"Aemi dah balik!!" Teruja Taehyung dengan penuh risau.
"Ambil barang dekat bonet kereta. Tolong Pak Yoo." Aemi masuk tanpa memandang Taehyung.
Taehyung serba salah lalu menolong Pak Yoo.
Mintae merangkak laju ke arah Aemi.
"Maama!" Teruja Mintae.
"Taknak kawan." Aemi meletakkan begnya di atas meja.
Taehyung terus duduk di atas sofa bersama Mintae. Mereka masing-masing memerhati Aemi yang mengemas kabinet televisyen.
"Awak tahu salah awak, Tae?" Aemi bersuara.
Taehyung dan Mintae memandang sesama sendiri.
"Tahu." Jawab Taehyung.
"Kenapa awak buat account family kat insta?"
"Awak tahu tak, sepanjang dekat pasaraya, semua tegur saya. Cakap awak dengan anak nakal. Macam orang bodoh saya ni dekat pasaraya sebab tak tahu apa-apa." Bebel Aemi sambil mengemas.
"Kemas rumah pun tak. Lagi satu, birthday party tu nanti. Awak punya birthday ke anak punya birthday? Nak berpool party bagai. Champhange party la. Nak kena ketuk ke?" Aemi berhijrah ke dapur pula.
Taehyung hanya tunduk. Sesekali Taehyung ketawa kecil dengan anaknya.
Haih, bapak borek anak rintik.
Boek ah mereka.
Leka Aemi membebel, telefonnya berdeting.
Aemi diam lalu membuka notification yang baru di terima.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.aemintaehyung.kim
1253 likesKena bebel dengan mama sebab bukak account ni...
Dan ini reaction kami yang sempat dirakam.
Sayang, sayang jangan marah.
View all 234 comments
jeemen Kan ku dah bilang. Emangnya padan muka luu
Likes Replysurirumah pujuklah isteri tu cik abang. Sesungguhnya dia memerlukan pujukan manja.
Likes Replyaemintaehyung.kim @jeemen ya ya.. Gue pahem.. Masih dibebelan ini..
123 likes Replyaemintaehyung.kim pujukan manja jenis macam mana tu?? Boleh terperinci sikit? HAHAHAHAHAHA @surirumah
2233 Likes Reply.
.
.
.
.
.
.
.
.
."Kim Taehyung!!! Apa yang awak update lagi ni!!!!!!!!" Jeritan Aemi buat Taehyung terkejut hingga bergetar tubuh badannya.
"Sorry sayang!!" Taehyung ketawa.
Skip--
Malam ini tak berapa nak indah sangat. Taehyung dan Aemi kurang bercakap.
"Aemi, sinilah." Taehyung memanggil Aemi yang leka memotong bahan masakan untuk makan malam.
"Saya ada kerja. Minggu depanlah cerita." Aemi jawab acuh tak acuh.
Taehyung mengeluh. Taehyung bangkit meninggalkan Mintae yang menonton kartun di televisyen.
Tubuh Aemi dipeluk perlahan. Aemi masih memotong bahan masakan.
"Saya bosan awak takda. Awak keluar lama. Lagipun, saya suka tunjuk gambar anak kita dekat semua orang." Taehyung mendagu di bahu kanan Aemi.
"Kenapa? Saya masih tak faham." Aemi berpaling menghadap Taehyung.
Aemi berdiri di antara tangan Taehyung yang bertongkat di kaunter dapur.
"Saya nak tunjukkan yang saya ada isteri cantik, anak yang comel, keluarga yang bahagia. Itu saja." Taehyung mencium hidung Aemi.
"Sebab saya sayang awak dengan Mintae." Taehyung memeluk Aemi.
"Maafkan saya. Saya salah." Bisik Taehyung.
"Tak. Marah saya dah habis. Tae, saya nak cakap sikit." Aemi meleraikan pelukan.
"Apa?"
"I bring your baby." Senyum Aemi buat Taehyung tertanya.
"My baby? Means?" Taehyung mengerutkan mukanya.
Aemi mengambil tangan kanan Taehyung lalu diletakkan di perutnya.
"This is your baby." Aemi senyum.
Taehyung memandang Aemi dengan pandangan tak sangkanya.
"B-betul ke ni? Awak mengandung?" Mata Taehyung berkaca memandang wajah isterinya.
"Hmm." Aemi angguk.
"I'm going to be a father again!!!" Teruja Taehyung.
Bibir Aemi dicium lama.
"Terima kasih." Ucap Aemi.
YOU ARE READING
[complete] save | taehyung
Fanfiction+aku selamatkan dia dengan membenarkan diri aku menjadi peneman hidupnya. +aku mahu selamatkan dia dari dunia gelap dia. (Kim Taehyung Fan Fiction) Status : Complete