"Tengok. Tak susahkan?" Taehyung senyum sebaik mereka memasuki bilik Taehyung.
"Terima kasih sebab selamat anak saya." Aemi senyum.
"Anak awak?" Taehyung acah marah.
Aemi sudah cuak kerana Taehyung makin mendekati dirinya. Mintae didakapan Aemi dipeluk erat.
"Anak saya juga." Taehyung mengucup kepala Mintae.
Tergamam Aemi.
"Tak perlu nak mengaku dia anak orang lain. Saya taknak ambil tahu siapa bapa sebenar dia. Sekarang, dia anak saya." Taehyung menghempaskan dirinya di atas sofa.
"Tu, Mak Park dah sediakan baju untuk awak. Pakai jelah buat sementara waktu. Esok kita beli baju awak dengan Mintae." Taehyung meregangkan badannya.
Aemi letak Mintae di atas katil Taehyung.
"Saya mandi sekejap." Aemi masih segan.
"Aemi-ah." Panggil Taehyung tiba-tiba.
"Ya?" Aemi menoleh.
"Takda apa-apa. Saja panggil. Aemi. Sedap nama." Taehyung termenung.
"Mengada." Aemi ketawa.
"Aemi? Taehyung?" Tuan Kim membuka pintu.
"Ya?" Serentak mereka menyahut.
"Maaf kacau. Kami terpaksa putuskan yang perkahwinan kecemasan akan diadakan esok pagi." Umu Tuan Kim.
"Apa?" Tersentak mereka.
"Kamu berdua akan kahwin esok pagi, dan kami akan dedahkan kepada umum tentang perkahwinan kamu yang dah lama." Terang Tuan Kim.
"Maksud?" Aemi tak faham.
"Takkan nak umumkan yang kamu baru berkahwin tapi dah ada anak? Maruah kamu semua macam mana?" Tuan Kim bercekak pinggang.
"Anggap sahaja kamu dah setahun kahwin secara senyap dan umumkan. Rahsia kamu akan terselindung. Hal sijil semua jangan risau." Tuan Kim senyum.
"Esok bangun awal. Terutama kamu, Tae." Tuan Kim memberi amaran.
"Aemi ada untuk kejutkan Tae." Taehyung senyum.
"Oh ya, Aemi. Mama dah panggilkan perubatan selepas bersalin. Nanti kamu akan diberi rawatan."
"Terima kasih, p-papa." Kekok Aemi membuatkan Tuan Kim ketawa.
"Pergilah mandi. Comot betul rupa awak." Taehyung bangun lalu menuju ke arah Mintae.
"Aiguu anak papa ni. Comelnya!" Taehyung bermain dengan Mintae.
Skip--
"Aemi, umur awak berapa?"
"21." Aemi duduk di atas katil.
"Mintae?"
"3 hari." Aemi memandang Mintae yang nyenyak tidur.
"Awak reti masakkan?" Taehyung membetul bajunya.
"Reti." Aemi angguk kecil.
"Baguslah. Saya suka masakan rumah." Taehyung duduk di sebelah Aemi. Bertentangan.
"Kita umur sama. Awak boleh tahan cantik, saya boleh tahan kacak." Taehyung serious.
Tangan Aemi di capai lalu digenggam kemas.
"Saya janji. Saya cuba untuk sayang awak, cinta awak, jaga awak. Mintae juga." Taehyung bernadakan suara jantannya.
Aemi terpaku.
"Tak perlu lakukan benda yang mustahil. Saya tak kisah kalau 4 tahun akan datang, awak ceraikan saya dan tinggalkan kami di tempat yang sama kita berjumpa." Aemi senyum manis.
Tenang hati Taehyung melihat senyuman Aemi.
"Tak, saya takkan buat macam tu. Sebab suku hati saya dah mula sayangkan awak." Senyum Taehyung.
Dia mengucup dahi Aemi kemudian mengucup pipi Mintae.
"Goodnight." Taehyung menuju ke sofa dan tidur.
Aemi masih diam.
Matanya berkaca, dadanya mula hiba.
"Tak sangka ada yang masih mahu sayangkan aku, walaupun aku macam ni." Bisik dia perlahan.
YOU ARE READING
[complete] save | taehyung
Fanfiction+aku selamatkan dia dengan membenarkan diri aku menjadi peneman hidupnya. +aku mahu selamatkan dia dari dunia gelap dia. (Kim Taehyung Fan Fiction) Status : Complete