatkan dia dengan membenarkan diri aku menjadi peneman hidupnya. +aku mahu selamatkan dia dari dunia gelap dia. (Kim Taehyung Fan Fiction) Status : Complete