"W-wonwoo." Terpancul nama jijik itu di bibir Aemi.
"Nampaknya kau masih ingat aku." Senyuman lelaki bernama Wonwoo membuatkan Aemi berketar satu badan.
Aemi menarik nafasnya sedalam yang mungkin lalu menghembus perlahan.
"Mintae dah beli hotdog adik?" Soal Aemi dengan tenang.
"Dah." Angguk Mintae.
"Jom. Papa tengah beli gula-gula kapas untuk adik. Mintae nak?" Aemi betul-betul menghiraukan Wonwoo yang berada di hadapannya.
"Nak! Mintae nak warna biru." Teruja Mintae.
"Jom." Aemi mula meninggalkan Wonwoo.
"Shin Aemi. Kau kena ingat, kerja kau dengan aku tak habis lagi."
Aemi masih menghirau si Wonwoo itu dan hanya terus berjalan.
"Dasar perempuan jijik! Dia tak sedar yang dia hanya perempuan murahan!" Geram Wonwoo.
Skip--
Malam itu, Taehyung sekeluarga hanya duduk di hotel tidak ke mana-mana.
Taehyung leka menonton video menerusi laptopnya. Anak-anaknya sudah tertidur di riba Taehyung.
"Tae, saya angkat anak masuk dalam bilik, ya? Kesian kaki awak. Naik lenguh nanti." Aemi senyum.
"Angkatlah. Sakit pula leher mereka nanti." Taehyung turut senyum.
Aemi mengangkat Aera perlahan-lahan lalu masuk ke dalam bilik. Kemudian, Mintae.
"Mintae anak papa." Bicara Mintae dalam lemah dan mamai.
Langkah Aemi terhenti.
Wajah anaknya yang sedang tidur di tatap.
"Maafkan mama." Aemi mengeluh.
Mintae diletak perlahan lalu dahinya dikucup.
"Aemi, sini sekejap." Taehyung memanggil.
"Ya?" Aemi mengikuti Taehyung ke bilik mereka.
"Mmm. Esokkan. Err.." Taehyung serba salah.
"Kenapa? Ada masalah ke?" Aemi meneka.
"Sikit. Esok malam, kita tak buat apa-apa kan?"
Aemi angguk perlahan.
"Haa, saya TERPAKSA jumpa setiausaha Ahn sebab nak tandatangan beberapa fail. Boleh saya pergi?" Taehyung mula bertindak comel. Jari telunjuk dilagakan bersama.
Aemi ketawa kecil.
"Siapa suami sekarang ni?" Aemi senyum.
"Saya." Taehyung tersengeh.
"Pergilah. Bukan ada apa pun dekat sini." Aemi mengusap bahu Taehyung.
"Balik nanti, saya beli apa-apa untuk awak dengan anak-anak." Taehyung tersengeh lagi.
Skip--
"Ala, apa ni." Mintae muncung.
"Papa pergi sekejap je. Balik nanti papa beli apa-apa untuk Mintae dengan adik." Taehyung memakai kasut.
"Papa jangan balik lambat." Pesan Mintae.
"Mintae tengok pukul berapa sekarang ni." Taehyung membongkokkan badannya.
"9.52 malam." Mintae melihat jam digital di tangan papanya.
"Sebelum pukul 12.00, papa balik." Senyum Taehyung.
Skip--
Pukul 10.00.
Berat mata Mintae dan Aera menunggu Taehyung balik.
"Pergilah tidur. Papa dah balik nanti, mama kejutkan." Pujuk Aemi.
Mintae dan Aera akur. Mereka berjalan ke bilik dan tidur.
Aemi pula duduk di biliknya membaca buku.
Namun, Aemi tak senang duduk.
Bunyi pintu dibuka menganggu Aemi. Taehyung baru sahaja menghantar mesej dimana dia sudah sampai di restoren yang ditempah.
Aemi bangun lalu menuju keluar dari biliknya.
"Shit!"
------
Woi, jemput baca ff 'Mom' casting by Jhope..Bye!^^
YOU ARE READING
[complete] save | taehyung
Fanfic+aku selamatkan dia dengan membenarkan diri aku menjadi peneman hidupnya. +aku mahu selamatkan dia dari dunia gelap dia. (Kim Taehyung Fan Fiction) Status : Complete