5 puluh 6

1.2K 159 41
                                    

"Papa, bulan ni bukan giliran papa. Boleh ke kita buat macam ni?" Mintae memandang Wonwoo yang memandu kereta.

"Boleh, papa dah cakap dengan Papa Taehyung. Papa sunyi. Papa takda siapa-siapa." Tipu Wonwoo lalu mengeluh.

Mintae senyum.

"Mintae kan ada. Mintae selalu ada dengan papa." Mintae memegang tangan Wonwoo.

"Janji jangan tinggalkan papa, ya?" Wonwoo sebak.

Mintae senyum.

"Mintae janji."

Skip--

"Ada nampak Mintae tak? Dia pakai baju Peterpan." Aemi menyoal rakan-rakan Mintae.

"Tadi saya nampak dia dengan satu pakcik ni. Pakai baju biru. Pakcik tu tinggi. Muka boleh tahan kacak." Terang budak itu.

"P-pergi mana?" Aemi sudah tidak sedap hati.

"Entah, naik kereta merah." Budak itu selamba makan.

"Wonwoo."

Aemi menelefon Taehyung.

"Taehyung, Wonwoo." Aemi gelisah sambil memegang Aera.

"W-what?" Taehyung seakan tak faham.

"Wonwoo culik Mintae."

Skip--

"Wahh!! Laut!! How beautiful!!" Mintae teruja.

"Cantikkan? Tu rumah sementara kita." Wonwoo menunjuk rumah yang berada di tepi laut.

"Lookie ada? Mintae dah lama tak jumpa dia." Mintae memandang Wonwoo.

"Ada dekat dalam rumah. Jom." Wonwoo menghulurkan tangannya.

Mereka langkah memasuki rumah tersebut.

Mintae's POV.

Sebaik saja kaki aku memasuki rumah papa Wonwoo, memang ternganga dibuatnya.

Rumah papa Wonwoo memang cantik, sangat cantik. Dari dalam rumah, aku boleh nampak laut yang luas.

Apa yang buat aku sebak, kebanyakkannya gambar yang ada dalam rumah itu, semua gambar aku dengan papa Wonwoo, gambar ketika aku tinggal dengan papa.

Apa yang hati aku terdetik ialah....

Sememangnya papa keseorangan, tiada siapa-siapa.

"Mintae, tengok ni." Panggil papa di beranda yang menghadap laut.

Aku jalan mendekati papa.

"Remember this?" Papa menunjuk berandanya.

"Remember this?" Papa menunjuk berandanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku senyum girang.

"Ingat! Inikan barang online yang kita tengok dekat laptop papa bulan lepas! Papa beli?" Aku terus cuba memanjat.

"Yela. Papa beli sebab Mintae suka sangat." Papa duduk di sebelah aku.

Sejujurnya, aku banyak bercerita dengan papa Wonwoo berbanding papa Taehyung.

Bukan mahu memilih kasih, tapi ini secara semulajadi. Mungkin sebab aku berbenihkan papa Wonwoo.

Air dicincang takkan putus. Betul tak?

Aku pernah cakap dekat papa Wonwoo, yang aku suka pantai, teringin nak ada hanging bed macam ni.

Tapi dengan papa Taehyung aku tak cakap pun.

Aku pun tak tahu.

"Papa kata ini rumah sementara. Tak rasa membazir ke?"

"Macam mana kalau ini rumah kekal? Mintae suka?" Papa membelai rambut aku.

"Semestinya!" Aku senyum.

"Jadi, ini rumah kekal kita." Papa cium pipi aku.

"Terima kasih, papa."

[complete] save | taehyungWhere stories live. Discover now