"Jadi, Taehyung ni bukan lelaki yang sentuh kamu?" Tuan Kim memandang Taehyung yang menyuap Mintae makan.
"Bukan. Yang sentuh Aemi orang lain." Aemi tunduk.
"Nak, cakaplah. Siapa yang sentuh kamu? Omma nak tahu." Puan Shin mengusap ubun-ubun anaknya.
"Omma dengan appa janji. Jangan serang dia. Biar Aemi yang uruskan semuanya." Aemi merayu.
"Kami janji."
"Jeon Wonwoo. Dia yang mengandungkan Aemi." Aemi tunduk semula.
"Aku dah agak si syaitan tu yang buat. Lepas kamu hilang dari kampung, dia pun berambus dari kampung ni. Lahanat!" Geram Tuan Shin.
"Mintae ni anak dia. Tapi, Taehyung tak bagi Aemi cakap yang Mintae anak Wonwoo. Taehyung nak jugak mengaku yang Mintae ni anak dia." Aemi teruskan lagi.
"Baguslah! Taehyung, appa amanahkan kau jaga Aemi, keluarga kamu. Jaga keluarga kau." Tegas Tuan Shin.
"Baik, appa. Tae cuba buat yang terbaik."
Skip--
"Tae, anak-anak mana?" Aemi menjenguk Taehyung yang duduk menonton tv.
"Entah. Tadi main dekat depan rumah." Taehyung memandang sekelilingnya.
"Hmm, saya nak pergi tolong omma masak sekejap. Awak tengok-tengokkan anak, ya?" Aemi senyum.
Taehyung angguk lalu jalan keluar dari rumah.
"Mana pula mereka ni." Taehyung mencari.
"Mintae! Aera!" Taehyung mula mencari.
"Taehyung hyung!"
"Oii Jungkook!" Sapa Taehyung.
"Buat apa terjerit-jerit ni?" Jungkook senyum.
"Cari Mintae dengan Aera. Tadi main dekat depan rumah." Taehyung muncung.
"Halahai dia ni. Comelnya!" Jungkook mencubit pipi Taehyung.
"Woi! Kau kunyit ke apa?!" Taehyung tergamam sambil memegang pipinya.
"Manada! Ni, Mintae dengan Aera dekat sawah Pak Shin. Aku pun nak ke sana ni sebab Aera ada terserempak dengan aku kat pasar. Sibuk suruh aku ikut." Jungkook tersengeh.
"Bawakan aku ke sana. Aemi suruh tengok anak-anak." Taehyung senyum kecil.
Skip--
"Atuk, ular ni yang boleh makan tu kan?" Mintae bertinggung di sebelah atuknya.
"Manada, ini belutlah. Belut ni, kalau buat sup. Memang sedap." Tuan Shin senyum melihat Mintae yang tekun melihat belut berenang dalam sawah.
"Tokk~~" Aera memanggil.
Tuan Shin menoleh.
"Omo! Beraninya dia!" Terkejut Tuan Shin melihat Aera memegang belut dengan tangannya sendiri.
"Wahhh!! Adik! Hebat! Abang nak pegang juga!" Mintae teruja.
"Takleh. Abang ambil yang baru." Aera menjeling.
"Amboi, menjeling!" Tuan Shin ketawa.
Belut yang dipegang oleh Aera jatuh semula ke tanah.
"Alaaa!!" Aera cuba mengambil semula.
Entah macam mana, Aera jatuh tersembam ke dalam sawah.
"Aera!" Panggil Taehyung yang sudah sampai.
Aera bangun lalu menoleh ke arah Taehyung.
"Ya Tuhan. Muka kamu. Habis berlumpur!" Taehyung ketawa.
"Hehehe." Aera tersengeh.
YOU ARE READING
[complete] save | taehyung
Fanfiction+aku selamatkan dia dengan membenarkan diri aku menjadi peneman hidupnya. +aku mahu selamatkan dia dari dunia gelap dia. (Kim Taehyung Fan Fiction) Status : Complete