6 puluh (Last)

2K 177 45
                                    

After 1 1/2 years...

"Taehyung! Bagi balik kasut Aera yang aku baru beli tadi! Aera asyik mengadulah!!" Wonwoo merengus geram.

"Taknak! Dia asyik melepak dengan kau je!" Jeling Taehyung.

Tangan kanannya memegang keropok kentang, tangan kirinya memegang kasut Aera. Kakinya elok terletak di atas meja menonton tv.

"Kau ni! Dengan budak pun nak mental!!" Wonwoo duduk disebelah Taehyung.

"Kau bila nak pindah?" Soal Taehyung.

"Sumpah kau tak tahu malu. Ini rumah aku." Wonwoo turut memakan keropok kentang itu.

"Kalau aku pindah pun, sebelah rumah je pun. Kau kan tak leh jauh dengan Mintae." Perli Taehyung.

"Nak gaduhlah tu. Hari ni turn siapa ambil Mintae kat sekolah? Dah besar dah anak kita, darjah 4 dah." Wonwoo ketawa kecil.

"Sumpah kekok dengan kau ni. Nampak macam gay." Taehyung acah mahu muntah.

"Papa-papaku!!" Mintae berlari masuk.

"Aik? Siapa ambil?" Taehyung terkejut.

"Mama. Mama jalan-jalan dengan adik Taera and Taeri. Kawan mama pun ikut sekali." Mintae duduk di antara Wonwoo dan Mintae.

Gaya mereka duduk serupa.

"Masuklah. Jangan segan." Pelawa Aemi.

Taehyung dan Wonwoo memandang pintu utama.

Aemi masuk ke rumah dengan menolak kereta bayi kembarnya.

"Tae, ambil anak jap." Arah Aemi.

"Tae twins!! Kamu dah balik..." Taehyung mengagah anak kembarnya.

"Tae, Wonwoo. Ini kawan saya, Kwon Jiyoo."

Skip--

"Mintae, salah. (46-78) + (8x7), buat yang dalam kurungan dulu. Berapa kali nak cakap, papa Taehyung pun dah pesan." Wonwoo mengajar anaknya.

"Sorry. Mintae lupa." Ketawa kecil Mintae buat Wonwoo tersengih.

"Rajin ajar anak." Tegur Jiyoo buat Wonwoo gelabah.

"Mmm, dengan dia kena tegas sikit. Baru dia dengar cakap." Wonwoo kekok.

Telinganya merah.

"Cantik rumah ni. Saya dah dengar semua cerita tentang awak, Taehyung dan Aemi. Jadi, tak perlu kekok." Ketawa Jiyoo.

"Bukan sebab tu saya kekok." Wonwoo meraba tengkuknya.

"Jadi?"

"Saya segan." Ketawa Wonwoo.

"Mesti bestkan duduk sini. Angin sentiasa ada, ada lagu semulajadi." Jiyoo leka memandang lautan.

"Saya memang suka benda macam ni. Benda semulajadi." Wonwoo semakin hilang kekoknya.

"Kalau macam tu, awak datanglah ke Pantai Imuel. Saya ada buka resort kat situ. Semua yang awak suka, ada di situ." Jiyoo menghulurkan kadnya.

"Ada masa saya datang." Wonwoo senyum.

"Saya tunggu."

Skip--

Wonwoo menghantar Jiyoo hingga ke keretanya.

Sebaik selesai menghantar, Wonwoo kembali ke rumah.

"Asal korang kemas barang ni." Wonwoo terkejut melihat Aemi dan Taehyung sedang mengemas. Mintae duduk tenang.

"Ada orang tu, cinta nak berputik. Jadi, kena pindah dah." Aemi menahan ketawa.

"Hahahaha belum lagilah!" Wonwoo ketawa.

"Heleh! Padahal, bukan main seronok lagi!" Taehyung menjeling.

"Hashtag, doa yang baik-baik saja."

Maka, satu rumah isi dengan tawa.



The End.

Thank you for reading this stupid ff. I hope guys enjoyed this ff!!

Wait for my upcoming ff!!

Thank you again!!

[complete] save | taehyungWhere stories live. Discover now